29 Ogos 2009

Sidang Dun Perak: Bahas titah tuanku, gantung Zambry

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Dato' Seri Nizar Jamaluddin yakin Persidangan Dun Perak 2 September depan akan berjalan lancar sekaligus tidak akan mengulangi insiden 7 Mei lalu akibat tindakan BN yang melanggar lunas peraturan dan undang-undang sedia ada.

Sidang minggu depan itu, katanya amat penting kerana titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah belum dibahaskan lagi malah pada 7 Mei itu, tiada persidangan pun yang berlangsung memandangkan keceohan yang berlaku berikutan pelantikan Speaker 'haram' yang baru, yang tidak mengikut peraturan Dun.

Adun Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata kepada Harakahdaily pagi ini bahawa sidang itu juga akan membentangkan usul pengantunggan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Speaker Hee Yit Foong oleh Jawantankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker V. Sivakumar.

Masing-masing dikehendaki membayar denda sejumlah RM500,000 dan RM250,000 setiap seoarang akibat tindakan mereka yang menghina DUN dan kuasa Speaker, katanya.

Bagaimanapun, berhubung status Speaker 'haram' Datuk M Ganesan yang dilantik 7 Mei lalu, Nizar menjelaskan, satu permohonan injuksi akan dibuat untuk menghalang dalam menjalankan tugas Speaker yang masih disandang oleh Sivakumar.

"Selama ini, Adun-adun Pakatan Rakyat Perak senantiasa mengikut peraturan dan yang memulakan kekacauan serta menggunakan pihak keselamatan untuk campur tangan serta mengheret keluar Speaker adalah pihak yang lagi satu.

"Mereka sebenarnya yang menghina Dewan dan Tuanku Sultan. Kita patuh pada peraturan...apabila Speker panggil, kita wajib hadir," katanya ketika dihubungi. Image

Nizar turut mengulas sidang Dun 'bawah pokok' 3 Mac lalu,(gambar) berpunca daripada perbuatan menghalang Speaker dan Adun-Adun memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri Perak.

Semalam Sivakumar telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.

Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh tengah hari semalam, mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.

Pada 21 Ogos lalu, pihak Adun Pakatan Rakyat telah menghantar notis guaman dan memberi tempoh selama 48 jam kepada Abd. Rahman untuk memberi aku janji supaya tidak campur tangan pada persidangan Dewan 2 September ini.

Sebelum ini turut mengulas isu krisis yang berlaku di Perak ialah pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang berpendapat sidang Dun 7 Mei itu sebagai tidak sah.

Aziz menjelaskan dari awal lagi sidang telah menyingkirkan kedudukan dan kuasa Speaker V. Sivakumar yang kemudian berlanjutan kepada bermacami arahan dibuat oleh Setiausaha Dun dan Setiausaha Kerajaan yang tidak mempunyai bidang kuasa yang sah.

"Hari itu Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan. Itu belum lagi mengambilkira kedudukan Hee yang sebenarnya masih di dalam penggantungan.

"Bagaimana Hee boleh dibenarkan memulakan prosiding yang kemudian memilih Datuk M Ganesan," soal Aziz.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang di bawah pokok Mac lalu ,sekali lagi polis memainkan peranan utama.

Aziz menyifatkan kekecohan di Dun Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari dan pihak polis juga menghalang sidang Dun Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari premis rasmi.

"Apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu," katanya.

HarakahDaily.Net/-

8 ulasan:

dol kakirempit berkata...

Salam YB,

Di bulan Ramadhan ni, bwak2 lah bertenang. Kan dah terang lagi bersuluh, la ni BN yang kuasai kerajaan Negeri Perak. Tak yah nak di ulas lagi (31 vs 28). Tnggulah speaker yg sah panggil sidang.

