27 Oktober 2009

Meriah ; Lebih 5000 hadir Rumah Terbuka pakatan Rakyat Perak.

kehadiran yang memberangsangkan menandakan Pakatan Rakyat di Perak masih kuat dan masih mendapat sokongan dari rakyat Perak.


IPOH, 25 Okt :- Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat perak yang julung-julung kali diadakan di Perkarangan Pejabat PAS Perak disini malam tadi mendapat sambutan yang memberangsangkan dari warga Perak. Dianggarkan lebih 5000 orang hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu.

Disamping dengan jamuan dari pelbagai menu istemewa dipersembahan juga persembahan nasyid, tarian kebudayaan Cina dan India.

Semua ADUN Pakatan Rakyat Perak hadir pada majlis tersebut disamping hadir sama ialah pesuruhjaya PAS Perak, ust. Abu Bakar Hussain dan Pengerusi keadilan Perak yang baru, Sdr. mustafa kamil Ayob.

Ketiga-tiga pemimpin utama parti PAS, DAP dan PDKR menyampaikan ucapan masing-masing dan terakhir Menteri besart perak pakatan Rakyat menyampaikan ucapannya.








5 ulasan:

Jiwa Rakyat berkata...

Puak-puak "Kuciwa" dalam Pas sakit hati tengok suasana macam ini.Sbb tak dapat nak hentam pimpinan Pusat.Kalau boleh biak org cina dan india tak datang langsung baru sedap tibai pimpinan atasan...Kah3

man dego kg bendera berkata...

Makan peree yeop ! mesti le ramai .

jiwa manusia berkata...

orang UMNO tengok gambar ini, mendidih hati mereka
kah kah kah ......

Tanpa Nama berkata...

pas perak cukup komitmen dengan perjuangan teruskan dengan program bersama rakyat yang bertali arus, bukan seperti golongan UG yang nak mundur kebelakang!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya baru perasan, semua isu yang berkaitan Perak, pemimpin yang dicop pro anwar atau anai-anai (dhabatul ard) atau kononya bekas puak2 IRC yang lebih komited dan bersama untuk memberi sokongan sama ada sokongan ucapan mahupun perjuagan..Yang pro-melayu ni dalam kes Perak diam seperti kongkang....

Peminat Saleem IKLIM