29 Ogos 2009

Poco-poco yg tersirat.....

Oleh : Adeq Best

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina buk anny a dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerak anny a, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kes anny a kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM. ...

24 ulasan:

sahabat berkata...

Ya ALLAH.. syukur dapat tahu awal..terima kasih bagitau...syukran

ZAMRI kecik's berkata...

biasa la...
melayu...
apa orang buat.
depa ikuuutt ja!!!

Tanpa Nama berkata...

Mengapa begitu cetek pemikiran umat islam sekarang nie? dengan mengikut rantak poco2, dah dikira mensyirikkan Allah?..begitu lemahnya iman umat islam ketika ini. cuba fikirkan dari sudut positif dan negatif. saya bukan menyokong tarian poco2 ini, tetapi, saya sedih dengan pemikiran kolot dan sempit umat islam masa kini. itulah antara sebab mengapa kita tak dapat menarik ramai manusia kejalan Allah, malah ramai umat islam yang dah lari,"murtad" kenapa? pernahkah kita tanya? antara sebabnya, kerana umat islam sekarang mengamalkan sikap menyempitkan pemikiran. sehinggakan nak buat itu, ini pun salah. bukankah islam itu mudah? Antara cara mendekatkan penganut lain adalah dengan mengetahui cara dan budaya mereka. barulah kita paham dan mengetahui dimana letaknya kelemahan mereka, bukannya dengan terus menghukum....adilkah? sedarlah wahai umat islam sekarang, bukalah minda,..kerana dalam kitab suci telah tertulis, firman Allah, AKU TIDAK MEMANDANG PADA PAKAIAN MU, TETAPI HATIMU.. tak paham2 lagi ker?..bukannya pakaian korang tu,...tp pemakaiian kalian semua,...tabiat korang...fikir2kanlah....

Tanpa Nama berkata...

kat kampus selalu berpoco2...so berdosa lah ne...?kitaorg xtauu~~

Tanpa Nama berkata...

tetapi di Uitm, tiap kali sesi pgambiln pelajar baru akn diajar utk wat tarian ni sbagai aktiviti riadah..cmne 2?????

Tanpa Nama berkata...

saudara tanpa nama...

kalo kuat iman orang melayu, melayu takkan buat tarian poco2 tu..

jngn bg alasan dlm menghalalkan suatu perkara.. matlamat tak menghalalkan cara.. yg batil ttp batil, yg haram ttp haram, yg was-was lbih ke arah haram... so, tngglkn...

kn mencegah lbih baik dari berjangkit??

JALAN 3/39 berkata...

hu..si tanpa nama komen si tanpa nama lagi satu.. mcm mana tu ??

Azwan berkata...

tanpa nama yang sokong poco2 tu fikiran nya macam Emperor Constantine. Sebab emperor tu lah ajaran Nabi Isa yang sebenarnya diselewengkan, sebab mengambil mudah soal akidah dan merekacipta perkara baru dengan alasan nak menarik orang.

pasumno berkata...

kesian tan pa nama tu bila tegur je kata kita fanatik agamalah.... buat apa nak kaji budaya orang sedangkan agama sendiri pun tak kaji betul-betul isi quran lagilah... insaflah tkde nama

pasumno berkata...

kesian tanpa nama tu buata apa nak kaji budaya agama lain selagi al quran dan agama Ialam kita tak kaji ....insaflah tegur sikit je kata fanatik agama......

Tanpa Nama berkata...

islam itu mudah.. jgn sempitkan islam dan pemikiran kita. kalau semua benda kita pandang negatif mmg ia akan nampak negetif. kalu kita tgk simbol simpang 4 pun kalu di pandang secara negatif maka akan negatif la ia... yg sahih menyesatkan dan merosakkan akidah adalah benda yg dilakukan bercanggah dgn al-quran dan menyekutukan Allah. anda pernah tgk key anak panah di keyboard pc anda... bukankah ianya juga seolah-olah pergerakkan salib... jadi mcm mana plk hukumnya...

paranoid berkata...

bagi saya jgn terlalu paranoid. ianya hanyalah sebuah bentuk tarian yang dapat menyihatkan badan dengan kaedah menyeronokkan hati.

tiba2 terigt, kenapa bila sumting yg berbentuk t akan dianggap seperti salib? teringat akan kisah jersi pasukan bola kebangsaan awal tahun ni...

kadang2 kita terlalu paranoid.

MUHAMMAD FADHLI B. MOHD DIAH... berkata...

emm..inilah yang terjadi apabila ilmu yang cetek nak berbicara tentang agama..ini bukan masalah simpang empat nampak macam salib@anak panah nampak macam salib..poco-poco tu adalah tarian keagamaan..takkanlah yang tu pun nak dipertahankan wahai saudara tanpa nama..apabila kita berfikir dengan logik akal maka kita akan terpesong, lihatlah pada logik IMAN..insya Allah kita akan selamat

Tanpa Nama berkata...

aku dah kata kat kawan2 lama dah kata tarian tu ikut lambang salib... depa syok dok begolek bontot jantan betina kot....

Tanpa Nama berkata...

biasa laa tu, itu lah yang dikatakan melayu boleh, cuma kita aja tak ambil kesah, sbb dari dulu lagi udah diajar meniru-niru

Tanpa Nama berkata...

haahhaah....suka meniru

ILHAM berkata...

BAGI SAYA KALU AKTIVITI BERBENTUK KEAGAMAAN SELAIN ISLAM ADALAH HARAM....KALU TAK FAHAM PERGI BELAJAR

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama berkata nak tarik orang bukan islam kena buat ikut mereka baru mudah nak dekati mereka. tapi tidak tanpa nama terfikir adakah nabi menggunakan pendekatan cara tersebut untuk menarik orang bukan islam untuk memeluk islam. bahkan yang dibuat oleh nabi s.a.w ialah berbuat baik serta jangan buat keganasan supaya orang bukan islam merasakan selamat apabila masuk islam........ tanpa nama ni sekolah kat ner dulu n dah baca berapa buah kitab........ setakat baca surat khabar x da pe nyer.

baduk berkata...

banyak lagi riadah lain..nape x buat?nape yang ragu2 tu jugak nak ikut?sempit tak sempit..lama2 semua blh buat..x nak la camtu..

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Saya dari dulu lagi tidak gemar dengan tarian ini. Ingatkan dari Indonesia, rupanya dari Filipina dan lebih teruk lagi asal usulnya. Mohon kebenaran untuk cedok sedikit artikel ini untuk dipamirkan di blog saya, Kayteeze's Blog. Saya akan linkkan blog ini. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

We tend to jump the gun, eh? Menghukum sebelum hukuman dijatuhkan, mengutuk hanya kerana seseorang tidak sehaluan dengan kita, menguar-uarkan perkara yang sengaja diragu-ragukan.

Saya tak arif agama tapi biarlah kita tunjukan teladan yang baik.

Nak tanya sikit, cara menuangkan teh cina memang guna tangan kirikah? Mengapa tidak menggunakan tangan kanan mengikut sunnah?

Seperkara lagi, penulis blog yang memanjangkan blog Adeq Best sudah siasat betul-betulkah? Seingat saya, senam poco-poco dimulakan dengan kaki kanan dari tengah dan melangkah ke sisi kanan, kemudian berundur ke belakang & maju ke depan sedikit, berundur ke belakang sedikit & maju ke depan sedikit sebelum membuat pusingan ke kiri. Begitulah seterusnya.

Walhal setahu saya, apabila paderi kristian melambangkan salib, pergerakan tangannya dari kiri ke kanan dan atas ke bawah (atau kalau dilakarkan di atas lantai, dari sisi kiri ke sisi kanan yang diikuti dengan depan ke belakang).

Perbetulkan saya sekiranya saya khilaf.

Tanpa Nama berkata...

Hm...

Tanpa Nama berkata...

tarian poco-poco ni slalu diadakan time mggu orentasi kt u....mula2 mmg sronok sbb igt cm senaman...tp lpas bce artikel ni..Ya Allah...xsangka ade mksud trsirat....moga Allah ampunkan dosa kite semua...amin...

Tanpa Nama berkata...

xx pyah nk gduh2 la.. bnyak mufti dan fatwa dkeluarkan mmbuktikan yg poco2 dan yoga haram. so jgn kta khianati agama sndri.. kta dh thu bnda nie so jgn kta skong la ajaran kristian nie.. mencegah lebih baik dri mngubati... cegah la slagi kta mmpu.. insya allah.. 1 hri nnti umat islam akan trplihara....