30 Ogos 2009

Ekspedisi Kebajikan " PEMUDA......DEKAT DI HATI "

Oleh : safarizal saleh

29 Ogos 2009 (TAPAH) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah melancarkan program ekspedisi kebajikan bersempena bulan Ramadhan tahun ini telah memilih Parlimen Tapah sebagai lokasi pertama sebagai tuan rumah yang mana Parlimen seluruh negeri Perak turut disusun program yang sama akan di lawati.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah yang menjadi tuan rumah kali ini telah menyusun pelbagai program kebajikan dan juga aktiviti ziarah. Terdapat tiga lokasi yang telah disusun di Tapah iaitu di Kampung Haji Saleh, Temoh, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Petalin Baru Bidor.

Sebanyak 30 orang penerima sumbangan beras di Kampung Haji Saleh Temoh, manakala seramai 20 orang penerima di Kampung Baru Kuala Dipang dan di Kampung Petalin Baru Bidor seramai 20 orang penerima. Majlis serahan telah disempurnakan oleh Salman Saleh, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Negeri.

Hadir sama pada serahan tersebut adalah Shamsul Anwar Busro, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah serta Ahli Jawatankuasa Kerjanya.

Salman menjelaskan bahawa tujuan utama program ini adalah bertujuan mendekatkan pemuda dengan rakyat akar umbi.

“Usaha ini sebahagian daripada pendekatan yang telah diambil oleh Pemuda PAS Perak untuk bersama dengan golongan yang kurang bernasib baik” nyata Salman

Salman juga menjelaskan bahawa Pemuda PAS Perak telah menyusun program yang sama diseluruh negeri Perak dan juga memaklumkan bahawa Parlimen Larut sebagai tuan rumah penutup program pada kali ini.

Berita sebelum ini;-
25 Ogos 2009 (IPOH) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak julung-julung kalinya akan menganjurkan program ekspedisi kebajikan bersempena bulan Ramadhan ini diseluruh negeri. Dewan Pemuda PAS Negeri akan menyalurkan sumbangan berbentuk kebajikan kepada golongan yang terpilih.

Tema yang dipilih untuk program ini ialah “pemuda…. dekat dihati” dan program yang akan dilancarkan pada 29 Ogos 2009 di Parlimen Tapah dan akan menjelajah ke setiap 24 Kawasan Parlimen dalam negeri Perak. Program akan berakhir di Parlimen Larut pada 13 september 2009 kelak.

Rombongan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan akan membuat pelbagai program kebajikan disetiap parlimen yang diziarahi. Dengan program yang telah diatur ini akan menemukan rakyat dengan PAS kelak.

Dengan program yang disusun kelak ,akan memberikan peluang kepada rakyat untuk mengenali PAS secara yang lebih dekat. Negara Kebajikan yang menjadi tema pemerintahan PAS akan memastikan kebajikan rakyat terjamin di bawah PAS.

Kepada orang ramai dan masyarakat umum yang ingin turut serta menyumbang untuk program kebajikan ini bolehlah disumbangkan kepada ‘Dewan Pemuda PAS Perak’. no akaun bank Islam : 08013010005254

Tiada ulasan: