17 Julai 2009

Penyokong Pakatan Rakyat cedera, media tutup keganasan BN

KUALA LUMPUR, 16 Julai: - Akibat kekalahan di Manek Urai memberikan tamparan dan kejatuhan moral yang dasyat kepada Barisan Nsional (BN) namun media seperti biasa cuba memberikan moral semula dan menjadi peniup 'nyawa' parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham berkata ini dapat dilihat apabila media cuba mengenengahkan isu puteri Umno jadi mangsa keganasan dengan gambar diambil dari sebuah sebuah hospital.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham berkata ini dapat dilihat apabila media cuba mengenengahkan isu puteri Umno jadi mangsa keganasan dengan gambar diambil dari sebuah sebuah hospital.

"Malangnya media menggelapkan berita dan gambar penyokong Pakatan Rakyat yang berdarah, 'pecah' kepala dibaling batu oleh penyokong BN," katanya dalam blog peribadinya.

Dalam blognya itu, turut disiarkan gambar seorang wanita di salah satu pusat mengundi yang terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana kepala terkena batu yang dibaling penyokong Umno.

Turut disirakan seorang petugas Pakatan Rakyat yang turut cedera, berdarah kepalanya dibalut tetapi tidak mahu dihantar ke hospital.

"Inilah bentuk mainan media regim yang tidak layak di ajak berpakat atau berpadu..." katanya dan menambah walaupun berkarung wang ditabur, janji dan ugutan di buat namun BN tetap kalah.

Harakahdaily /-

5 ulasan:

rahmanw berkata...

salam yb....
sepatutnya gambar penyokong PR yang cedera tu ditangkap supaya kita dapat kemukakan bukti...

Unknown berkata...

yb..biasalah kalo kena pada puok diorg dia nampak..kalu kena puok kiter diorg tutup mata sebelah jer..

Unknown berkata...

aduhai gitulah politik bn..

Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah berkata...

pi tengok dalam blog www.cikgufauzi.blogspot.com ada tunjuk bagaimana pemuda PAS dibelasah oleh 3-5 orang pemuda uMNO....

Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah berkata...

pi tengok bagaimana pemuda PAS di terajang oleh pemuda uMNo di Peti Undi Peria ....
www.cikgufauzi.blogspot.com