08 Oktober 2009

PAS dan DAP Selangor bersidang di 'meja bulat'

SHAH ALAM, 7 Okt: PAS dan DAP Selangor memulakan mesyuarat meja bulat mereka di sebuah hotel dekat Shah Alam mulai jam 2 petang tadi. Banyak pihak sebelumini mengharapkan pertemuan yang julung kali diadakan itu untuk melahirkan satu natijah yang baik kearah mengukuhkan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pemimpin kanan dari kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang sering berlaku antara mereka khasnya di dalam media.

Delegasi PAS dipimpin oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali manakala DAP dipimpin oleh Tony Phua.

Turut menyertai mesyuarat ini adalah para timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Osman Bin Hj Sabran, Iskandar Samad dan Dr Che Rosli Bin Che Mat), Setiausaha Perhubungan (Khairudin Othman), Ketua Penerangan (Roslan Shahir) dan Bendahari (Hj Ahmad Yusof Bin Ludin) PAS Selangor. Turut serta Ketua Ulama, Pemuda dan Muslimat.

Di pihak DAP pula, selain Tony, turut kelihatan adalah Teresa Kok, Ronie Liu, Ean Yong Hian Wah dan beberapa orang lain lagi.

Menurut mereka, sidang akhbar akan diadakan jam 4 petang ini.

Perjumpaan pada hari ini dilihat dan mengenal pasti saluran dan rangkaian persamaan yang ada pada kedua-dua parti. sekaligus saya harapkan melahirkan kesefahaman kedua pihak ketahap yang terbaik.

Saya mengharapkan pertemuan ini akan menyisihkan sengketa yang ujud sekiranya benar ujud atau sekadar mainan musuh yang sengaja dicipta. Yang penting musuh sebenar kita adalah BN bukannya teman seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Selamat bersidang.

3 ulasan:

member pencen keramat berkata...

Apa masaalah dalaman biarlah didalam aja jangan heboh seperti yang lepas,
Yang berlalu tu biarkan lah ianya terus berlalu sebagai pengajaran pada kita.

Tanpa Nama berkata...

minta 2 lepas ini tak timbul lg masaalah insyaAllah PRU13 kita sama jatukan Umnoo http://abiarwahida.blogspot.com/

Raziq Najab berkata...

Sama2 kita hancur dan kuburkan UMNO/BN pada PRU13 nanti InsyaALLAH! ameen..