31 Ogos 2009

SIDANG DUN PERAK

Oleh : Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM SALAM RAMADAN AL MUBARAK!

September ini, sidang dun Perak akan berlangsung lagi bila speaker halal dari Pakatan Rakyat telah menghantar surat panggilan kepada adun2 di Perak ini. Hari ini speaker haram dari BN pulak menidakkan dengan mengatakan tiada sidang dun Perak. Tak tahulah apa yang akan jadi seterusnya. Bersidang dibawah pokok lagike? Yang pasti bila melihat apa yang terjadi pada sidang dun yang lepas, saya yakin rakyat yang cerdik pandai mampu untuk menjadi hakim yang bistari. Bagi yang cerdik pandai saya yakin mereka akan mengatakan bahawa Pakatan Rakyat Perak adalah di pihak yang benar namun bagi juak2 bn mereka tetap kata merekalah yang benar.

Dilubuk hati ini ikhlas saya katakan, kenapa kita diperbodohkan oleh pihak bn! Bayangkanlah berbagai penipuan telah berlaku dan bila pendedahan dibuat dan laporan2 polis dilakukan oleh Pakatan Rakyat ibarat laporan2 ini dibuang didalam tong sampah sahaja. Kenapakah di negara kita Malaysia yang tercinta ini pembohongan secara terang-terangan ini masih diterima oleh segelintir masyarakat. Negara luar ketawakan kita kerana ini. Minta maaf jika saya katakan bangsa Melayulah yang banyak mengiyakan perbuatan bn ini. Tahu apa kata2 org2 ini di kedai kopi? Yang penting MASYUUUUUK! Jahanamke jatuhke Perakni janji poket penuh. Inilah realiti bangsaku yang mudah layu dengan secawan kopi. Namun dilubuk hati ini saya percaya masih ramai rakyat Malaysia yang waras yang boleh berfikir secara bijak. Jangan kita biarkan Melayu kita terus layu dihujung dunia....

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

melayu mudah lupa...

kangkalikong berkata...

melayu makin layu di bawah UBN-Am-NO!.mereka sanggup menjual maruah bangsa,mencerca org lain demi kuasa.kami makin meluat dengan MBharam perak,zombi ni.Tunggu masa kami akan tumbangkan parti khianat ni dalam PRU13.kami tak boleh terima lagi.kerajaan yang kami pilih dan tegakan dulu tumbang angkara tangan kotor yang bernajis.

Wong Ka Wai berkata...

Semoga keadilan akan muncul dalam bulan puasa ini.

p/s: Minuman herba (resipi lengkap and percuma) bagi mencegah selesema A (H1N1).

Sila layari http://bukakedaionline.wordpress.com/2009/08/27/minuman-herba-bagi-mencegah-selesema-a-h1n1/

(dikemaskini dengan gambar, langkah penyediaan dan nama saintifik)

Tanpa Nama berkata...

'Speaker halal'.. bodoh ker u ne..

Tanpa Nama berkata...

kadang kala kita kena terima....apapun wat MB PERAK yg baru YB DATO ZAMRI...teruskan usaha membentuk pentadbiran yg baik...insyallah suara2 sumbang yg kedengaran lama2 tenggelam...