TITI SERONG, 17 Sept :- Usaha Pejabat ADUN Titi Serong menyumbang untuk Fakir Miskin,Anak Yatim, Mesjid dan Surau dalam DUN Titi Serong mendapat pujian dari Menteri Besar Rakyat Perak, DS.Muhamaad Nizar Jamaluddin semasa beliaumemberikan ucapan dalam majlis tersebut yang diadakan di Mesjid Tebuk Haji Musa disini.
Seramai 150 orang fakir miskin dan anak yatim menerima sumbangan dalam majlis itu. Disamping itu kesemua mesjid dan surau yang berjumlah 67 juga mendapat sumbangan yang disempurnakan oleh DS. Nizar.
Hadir sama dalam majlsi ituialah semua ketua kampung Pakatan Rakyat di DUN Titi Serong, 5 orang wakil dari mesjid dan surau serta masyarakat setempat.
Semasa memberi kata-kata aluan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim menyampaikan ucapan terima kasih diatas sumbangan orang ramai yang menyalurkan sumbangan melalui Tabung Amal DUN Titi Serong sehingga berhasilnya program tersebut diadakan.
Selesai sahaja majlis penyampaian diadakan tahlil dan majlis berbuka usaha yang juga disumbangkan oleh Pejabat ADUN Titi Serong dengan kerjasama Pemuda PAS Cawangan Tebuk Hj. Musa.
...gambar lain akan menyusul kemudian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan