23 September 2009

Akhirnya di bilik mayat kita bertemu


Ummu Waheedah
http://assakynah.blogspot.com

Jumaat 18 September 2009 bersamaan 28 Ramadhan 1430h adalah tarikh malang bagi keluarga kami kerana pada hari itulah kami kehilangan dua orang tersayang dalam satu tragedi kemalangan yang begitu ngeri.Mereka tidak dilahirkan serentak tetapi takdir menentukan mereka kembali ke rahmatNya serentak.

Panggilan talipon pada kira2 jam 2.10 ptg Jumaat itu sangat memeranjatkan. Bingung seketika. Antara percaya dengan tidak. Kakak ipar saya 'meraung' memberitahu dia sudah kehilangan 2 anak. Ya Allah, ya Allah, Ya Allah.... itulah jawapan saya kerana hampir tak percaya. Saya bertanya anak yg mana, masih kebingungan kerana mereka ada 4anak. Katanya CT dan Z , aduh benarkah berita ini atau mimpi di siang hari? Saya masih menunggu jawapan SMS yg saya hantar kepada CT pada jam 8.59 pg itu. Petang semalam saya berbual lama dengannya kerana saya memang berhajat nak jumpa dia sebentar di Putrajaya. Sudah dua temu janji tak berhasil. Bulan Ogos tak jadi jumpa kerana ibu saya jatuh tangga. Kali ini tak jumpa juga kerana dia menukar perancangan. Katanya nak balik Sri Manjung malam itu juga (malam jumaat).

Saya cadang nak jumpa dan ajak dia berbuka di Masjid Putrajaya dan saya akan hantar dia pulang di rumah sewa atau ke rumah kawannya.Katanya adiknya Z nak balik malam itu juga sebab selesa memandu malam. Saya pesan supaya dia tidak memaksa adiknya untuk balik malam atau pagi, biar Z pilih kerana dia yang akan memandu. Biar dia selesa walaupun saya memang tahu Z cekap memandu waktu malam dan tidak mengantuk.

Dia pernah memandu kereta saya dari Kuantan ke KL waktu malam dan saya yakin dia bukan pemandu yang cuai.Selepas berbual di talipon petang itu, saya tidak menghubunginya lagi, hanya pada pagi Jumaat itulah saya menghantar SMS bertanyakan perancangan akhirnya, dan mengatakan perancangan saya yg berubah sedikit. Ini kerana dia mahu membuat kenduri doa selamat di Manjung, jadi saya syor dibuat pada hari raya ke-2 atau ke-3 kerana saya ada perancangan lain pada hari raya pertama.

SMS yg saya tunggu jawapannya, rupanya berita malang itu yang menjawapnya. Sejurus menerima berita dan mententeramkan diri, saya dan adik beradik berpakat apa yg patut dibuat. Saya juga berusaha menalipon Jabatan Peguam Negara untuk memaklumkan hal ini. Agak sukar mendapat jawapan kerana kebanyakkan pegawai sudah bercuti, akhirnya saya tinggalkan pesanan kepada yg menyambut talipon. Minta hal kematian CT dimaklumkan kepada yang berkaitan.

Jalan dari Kapar ke Sabak Bernam sesak juga kerana hujan lebat dan kesibukan musim perayaan.Akhirnya hampir jam 5 ptg barulah kami sampai.Kakak ipar dan abang sudah menunggu di luar bilik mayat.Saya minta untuk melihat mayat. Nak pastikan benarkan anak2 saudara saya yang terlibat. Hati ini masih mahu menafikan. Ya, tak syak lagi.Pasti.Merekala h yg terkujur kaku itu. Innalillahi wa inna ilaihirojiuun. .akhirnya dibilik mayat kita bertemu.

Saya turut membantu memandikan mayat anak saudara saya CT Zubaidah, upacara mandi yg ringkas ,cara mandi dharurat. Alhamdulillah mudah membalik2kan badannya.Saya pesan kepada petugas yg lain supaya mayat dibungkus terus dan jangan dibuka2 lagi.Bimbang menimbulkan fitnah dan kengerian.Sesungguh nya kematian itu pasti dan ianya adalah satu pengajaran.Inilah kali pertama saya memandikan mayat, seorang insan yang dikatakan mirip wajah dan fizikalnya macam saya .Allhummaghfirlaha war hamha,itulah yg saya ucap sepanjang memandikan beliau.

Mayat selesai dikafankan sejurus selepas azan maghrib, dan terpaksa menunggu pemandu van mayat swasta yg sedang berbuka. Saya sendiri berbuka sekadarnya, makan nasi goreng dalam kereta sahaja. Tiba di masjid Kg raja Uda ,Port Kelang mayat sudah disolatkan.Ramai yg hadir termasuk TS Ghani Patail.Jasad mereka dimasukkan ke liang lahad dan ditimbus dengan tanah sebelum 12 malam. Mudah2an roh mereka mendapat keberkatan Ramadhan dan hari Jumaat dan tergolong diantara hambaNya yg syahid dunia. Amin.Al-fatihah.

3 ulasan:

ninja97 berkata...

sedih saya mendengar cerita saudara...sya mendoakan agar rohnya ditempatkan diantara org2 yg beriman...al-fatihah

Tanpa Nama berkata...

innalillahhiwainnailaihirajiun

orang klang berkata...

yg pergi takkan kembali
kita bakal menyusul mereka
bila,dimana dan bagaimana?
semua sudah tertulis
itu rahsia Allah
kita hanya mampu berdoa