27 Oktober 2009

22 murid hilang, jambatan gantung Kuala Dipang runtuh

GOPENG: Seramai 22 daripada 296 pelajar sekolah rendah yang sertai kem perkhemahan, hilang dipercayai dihanyutkan arus apabila jambatan gantung yang merelk naiki runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, jam 10.30 malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit menaiki jambatan gantung berkenaan selepas menikmati minum malam di seberang sungai untuk balik semula ke khemah mereka.

13 ulasan:

Unknown berkata...

ya allah selamatkan mereka..

C++ berkata...

Ya Allah... selamatkanlah mereka....selamatkanlah mereka....

Tanpa Nama berkata...

baru dua minggu siap dibina sudah runtoh?moga moga mangsa kejadian ini terselamat hendaknya.amen!!

Tanpa Nama berkata...

semoga mereka semua selamat...
InsyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

saya salah seorang daripada peristiwa malang itu.saya bersimpati kehilangggan rakan rakan saya .saya berdoa semoga mereka diselamatkan.

(murid dari s.j.k.(t)changkat batu gajah

m. priye krishna

kelas:6 um

hafizzuddin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

ini jambatan, stadium pun runtuh dibawah pemerintahan BN, semoga semua selamat!!

Tanpa Nama berkata...

salam..

setelah terjadinya kes sperti ini,siapa yg harus di persalahkan?
tepuk dada tanya iman..

apakah ini matlamat kem 1 malaysia?

sprm dan polis apa tunggu lagi?

Tanpa Nama berkata...

Saman Kementerian Pelajaran. Ini Program Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran.Takziah, semoga yang lain selamat.

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia dah memakan korban dikalangan pelajar, pelajar pun nak dipolitikkan UBN.

Ahmad Syafiq berkata...

Siapa kontraktornya? Siapa yang memberi tender kepada kontraktor yang membina jambatan ini? Apakah reputasinya dalam membina jambatan? Apakah faktor sebenarnya runtuh jambatan tersebut?

Banyak lagi soalan yang boleh dirungkaikan. Apa-apa pun, kita berdoalah untuk keselamatan untuk 22 budak yang hilang dalam sungai tersebut. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

semoga kita semua insaf dengan kejadian yang berlaku ini....
Ingatlah wahai manusia.... Allah itu maha berkuasa.. bila-bila masa sahaja ajal kita akan sampai....
semoga anak-anak kita yang masih dicari dapat diselamatkan..... Amin...........

hafizzuddin berkata...

Terimalah tragedi ini sebagai takdir ALLAH, semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Lihatlah kembali, apakah puncanya, adakah kerana kecuaian kita, atau ada unsur2 ketidak telusan pembinaan jambatan tersebut?

Buatlah siasatan secara menyeluruh, jgn dibiar peristiwa sedih ini berulang lagi di masa hadapan.

Kepada pihak bertanggungjawab khususnya pemerintah, ingatlah nyawa rakyat yg kamu pimpin juga adalah tanggungjawab utama yg diamanahkan dibahu kamu, jika kerana kecuaian kamu rakyat menjadi mangsa, maka ingatlah kamu sekalian tidak akan terlepas mendapat balasannya.

Jangan hanya kita berebut2 untuk mendapat kekuasaan sedangkan kita sebenarnya akan menanggung siksa yg amat pedih di akhirat kelak.

Kepada keluarga mangsa diharap bersabar dan Redhalah dgn ketentuanNYA. Perbanyakkanlah kita berdoa semoga mangsa2 kejadian dapat diselamatkan. Inilah ujian ALLAH kepada kita untuk melihat sejauh mana kesabaran kita menghadapinya.

Kami seluruh rakyat malaysia turut berasa sedih dan bersimpati atas kejadian yg mengejutkan ini. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa tragedi tersebut.