31 Ogos 2009

Menteri Besar Pakatan Rakyat : Sidang DUN Perak tetap diadakan Rabu ini

PETALING JAYA: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan tetap diadakan Rabu ini walaupun disifatkan sebagai tidak sah oleh Speaker diiktiraf Barisan Nasional (BN), kata Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Sidang DUN Perak akan diadakan seperti yang telah ditetapkan dan sebagaimana notis yang telah dikeluarkan sebelum ini," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Jelas Nizar, sidang DUN akan tetap diteruskan sebagimana telah dimaklumkan oleh V. Sivakumar "selaku Speaker yang sah" dalam notisnya.

"Sivakumar merupakan Speaker yang sah. (Datuk) Ganesan bukan Speaker," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang.

Oleh itu kata Nizar, Ganesan tidak boleh menghalang mana-mana ADUN daripada menghadiri sidang kali ini.

Ketika ditanya kemungkinan akan ada usaha menghalang sidang yang dimaksudkan itu sebagaimana pernah disaksikan 3 Mac lalu, Nizar memberitahu, usaha sedang diambil oleh Sivakumar untuk mengelakkan suasana sedemikian.

"YB Sivakumar sudah memohon kepada mahkamah agar dikeluarkan satu perintah bagi menghalang mana-mana pihak eksekutif daripada mengadakan halangan," katanya.

Permohonan itu telah dibuat baru-baru ini dan diharap keputusan akan diperoleh Selasa ini, katanya lagi.

Semalam, Datuk R. Ganesan, Speaker yang diiktitaf Barisan Nasional (BN) berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.

Ganesan menegaskan, tindakan Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memanggil sidang itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.

Menurut Nizar, notis untuk mengadakan sidang DUN perlu dikeluarkan 14 hari sebelum persidangan dan ia "telah diterima lebih awal daripada itu."

Pada Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan notis sidang DUN tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimanapun ia dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok berhampiran DUN.

mStarOnline/-

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup Rakyay Perak! Undur under Zambry and R. Ganesan yang tidak sah.....1Black Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

as a malaysian chinese, i am saddened, shamed even, by the complacent and kiasu attitude of my fellow perakian chinese citizens for their thunderously silent and tidak-apa attitude during the early stages of the coup-de-etat in perak.

we deserve the 'government' we get.

4RAKYAT

Kuda Perang berkata...

UNDUR ZAMBRY!!! GANESAN BUKAN SPEAKER!!!

Unknown berkata...

Aku orang Perak.Meluat dah tengok perangai hampa berdua berebut jawatan.Memalukan negeri Perak.Siapa pun boleh ...tapi dengan bersyarat.
-MAT AKI LELA.

sakura berkata...

bubarkan dun perak

Serious Shepherd berkata...

Ganesan ni ADUN mana agaknya sampai boleh menjawat jawatan speaker.

love is green berkata...

Salam DSNJ ~ DUN perlu di adakan, kami warga SUK amat gembira dengan DSNJ. Moga dapat nkembali memerintah....