27 Oktober 2009

ADAKAH GURU AKAN TERKORBAN LAGI?

Email : Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM YB!

Maaf lama xhantar artikel sibuk jaga orang sakit. Tapi hati ini tidak boleh tahan untuk menulis bila mendengar kata2 TPM yang ADA INSENTIF MENANTI GURU CEMERLANG. Semalam dalam belanjawan si PM kata ADA INSENTIF MENANTI GURU BESAR DAN PENGETUA. Pada sayalah bila PM dan TPM dah kata begitu maka akan bermulalah era mengipas dengan lebih hebat lagi. Minta maaf jika saya terpaksa membawa isu ini tapi percayalah selepas ini guru2 akan dibebani dengan kerja yang lebih lagi semata2 pentadbir menyahut kata2 PM dan TPM kita. Bagi guru2 yang ikhlas dalam mendidik anak bangsanya, saya kagum dengan mereka kerana buat apapun pada mereka, tugas mengajar akan dilakukan tanpa disuruh atau dipaksa.

Namun, bagi pentadbir yang suka mengipas ini maka era mengorbankan guru akan bermulalah. Bersedialah wahai insan bergelar guru dengan karenah2 pentadbir ini. Bukan semua pentadbir sedemikian tapi natijahnya akan dilihat selepas ini. Tunggu!. Teringat saya ada sekolah dah guna sistem PUNCH CARD di sekolah untuk catat kehadiran guru macam guruni kerja dok pejabat pulak. Kalau sama kerja macam kerani2 hari sabtu ahad boleh dok rumah xpelah tapi ni tidak sabtu ahad doklah adap kursuslah, ladaplah, hari keluargalah,hari sukanlah,mesyuarat pibglah,senamrobiklah dan segala2 mcm benda yg memang menbebankan para guru. Justeru, tidak hairanlah banyak guru yang jadi sakit mental. Bendani bukan omongan kosong, tapi terpaksa ditutup supaya nak jaga periuk nasi guru2 yang mula xbetul disebabkan tekanan kerja. Saya berdoa moga akan wujud banyak pentadbir yang tidak membebankan guru dan sentiasa ada menjaga kebajikan guru dan juga akan wujud seorang Menteri Pelajaran yang mampu memacu pendidikan ke arah landasan yang betul bukan dipengaruhi oleh politik...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu2 sepatutnya dah lama bangun untuk bersuara. Tapi sayang semuanya penakut, paling ketara yang menjadi pendokong arahan bodoh kerajaan adalah guru-guru wanita. Oleh kerana dah terlalu ramai guru wanita terlalu susah untuk bangun bersuara.
Guru Pencen...lega

Tanpa Nama berkata...

SAYA SETUJU ARTIKEL INI. TAHNIAH ANAK KOMANDO!