17 Ogos 2009

Berani tegur pemimpin mereka , Khairy kena nasihatkan ahli UMNO bukannya menyibuk dengan PAS !

"Anggota PAS perlu lebih bertanggungjawab dan berani menegur pemimpin mereka yang dilihat sanggup membenarkan DAP menghina Islam.Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, mereka tidak sepatutnya mendiamkan diri dengan tindakan pemimpin mereka yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjejaskan identiti, agama dan bangsa." Itulah kenyataan yang menyebabkan saya rasa mual dan nak termuntah dan menarik minat saya untuk membuat sedikit ulasan.

Pada kenyataan itu dia mendakwa PAS telah mengorbankan prinsip demi kuasa dan ini jelas menunjukkan pemimpin mereka mempamerkan trend yang tidak sihat kepada politik negara.

Khairy mengeluarkan kenyataan tersebut kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Rompin kelmarin.

Sebenarnya kenyataan ini adalah kenyataan yang akan ditetawakan oleh bukan sahaja kepada penyuokong PAS namun lebih jauh dari iru akan ditertawakan sendiri oleh ahli UMNO, dan lebih jauh dari itu saya beranggapan akan ditertawakan oleh orang bukan Islam.

Saya yakin Non Muslim tahu sangat hati budi mengenai amalan ahli dan pemimpin PAS berbanding dengan UMNO. Siapakah yang mempersendakan Islam dan beranikah ahli UMNO sanggup menegur pemimpin mereka. Realitinya apa yang tidak betul dilakukan oleh pemimpin UMNO turut diikuti oleh golongan dalam UMNO disemua peringkat termasuk yang bergelar mereka yang berlatarbelakang agama.

Berapa ramai kalau ada segelintir pemimpin yang mampu untuk meneguru pemimpin UMNO yang jelas becakap dan beramal dengan perkara yang jelas bertentangan dengan islam termasuk boleh merosakkan aqidah.

Menyibuknya Khairy menegur ahli PAS supaya menegur pemimpin PAS adalah kenyataan yang
tidak mengukur baju dibadan sendiri. Menpuk air didulanfg dan tindakan ludah kelangit. Apa yang beliau katakan adalah untuk UMNO sendiri bukannya PAS.

Kami sangat tahu dengan sikap kami apabila pemimpin PAS termasuklah Tok Guru Nik Aziz yang kononnya tidak menegur kalau ada pemimpi dalam Pakatan Rakyat dari DAP dan PKR yang non muslim menghina Islam. itupun tidak ada pengesahan ada ada unsur provokasi dari pihak tertentu tanpa bukti yang kukuh.

Yang jelas kata Tok Guru yang dia kesal kalau ada pemimpin yang mengaku Islam tapi mereka menghina Islam, yang saya faham mereka adalah dikalangan UMNO bukannya kami PAS. Kalau pemimpin yang mengaku Islam tapi menghina Islam itulah yang aneh dan ajaib.

Kalau benar ada penghinaan dari bukan Islam saya kira kesan dari peninggalan jahat UMNO dan BN yang mempersendakan Islam dihadapan pemimpin non muslim sesama mereka demi untuk mengekalkan kuasa. Sanggup mereka mempersendakan dan perolokkan Islam.

Selama mereka duduk bersama, selama itu Islam dipersendakan semsana mereka

4 ulasan:

Duit Raya berkata...

KJ tak patut jaga tepi kain orang, kain sendiri koyak rabak tak sedar pulak dia.

ibnumohd berkata...

Cuba perhatikan tulisan AWANG TAK SELAMAT dalam utusan meloya penyebar fitnah rakyat :
KENYATAAN MURSYIDUL AM PAS,NIK AZIZ NIK MAT BAHAWA DAP BOLEH MENGHINA ISLAM, MENGUNDANG BANTAHAN PELBAGAI PIHAK DARI KALANGAN ORANG ISLAM.

bila tok guru nik aziz kata DAP boleh hina islam??? memang betul la utusan meloya ni penyebar fitnah rakyat, selalu putar belit cerita!!!

Tanpa Nama berkata...

awas peranan khairi daftar pengundi muda di permatang pasir...

Raziq Najab berkata...

Ko sape khairi nak nasihat parti lain bersihkan parti ko yang hancing & hanyir tu!
Pergi jahanam dengan UMNO/BN!!!