08 Ogos 2009

Berzikir dengan alat tasbih

Dari Laman : http://akhisalman.blogspot.com/

Dalil penggunaan alat tasbih

عن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه أنه دخل مع رسول الله صلى الله عليه على امرأة وبين يديها نوى أو حصى تسبحبه فقال: أخبرك بما هو أيسر عليك من هذا أو أفضل؟ فقال: سبحان الله عدد ما خلق في السماء وسبحان الله ما عدد في الأرض وسبحان الله عدد ما بين ذلك وسبحان الله عدد ما هو خالق والحمد لله مثل ذلك والله أكبر مثل ذلك ولا إله إلا الله مثل ذلك ولا حول ولا قوة إلا بالله مثل ذلك

Daripada Saad bin Abi Waqqas RA sesungguhnya Rasulullah SAW menemui seorang wanita yang sedang bertasbih dengan biji tamar atau batu. Nabi SAW bersabda: Aku hendak memberitahu perkara yang lebih mudah dari apa yang engkau lakukan atau yang lebih baik. Iaitu ucapan zikir "maha suci Allah sebanyak bilangan makhluk di langit, maha suci Allah sebanyak bilangan makhluk di bumi, maha suci Allah sebanyak bilangan mahkluk yang berada di antara langit dan bumi, maha suci Allah sebanyak bilangan mahkluk yang Allah ciptakan, segala puji bagi Allah sebanyak itu juga, Allah maha besar sebanyak itu juga, Allah maha besar sebanyak itu juga, tiada tuhan melainkan Allah sebanyak itu juga dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah sebanyak itu juga.
Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan al-Hakim.


Sahabat yang menggunakan alat bantu zikir.

Qasim bin Abdur Rahman berkata:

"Abu Darda memiliki biji kurma yang diletakkan dalam beg plastic. Apabila telah selesai solat subuh beliau akan mengeluarkannya satu persatu sambil bertasbih sehinggalah habis biji kurma tersebut dikeluarkan."

Naim bin Muharrar bin Abu Hurairah cucu Abu hurairah telah berkata:

"Sesungguhnya Abu Hurairah memiliki 2000 lembar benang . Beliau tidak akan tidur melainkan setelah bertasbih sebanyak lembaran benang tersebut."

Pandangan Ulama

Imam Syaukani menyatakan:

"Dua hadis yang lain menunjukkan kepada pengharusan bertasbih dengan batu dan biji kurma. Demikian juga harus dengan tasbih kerana tiada perbezaan diantara keduanya. Ini berdasarkan mendiamkan apa yang dilakukan oleh dua wanita tersebut dalam dua hadis. Tiada bangkangan Nabi SAW terhadap perbuatan wanita yang bertasbih menunjukkan pengharusan dan baginda menunjukkan zikir yang lebih baik tidak menafikan pengharusan."

Imam Ibnul Jauzi berkata:

"Sesungguhnya berzikir dengan tasbih adalah sunat berdasarkan hadis Sofiyah yang bertasbih dengan biji kurma atau batu."

Dalam kitab Dururul Mukhtar (mazhab Hanafi) ada menyebutkan:

"Tidak mengapa mengunakan tasbih sekiranya tidak riya"

Ali al-Qari dalam kitabnya Mirqah telah berkata:

"Ini (hadis lepas) adalah dalil yang sahih yang mengharuskan penggunaan tasbih kerana Nabi saw mengakui wanita yang menggunakan tasbih tersebut."

Bertasbih dengan ruas jari

Rasulullah saw bersabda:

عليكن بالتسبيح والتهليل والتقديس واعقدن بالأنامل فإنها مسئولات مستنطقات

"Hendaklah kamu mengucapkan tasbih (subhanallah), tahlil (La ilaha illa Allah) dan menyucikan Allah. Hitung zikir2 tersebut dengan ruas2 jari. Sesungguhnya ia akan ditanya dan akan diminta untuk bertutur." (Hr Abu Daud - hasan sahih)

Ibun Amru ra berkata:

رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يعقد التسبيح بيده

"Aku melihat Nabi saw membilang ucapan subhanallah dengan tangannya." (Hr Tirmzi)

Sebahgian ulama berkata:

"Menghitung tasbih dengan ruas jari lebih baik dari alat tasbih berdasrkan hadis ibnu Amru. Tetapi ini jika mampu mengira tasbih dengan baik dengan ruas jari, maka itulah yang lebih baik. Kalau sebaliknya, gunakan alat tasbih lebih baik."

Kesimpulan

Ini adalah gabungan yang baik. Kesimpulannya sebaikkanya gunakan jari. Namun untuk mengira zikir yang banyak dan takut tersilap kira seeloknya guna alat tasbih. Namun bagi yang tetap ingin berpegang dengan pendapat ulama saudi yang melarangnya hormatilah pandangan masing2. Kitakan sesama Islam yang perlu bersatu menentang musuh2 Islam. KITA ADALAH SAUDARA.

Rujukan: al-Bayan oleh Dr Ali Jummah, Mausuah Yusufiah oleh Dr Yusuf Khattar dan Al-Hawi Lil Fatawa oleh Imam Suyuti.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita semua harus berlapang dada dgn pendpt ulamak yang kadang2 ada perselisihan tp semua itu tak memudharatkan.
tapi yang bermasalah sekarang timbul satu puak yang begitu cepat menghukum dengan terus membidahkan orang lain yang mana menggunakan tasbih tidak dilakukan oleh nabi, itu antara dalilnya...
perselisihan pendapat ulamak biarlah..krn layak bagi mereka untuk berpendapat sedemikian..tp jgn kita pulak mengeluarkan pendapat kita sendiri dgn menggunakan ilmu yg begitu cetek..
sapa kita nak mengeluarkan pendapat..jgnlah cepat nak membidahkan!

Tanpa Nama berkata...

Kau biar betul "Abu Darda memiliki biji kurma yang diletakkan dalam beg plastic.

Harapan berkata...

mana ada beg platic masa tu,tulis beringat sikit.