YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng sedang membentagkan kertas
kedua : Perpaduan kaum, pengalaman Pulau Pinang.
kedua : Perpaduan kaum, pengalaman Pulau Pinang.
IPOH, 31 Okt :- Nasib baik UMNO tumbang di Pulau Pinang kalau tidak miskin tegar masih tidak dapat dibasmikan, dalam tempoh 18 bulan Pakatan Rakyat dapat membasmi kemiskinan di Pulau Pinang dan saya rela kerajaan Pulau pinang akan jadi bengkrap kerana bantu orang miskin. Sekarang dipastikan sekurang-kurangnya satu keluarga tidak mengira bangsa mendapat RM 500 sebulan. Demikian antara penegasan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Tuan Lim Guang Eng semasa membentang kertas kerjanya.
Semasa BN memmerintah Pulau Pinang penduduk Kg. Buah Pala cuma ditawarkan pampasan sebanyak RM 75,000 sahaja dan Kerajaan Pakatan Rakyat rakyat mendapat pampasan bernilai RM 600,000. Jelasnya
"BN menggunakan politik perkauman dan PR menggunakan parti politik berteraskan keadilan dan kesaksamaan" tegasnya.
Beliau juga menegaskan jika Pakatan Rakyat hendak mendapat mandat rakyat yang lebih dari rakyat kerja kebajikan untuk semua rakyat tidak mengira banga perlu dipertingkatkan. Seorang pemimpin Cina boleh jaga orang Melayu dan seorang pemimpin Melayu boleh jaga orang Cina dan pemimpin India boleh jaga semua kaum.Jelasnya.
Beliau juga tegaskan tidak timbulkan dan tidak ada isu kami mengutamakan satu kaum tapi untuk semua kaum. Kebenaran, kebajikan, kebebasan, keadilan dan ketakwaan menjadi teras kerajaan negeri dan kalau tidak mahu bangunan runtuh, kerajaan BN mesti diruntuhkan dulu., teganya sambil mendapat tepukan gemuruh oleh peserta konvensyen.
4 ulasan:
taniah kepada ketua menteri pulau pinang, mudah-mudahan niat yang baik suci itu akan mencapai kejayaan, ayuh teruskan bela nasib oarang susah kalau lim tak bela pakatan tak bela siapa lagi nak harap BN jangan harap 50 tahun memerintah masalah kemiskinan terus meland. yang miskin terus miskin yang kaya terus kaya raya ampu BN walaupun salah asalkan dapat hidup senang.
Mana Penyelia DUN pakatan rakyat???
Saya sangat terkesan membaca kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang ini....
moga Pulau pinang terus maju bersama pr buktikan dengan tempoh singkat
Catat Ulasan