08 Oktober 2009

MASALAH JENAYAH MENINGKAT: POLIS SIBUK BERPOLITIK

Oleh : safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kecewa dengan kadar jenayah yang semakin meningkat kerana ia bertentangan dengan kempen yang telah dilancarkan oleh pihak Polis awal bulan Julai yang lalu berkaitan sasaran untuk enam bulan kedua tahun ini adalah untuk mengurangkan kadar jenayah di Negeri Perak.

DPPN Pk melihat punca utama masalah jenayah yang semakin meningkat apabila Polis terlalu sibuk melaksanakan arahan daripada UMNO / Barisan Nasional (BN) semata-mata tanpa mendahulukan kepentingan dan ketenteraman awam.

Malah DPPN Pk tidak hairan kenapa kadar jenayah meningkat kerana Polis sendiri telah melanggar undang-undang dan keadaan ini berlaku sepanjang 8 bulan yang lalu dan Polis membenarkan perkara ini terus berlaku.

Oleh yang demikian, DPPN Pk masih bersedia menyalurkan bantuan kepada pihak Polis untuk bersama-sama membantu mengurangkan kadar jenayah yang semakin parah ini.


MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

5 ulasan:

Guru Tajwid berkata...

Assalamualaikum,

Percayalah bahawa selagi polis tidak bersikap secara profesional dalam melaksanakan tugaa yang dipertanggungjawabkan, jenayah samada di Perak atau di seluruh negara tidak akan berkurangan.

Selain itu di dalam jabatan polis sendiri perlu dipantau untuk memastikan bahawa tiada mana-mana aggota polis yang terlibat dengan jenayah.Dengan ini secara tidak langsung pihak polis boleh menjadi contoh kepada masyarakat.

Tanpa Nama berkata...

polis pergi jaga BN di Bagan Pinang

Tanpa Nama berkata...

ala..asyik2 salahkan polis...kita kena realistik pasal keadaan ni..takkan polis dpt pantau semua kejadian jenayah nie...mereka pun org biasak macam kita..apa yg penting kt sama2 berganding bahu membantu polis membentras jenayah..

Guru Tajwid berkata...

Assalamualaikum,

Maaf kalau apa yang saya cakapkan ni salah. Saya rasa apa yang saya cakapkan ni realistik.

Bukan niat nak salahkan polis jer. Tapi memang itu kenyataannya. memang betul dalam jabatan polis sendiri adanya masalah jenayah.

Tanpa Nama berkata...

nabi sendiri pun melakukan kesilapan . ada ke manusia perfect 100% . macamtu takya ade polis la . cakap guna akal bukan sedap type je