11 Oktober 2009

Saya bertanggungjawab penuh dan dah jumpa polis, kata Salahudin

TELOK KEMANG, 9 Okt: Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas.

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS.

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.

(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.



(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno)

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily. Harakahdaily/-

6 ulasan:

M.N.O berkata...

Tahniah Saudara Bob di atas Semangat anda... Teruskan Perjuangan.. TAKBIR!!! ALLAAAAHU AKBAR...

Adam Ahmad berkata...

sakit jiwa tgk berita semlm..sian org2 kg yg xth menahu cerita sebenar

ani berkata...

nak buek macammana, org melayu byk yang miskin,internet pun depa tak tau apa dia

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
KALAU DI NEGARA ORANG PUTIH YANG KRISTIAN TU, MANA2 AHLI POLITIK YANG BERCAKAP BOHONG PASTI/WAJIB AKAN DI BUANG OLEH PARA PENGUNDI2..
TAPI TAK TAHULAH KAT SINI...
KAT 1MALAYSIA KITA NI...
"RAKYAT DI DAHULUKAN , PENCAPAIAN DI UTAMAKAN" PATUT DITUKAR KEPADA
"RAKYAT DI KORBANKAN,
PENCAPAIAN RASUAH DIUTAMAKAN"

BILA MATA HATI DAH TERTUTUP, MAKSIAT DI KATAKAN NIKMAT.

KALU ADA OTAK CUBA FIKIR KENAPA ALLAH MENURUNKAN NABI-NABI BAGI BERBAHAS DAN MENENTANG PEMERINTAH2 DI SETIAP ZAMAN...
NABI NOH DGN PEMBESAR2...
NABI IBRAHIM DGN RAJA NAMRUD..
NABI MUSA DGN FIRAUN, HAMMAN DAN QARUN..
NABI ISA DGN PEMERINTAH ROM TIMUR DAN PENDITA YAHUDI...DI PALESTIN...
NABI MUHAMMAD SAW YANG KITA CINTAI DGN PEMBESAR2 QURAISY MAKKAH..
KENAPA?

JADILAH KITA SEPERTI NABI2 INI CONTOHNYA NABI MUSA YANG WALAUPON DUDUK DLM ISTANA FIRAUN TAPI TIDAK PERNAH TERHUTANG BUDI PADA FIRAUN KERANA FIRAUN TIDAK PERNAH RASA BERSYUKUR PD ALLAH DAN NABI MUSA TETAP JUGA MENYAMPAIKAN RISALAH ALLAH DAN MENENTANG FIRAUN YANG MENYESATKAN KAUMNYA DAN MELAKUKAN KEROSAKAN DI MUKA BUMI.
MARILAH KITA KATAKAN "TIDAK" KEPADA PERASUAH DAN PEMBOHONG.

1. DI PERMATANG PASIR, PULAU PINANG DAH BERCAKAP BOHONG KATA CALON BN BERSIH.(PECAH AMANAH)
2. DI BAGAN PINANG BOHONG LAGI KATA CALON DAH BERSIH. (RASUAH).
3. AKAN DATANG MESTI TAK DAK CALON LAIN DAH...
LETAK CALON KOTOR, TAPI BAGITAHU RAKYAT CALON BERSIH..

Tanpa Nama berkata...

itulah puncanya kalau Allah dah tutup pintu dah paterikan hatinya, pendengarannya, penglihatannya daripada melihat kebenaran maka tunggula azab Allah yang Maha Pedih di Akhirat nanti...sesungguhnya janji-janji Allah itu adalah benar.

david ahmad muniandy berkata...

setiap umat Islam kena bertindak balas untuk mempertahankan diri(berjihad) serangan dari musuh kalau mati pun mati syahid sebab inilah ajaran nabi dan Al-Quran pun ada sebut tentang ini...kalau hanya bersabar hanya berdiri biar diri direlakan pukul oleh musuh dan tanpa buat apa-apa tindak balasnya adalah jatuh dosanya sebab ini adalah salah satu bunuh diri.

“sesungguhnya org2 mukmin yg sebenarnya adalah mereka yg beriman kpd Allah dan RasulNya, kemudian mereka x ragu2, dan mrk berjihad dgn harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah org2 yg benar”(49:15)