20 September 2009

Thailand Sambut Raya sama dengan Malaysia.

BANGKOK, 19 Sept :- Thailand, dengan 7.5 juta penduduk bergama Islam, akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok pada hari Ahad, demikian diumumkan oleh majlis agama Islam wilayah malam ini.

Pengumuman itu dibuat selepas majlis agama Islam wilayah masing-masing mengadakan rundingan di kalangan pemimpin agama Islam dengan Sheikul Islam atau Chularachamontri, yang dilantik oleh Raja Thailand sebagai ketua masyarakat Islam di negara ini.

Melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Aidilfitri diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara hari ini.

Dianggarkan kira-kira 7.5 juta penduduk Islam daripada 65 juta penduduk kebanyakkannya tinggal di tiga wilayah selatan iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat, yang bersempadan dengan Malaysia, serta di Bangkok dan Ayuthaya.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: