15 Ogos 2009

Permatang Pasir: Salleh Man lawan Rohaizad

PERMATANG PASIR, 14 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Dengan pengumuman ini, beliau akan bertanding melawan calon BN, Rohaizad Otman, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.

Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas.

Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos._

3 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

apa yang saya memantau dalam blog yb tentang pilihan calon di permatang pasir peluang untuk kemenangan bagi parti PAS atau umno adalah 50-50, sebab tak tepat timing pilihan calonnya.

david ahmad muniandy berkata...

tak tepat timing pilihan calon sebab ramai suka kat Mat Sabu.....

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Kene patuh dan sokong apa yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan...

Selamat berjuang.