Oleh Mohd Syamil Azhar.
LENGGONG: Satu daripada lebih 15 keluarga yang sering dilanda banjir kilat akibat limpahan air Sungai Nerok di Kampung Banggol Batu dekat sini menerima kunjungan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Lenggong, Razman Zakaria hari ini yang datang bertujuan meninjau masalah penduduk terbabit. "Makcik sekeluarga tinggal di sini sejak berpuluh tahun lalu dan telah menjadi mangsa banjir sejak 38 tahun lalu, bagaimanapun sampai hari ini nasib kami tidak terbela. Katanya, mereka sekeluarga masih bernasib baik kerana ada tingkat atas rumah yang membolehkan mereka meletak barangan di dalam rumah selain bagi mengelak daripada tidur dalam air.
Seorang nenek, Hamidah Kulup Ibrahim, 66, yang tinggal bersama seorang anak dan dua cucunya di rumah mereka di kawasan landaan banjir setiap tahun itu, gembira menerima kunjungan Razman.
Katanya, dia gembira kerana ada juga pemimpin yang sanggup meninjau keadaan mereka sekeluarga yang, bukan saja daif tetapi juga sering menjadi mangsa banjir kilat yang biasanya banjir lumpur.
"Setiap tahun kami menjadi mangsa banjir berkali-kali dan pada tahun ini saja sudah enam kali termasuk banjir kecil semalam," katanya.
Hamidah berkata, mereka sekeluarga tidak ada tanah untuk membolehkan rumah baru dibina di kawasan selamat daripada dilanda banjir, memaksa mereka terus tinggal di rumah itu.
Biasanya apabila berlaku banjir kilat atau banjir lumpur, rumah mereka sekeluarga akan dinaiki air separas antara 1 dan 1.5 meter menenggelam tingkat bawah dan selepas beberapa hari banjir surut air masih bertakung di dalam rumah.
"Bulan sudah dua kali banjir dan semalam berlaku lagi tetapi tidak besar, tetapi sampai tengah hari ini pun air masih bertakung dalam rumah, tidak seperti kebanyakan rumah-rumah jiran lain yang airnya cepat surut," katanya.
Sementara itu, Razman berkata, setelah 52 tahun merdeka sepatutnya tidak berlaku lagi masalah-masalah seperti dialami keluarga Hamidah. di mana mereka sekeluarga sewajarnya diberi rumah PPRT di atas tapak yang selamat daripada banjir.
"Umno (BN) dah memerintah 50 tahun, manakala keluarga Hamidah mengalami masalah banjir sejak 38 tahun lalu, sudah hampir sama dengan usia pemerintahan yang ada sekarang ini.
"Sedih, inikah nikmat pembangunan yang mereka terima selama ini sebagai rakyat di bawah pemerintahan Umno (BN)? PM laungkan 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, saya harap nasib keluarga Hamidah terbela," katanya.
Tamat.
1 ulasan:
Formula One (1), One (1) Malaysia, H1N1...
Catat Ulasan