YB Siva tu bkan lagi speaker... bole ke dia panggil sidang DUN. Tuanku tak kan nak prknankn. sudah tntu SUK tak akan buka DUN.. maka kcoh lagi. Apabila tak leh buat kat DUN. Buat plak bawah pkok. Malu la nnnti dilht ngara luar

Tu blum budak2 kampung yg tak tau apa2 psal plitik ni...Mamat2 ni nnti tak psal2 buat kecoh pulak. Sudh tntu mamat2 akan buat demo dn bkmpul tanpa permit..Dh lah haram @ mksiat brcampur lalki/permpuan. Batal pulak puasa tu.. trmnum air FRU.

Kena terima hakikat bahwa smua ni mmg takdir Allah. Allah yg tentukan la ni BN yang kuasai keraajn Perak. Takkan nak lwan kuasa Tuhan. Sudah tntu ada sbbnya... mgkin krjaan PR tak brupaya nak tadbir Negeri atau lain lagi alasan.

Apapun marilah kita bagi skongan kpd krajan BN untuk mmrintah demi bangsa dan agama kita. PR ni bukannya apa.. DAP yg kuasai... takkan nak jadi boneka lagi...

Awanama berkata...

Inilah orang yg tak tahu hujung pangkal dan punca.Yang ulas tu bukan nya tak sekolah beb... yg ulas tu professor undang-undang. Skrag ni student kat U pun pening dgn undang2 di M'sia, tak sama spt yg depa dok belajaq kat U.

Kalau takat dengar Zambry mamak kutty tu ulas, nama je ada gelaran DR ( DR beli) boleh le.. tapi tak tau yg benar & salah.

Ana sokong saman je..mana2 pihak yg terlibat.Inile kerja UMNO/BN dan konco2nya..dah mcm sarkas kata Sudin dalam pendekar bujang lapok... Tengok je kes Teoh Beng Hok ..apa SPRM buat ..saksi jadi org yg salah.. PKFZ ... !) juta diberi pd MCA...sebenarnya MCA dapat sikit ,UMNO yg dapat byk tu... bila dedah nanti ramai UMNO yg kena... Khir Toyo buat rumah logik ke RM2 juta... nak bodoh2 kan org ramai... rakyat dah cerdik dan maklumat skrg ni hanya dijari... apa berlaku di USA 2-3 saat M'sia dah tau... Kita tak main le TV1, TV3 ,TV9. Org UMNO/BN je yg tengok Berita TV. Dah le..teman maleh nak ulas dgn org yg tak cerdik dan panjang akal spt puak UMNO/BN... otak letak kat kaki bukan kay kepala.... MOGA Ahli UMNO boleh gunak akal di kepala bukan kat lutut...

Awanama berkata...

Dulu dol kata 28 +3 vs 28 hari ni dol kata 31 +28 auta punya orang

Awanama berkata...

ala ngok nyer pencacai umngok ni
rakyat masa pilihanraya bukan pilih korangg la ngokk
depa pilih PR
umngok lagi ngok boneka MCA,GERKAN,MIC
boloh ponya olang
dah la tader keje lain asyikk nk rasuahhh olangg jer keje nyerr
jgn fikir orglain boloh mcm ko lahh ngok

Awanama berkata...

skrg camni la....sesapa yg ikut UMngok tu dah memang ngokpun..biarkan saja le....biarkan mereka berangan dlm sedar..PRU13...jom kita tengok berselarak la deme.

Awanama berkata...

Dol memang samdol...taulak malu dgn negara luar, memang muka tempei...

Awanama berkata...

UMNO laknatullah....!!!!! Pikir salah diri dulu.
Hok bijok pandai dlm umno tu sblm bt knyataan kaji sejarah diri sndiri.jgn pndai bt 'taik' je. nnt x psl2 suh owh lain basuh.ap punyar org la.

anak lambor berkata...

DOL,cap mangkok ayun,,ckap macam tak pakai otak la ,memang dasar makan duit umngok ,kan dah jadi bongok ...dah timbalan speaker 2 digantung ,mcam mana leh masuk dewan,tak kan la ko tak tau ,,memang ko ni pembaca setia utusan meloya laa,,,