31 Oktober 2009

Lembaga Disiplin PAS bersidang esok

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi selepas mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun, dimaklumkan bahawa, tidak akan ada sebarang sidang media atau kenyataan media berkaitan dengan hal ini sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat, katanya.

"Kami akan bermesyuarat esok dan akan melihat dokumen-dokumen yang ada sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Lembaga ini, katanya, mempunyai lima anggota termasuk beliau. Mereka terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.

"Namun saya tidak bercadang untuk mendedahkan nama mereka," kata Tuan Ibrahim.

Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor.

Arahan ini dibuat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini. Ia dimaklumkan kepada media oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya kira-kira jam 1.00 pagi 29 Oktober semalam.

Selain Lembaga Disiplin diminta bersidang segera, PAS juga akan mengadakan satu seminar khas yang bakal disertai lebih 1,000 pemimpin parti di semua peringkat 7 November nanti.

Ia akan diadakan di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub diamanahkan untuk menguruskan seminar ini.

Turut diputuskan dalam mesyuarat khas itu adalah, isu kerajaan perpaduan telah ditutup dan tidak akan dibicarakan lagi.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau.

"Ada yang sampai melalui Setiausaha Agung. Dan ada yang disampaikan kepada saya melalui presiden sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, lembaga ini akan meneliti segala dokumen itu apakah ia bertentangan dengan didiplin parti atau ia hanya ijtihad peribadi individu berkenaan sahaja.

Dari situ, katanya, lembaga ini akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil.

4 ulasan:

tok iskandar berkata...

jambatan runtuh berlaku di perak.3 orang murid terkorban
pening jugak kepala najib,zambri nak menjawabnya.
apa yang penting satu suruhanjaya di raja wajar ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.anggotanya bukan suku-sakat BN tetapi mereka yang ada kredibiliti

tok sedih melihat wakil rakyat PR diperlakukan dengan kasar dan brutal oleh anggota polis.rakaman video you tube jadi bukti.kenapa mereka dihalang memasuki sidang dun perak?

Pimpinan tertinggi PR wajar desak hishamudin dan musa hassan letak jawatan.polis perlu berkecuali bukan dilihat memihak kepada BN.Persepsi rakyat ketika ini polis memihak BN.

Sedih tok melihat adun-adun PR diperlakukan sedemikian.mereka dipilih oleh rakyat.rakaman you tube itu wajar dipanjangkan kepada suhakam,amnesty international,al jazeera,bbc,cnn,kesatuan parlimen eropah dan pbb.biar satu dunia tahu dan biar i malaysian malu dan menyesal dengan tindakannya campurtangan dalam krisis di perak

tok iskandar berkata...

elok dilancarkan gerakan menggembalikan demokrasi di perak ketika konvensyen PR esok.dapatkan sokongan ngo dalam dan luar negeri dan kumpulkan tandatangan orang ramai khususnya rakyat perak.jual banyak-banyak baju hitam tertulis bubar dun perak atau armbend dan headbend dengan tulisan yang serupa.
1 nov pulak satu malaysia padam lampu selama sejam dari pukul 9 hingga 10 malam sebagai sokongan bubar dun perak.

hafizzuddin berkata...

Nama2 mereka yang menganggotai Lembaga disiplin tersebut perlu didedahkan utk mengelakkannya ianya dipertikaikan kelak tetapi jika terpaksa juga disembunyikan bagi mengelakkan ahll2 Lembaga ini dpd diganggu pihak2 tertentu sekurang2nya boleh diberitahu selepas keputusan hasil siasatan dibuat.

Tanpa Nama berkata...

lihatlah semua yg berlaku dengan positif.......Plan, Do, Check n Active...