11 Oktober 2009

Ong Tee Keat akur dengan keputusan perwakilan

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau akur dengan keputusan yang dibuat oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) parti itu yang berlangsung pada Sabtu.

Antara lain para perwakilan telah mengundi untuk meluluskan usul undi tidak percaya ke atasnya namun majoriti yang diperolehi tidak mencukupi dua pertiga yang diperlukan untuk menyingkir Tee Keat dari jawatannya.

Perwakilan juga telah meluluskan resolusi untuk tidak mengembalikan kerusi timbalan presiden kepada Datuk Dr Chua Soi Lek tetapi telah meluluskan usul untuk menerimanya semula sebagai ahli parti.

Bercakap kepada para pemberita sejurus selepas tamatnya EGM itu lewat petang Sabtu, Tee Keat berkata, Jawatankuasa Kerja Pusar MCA dan Majlis Presiden akan duduk berbincang hasil keputusan yang telah dibuat oleh para perwakilan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Keluar MCA. Masuklah kelab penyokong PAS. Nescaya sejahtera Malaysia

umno pakar penipu berkata...

kacau lagi umno..dah jadi kambing hitam

Tanpa Nama berkata...

yang tak perwakilan tak mau MCA

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia tolak UBN

Budak Pencen berkata...

Pada pemahaman saya ahli ahli MCA tidak suka
pemimpinnya mendedah kes kes rasuah yang pernah
dilakukan olih pemimpin terdahulu sabaliknya ikut lah pemimpin2 terdahulu,rompak harta rakyat.Dan nampaknya ahli ahli MCA merestu pemimpinnya melakukan perbuatan tidak bermoral.
Sabenarnya CSL menjadi beban pada MCA dan seharusnya selepas ini lenyapkan diri secara terhormat dari dunia politik.