Ahmad Baei Jaafar
Seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan berita kematian Datuk Dr Ismail Salleh pada Khamis, 27 Ogos 2009 kerana serangan jantung. Beliau dalam pernerbangan pulang dari China ke Singapura disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.
Pakar Ekonomi yang dikagumi dunia ini adalah cacat penglihatan. Kematiannya mungkin sukar diganti apatah lagi dalam kalangan orang kurang upaya (OKU). Jenazah Allahyarham Datuk Dr Ismail dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sungai Kantan Kajang pada malam Jumaat, 10 malam.
Belumpun hilang kesedihan rakyat tentang kematian itu, tersebar pula melalui SMS bahawa Dato’ Ismail Kamus meninggal dunia di Tanah Suci Makkah. Berita asal dari orang pertama itu, diperpanjangkan keseluruh negara. Sekali lagi rakyat Malaysia gempar.
Sepantas kilat SMS tersebar ke seluruh negara, ribuan umat Islam sempat membaca al-Fatihah untuknya. Peliknya sehingga hari ini masih ada lagi orang tertentu yang menerima mesej tersebut. Hanya beberapa orang kenalan rapat Dato’, cuba mendapatkan kepastian daripada keluarga Dato’ sendiri.
“Ustaz masih sihat, saya baru bercakap dengannya, dia kata akan balik esok,” kata keluarga Dato’.
Mengapa umat Islam yang menerima berita itu terus percaya? Mengapa mereka tidak boleh bertindak seperti dua tiga orang cuba mencari kepastian dari keluarga terdekatnya? Bukankah Islam mengajar begitu?
Oleh sebab itu orang pertama yang mengeluarkan berita itu perlu diletakkan pada tahap orang fasiq, iaitu orang yang boleh jadi melakukan dosa. Hal ini kerana hanya rasul sahaja dalam kalangan manusia yang tidak fasiq. Jadi, sebarang berita yang sampai kepada kita perlu dipastikan kesahihannya.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: 6).
Sebenarnya, orang pertama yang mendapat berita itu terkeliru dengan berita kematian Datuk Prof Dr Ismail Salleh, lalu menyangka Dato’ Ismail Kamus. Jadi, kalau semua umat Islam memahami ayat al-Quran itu sudah pasti mereka tidak akan keliru dan membuat orang lain keliru.
Percayalah dengan peristiwa ini dapat membuktikan kepada kita bahawa perkhabaran al-Quran itu adalah benar dan tepat, meragui adalah kafir.

7 ulasan:
saya juga antara yg menerima sms tu.. yang mghantar tu juga adalah sahabat yg dipercayai.. ayat al-quran tu suruh kita selidik orang yang fasik sahaja.. jadi orang yang mula2 menyebarkan berita ini adalah org yg fasik... -oleh imam
mungkin kekeliruan antara nama datuk dr ismail salleh dengan ismail kamus, wallahhualam,.......
pada pandangan sy, amat benar apa yg tercatat di dalam al-quran..kita kena selidik dahulu, mungkin org yg pertama menghantar sms tu tersalah faham tentang maklumat yg dia dpt..
sama-samlah kita memaafkan kepada org pertama yg mlakukannya,semoga kita semua beroleh keredhaan daripada ALLAH SWT.
Semuga Fatihah yang dihadiahkan kepada ust akan memberi kekuatan kepada ust untuk terus bantu menyinarkan cahaya islam di muka bumi ini
saya pun terima mesej ini dari sahabat saya dan beliau adalah salah seorang dari traners wartawan.. mungkin berita mcm ni lah yang selalu mmbuat rakyat mlatsia keliru dan banyak ditokok tambah...
saya sudah info kepada sahabat2 dato' ismail kamus yang terdekat mmg bukan beliau, Alhamdulillah apabila saya menafikan berita tersebut sahabat saya memperbetulkan mesej yang beliau hantar itu. sehingga ada yang menyebut dato sempat berseloroh "memang saya mati selepas tarawikh, dan telah hidup kembali sebelum sahur"
assalamualaikum........ takziah kepada keluarga datuk dr ismail salleh dan marilah kita sama-sama mendoakan semoga ustaz ismail kamus sihat sejahtera hendaknya........
Catat Ulasan