19 November 2009

Bajet Kedah garis empat strategi utama

ALOR SETAR, 17 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak hari ini membentangkan bajet 2010 bagi negeri Kedah. Bajet 2009 ini menggariskan empat strategi sebagai instrumen untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Empat strategi tersebut ialah Merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat, membangunkan modal insan; Meningkatkan kesejahteraan Rakyat dan Memperkasa Jentera Pentadbiran Negeri.

Bajet yang dibentangkan ini berjumlah RM 1,279,614,642 merangkumi anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM512,186,574, anggaran pembangunan sebanyak RM 347,541,580 dan anggaran bekalan air sebanyak RM419,886,488.

Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak 42 peratus adalah untuk bayaran emolumen; 34 peratus untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap; 20 peratus untuk perkhidmatan dan bekalan dan 1 peratus untuk perolehan aset.

Sementara itu bagi peruntukan pembangunan pula, bajet 2010 diagihkan sebanyak 65 peratus untuk program prasarana; 20 peratus untuk pentadbiran; 8 peratus untuk pertanian, 6 peratus untuk agama dan sosial; dan0.34 peratus untuk ICT.

Manakala kerajaan negeri menganggarkan hasil yang bakal dikutip sebanyak RM496,085,253. Ini merangkumi Hasil cukai sebanyak RM281,314,403; hasil bukan cukai RM60,951,470 dan Terimaan Bukan Hasil RM153,819,380.

Anggaran hasil kerajaan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak 1.7 peratus berbanding tahun lalu (RM487,478,010).

Defisit yang dianggarkan pada tahun hadapan ialah sebanyak RM16,101,321 iaitu sebanyak 3.16 peratus berkurangan berbanding tahun 2009 sebanyak RM17,529,747 (3.47 peratus).

Sidang Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas bermula hari ini dengan dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah pagi tadi.

Sidang Dewan akan bersambung semula esok.

HarakahDaily.Net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang kepimpinana sebeginilah yang kita mahukan...berlapang dada ,boleh di tegur serta hidup yang sederhana...tidak bermakna jika kita mengaku memperjuangkan islam jika kita tidak dapat menerima kritikan...jangan jadi macam sesetengah pemimpin pas yang jumud sepert yang berlaku pada seminar khas baru2 ini....seorang pemimpin tertinggi pas yang berasal dari terengganu yang mengecam tetamu...bukankah sunnah nabi menyuruh kita memuliakan tetamu..hanya tghh dan tgna benar2 memiliki ciri2 tersebut...di harap selepas ini tidak lagi pas mengangkat orang sebegini...