13 Oktober 2009

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin

Email : mohd naim mohd zain

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik


Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.


Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

8 ulasan:

Guru Tajwid berkata...

Assalamualaikum,

Suatu perkongsian info penting yang menarik.Sedikit tambahan dari saya.

Untuk mengelakkan dari menambahkan hutang sedia ada, janganlah kita membuat persediaan untuk majlis perkahwinan melebihi dari keperluan.

Jangan terlalu berasa ghairah untuk melakukan majlis yang besar-besaran sekiranya tidak mampu sehingga terpaksa membuat pinjaman.

Akibatnya akan dihadapi selepas daripada berkahwin. Bersederhanalah dalam membuat majlis perkahwinan.

david ahmad muniandy berkata...

lepas akad nikah(bukan kahwin jangan salah faham)
kira berumahtangga, duit adalah segala-galanya dan segala-galanya adalah duit....zaman moden bukan zaman kuno lagi....

layarburuk berkata...

nikah dan kahwin tu sama je maksudnya saudara david muniandy..akad nikah dan akad kahwin sama je.nikah tu dalam bahasa arab manakala kahwin tu dalam bahasa melayu..jangan salah faham pulak..

Puan Ainon Mohd. berkata...

Tuan YB,

Bagus juga ada senarai kesilapan orang yang sudah lama berkahwin, katakanlah selepas 25 tahun....

raira berkata...

sy faham apa yg sdr david maksudkan.'kahwin' tak sama dgn 'nikah'. ada beza tu sdr sukri.ada org yg dah 'kahwin' walaupun belum bernikah sdgkn ada org yg dah 'nikah' tetapi belum 'kahwin.'

raira berkata...

sy faham apa yg sdr david maksudkan.'kahwin' tak sama dgn 'nikah'. ada beza tu sdr sukri.ada org yg dah 'kahwin' walaupun belum bernikah sdgkn ada org yg dah 'nikah' tetapi belum 'kahwin.'

Abdullah Ngah berkata...

kesilapan yang tidak patut berlaku isteri ialah tidak gemar dengan suami yang melebih ibubapa sehingga ada yang putus terus hubungan antara anak dengan ibubapa.

Isteri segala-galanya dan suami segala galanya punca perkahwinan mereka tidak mendapat keberkatan yang dijanjikan apabila perempuan dan lelaki dikat dengan penikahan yang sah.

Ingat syuraga dibawah tapak ibu. Bagaimana isteri dan suami dihalang perhubungan diantara ibubapa.

Jika tidak mendapat restu selepas anak bernikah pasti akan berlaku perkara yang tidak baik dalam melayari rumahtangga.

Sebab itu hari ini banyak berlaku perceraian yang sangat tidak wajar berlaku. Apatah perkahwinan yang berlaku itu atas nama cinta sama cinta tapi ketahannya rampuhdan mudah runtuh.

Tanpa Nama berkata...

Keluarga lebih utama, kawan-kawan nombor dua. Belajarlah untuk menjadi family man dan bukannya orang bujang. Tunaikan lebih tanggung jawab untuk keluarga dan kerjaya. Tumpukan lebih masa hujung minggu bersama keluarga.
Tak perlu tunggu masa yang sesuai untuk mempunyai anak. Apabila sudah ada anak kita akan mula belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dan melaksanakan tanggung jawab sebagai ayah dan suami.

Ayah kepada 5 cahayamata
Kuantan