13 Oktober 2009

Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah - Dr Lo' Lo'

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah.

"Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Image Mengulas lanjut, Lo' Lo' percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

"Malah kita tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara," katanya.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihyan raya semalam sebagai 'Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah'.

Calon PAS, Zulkefly pula berkata, beliau menerima keputusan pengundi dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada beliau.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, Salahudin Ayub pula berkata, pihaknya akan terus menekankan agar sistem undi pos diperbaiki dan yakin ada perkara tidak kena dalam pilihan raya ini.

HarakahDaily.Net/-

5 ulasan:

Guru Tajwid berkata...

Assalamualaikum,

Pada pendapat saya selagi sistem undi pos tidak dihapuskan, SPR tidak menjadi badan bebas yang sebenar-benarnya, selagi itulah keputusan pilihanraya yang memihak kepada calon BN boleh dipertikaikan.

Selain itu segala kejadian yang tidak diingini yang berlaku seperti serangan samseng terhadap petugas-petugas PAS mesti disiasat dengan adil dan telus.

Tanpa Nama berkata...

menang dengan kerjasam SPR, menipu.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS pro BN juga patut dikeluarkan Hasan Ali, TGHH. Nasa dari Pas.. duri dalam daging pakatan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Just look and see what will happen after this...

denaihati berkata...

Tiada beza Barisan dan PAKATAN apabila kalah terus mencari alasan tetapi kalau menang semua OK....POWER tu.