29 Ogos 2009

Catatan Perjalanan 1 : Hampir 6jam terkandas di Jeddah Airport

Kesempatan awal saya ambil untuk mengucapkan Selamat Beribadah di Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua pengunjung blog ini. Semoga keberadaan kita di bulan ini akan menambahbaikan lagi segala amalan kita berbanding tahun lepas. InsyaAllah.....

Masa catatan ini di kirim melalui sms kepada moderator blog saya, baru sekitar sejam menunaikan solat subuh berjemaah di Masjidil Haram. Waktu ditangan menunjukkan jam 5.45 pagi, subuh pagi ini 5.42 pagi......

Alhamdulillah saya dan isteri dalam keadaan sihat di dalam keadaan cuaca yang panas. Kelmarin semasa sebahagian terawih ada hujan turun sedikit-sedikit namun tidak berpanjangan dan tidak pun membasahi bumi yang sekian lama tandus...

Sesampai kami di Jeddah dengan menaiki kapal terbang Pakistan Airlines, jemaah sesak di tempat cop pasport. Sempat saya melihat dari jauh Ustaz Ismail Kamus dan YB Dr. Rani yang juga beratur panjang. Katanya sistem komputer ada masaalah maknanya lambat proses cop pasport.

Itulah ujian pertama para jemaah yang datang sekali ini. Khabarnya keadaan itu masih berlaku dan rata-rata kena menunggu sekitar 6 jam di situ.

Alhamdulillah, penantian kami berakhir dengan semua ahli rombongan seramai 14 orang menaiki bas menuju ke Madinah sekitar jam 2 pagi waktu tempatan.

Semasa minum pagi di restoran berdekatan masjid, kami sembahyang subuh sekali lagi saya bertemu dengan Ustaz Ismail Kamus yang minum sama disitu.

Alhamdulillah, setelah perjalanan sekitar 6 jam kami masuk ke hotel yang letaknya sekitar 400 meter dari masjid.

Bertemu lagi dalam catatan berikutnya.......

YB Drs. Khalil Idham Lim
Mekah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Minum pagi ke bersahur pak!... Pilihlah perkataan yang sesuai... Hehehehe

azam berkata...

maaf untuk pembetulan..kalau tak silap saya ust pergi umrah sebelum bulan puasa.. jadi cerita berkenaan tentang minum pagi adalah pada masa belum bulan berpuasa ...wallahuaklam

Tanpa Nama berkata...

6 jam bersapau tempat cop passport adalah biasa. Ujian pertama dari-Nya. Kerja yang baik kena susah-susah dahulu. Tapi pak Arab memang tunjuk 'act' kat kita. Kata Pendekar Bujang Lapok.....COBAANNNNN...!!!!