KOTA BHARU: Bloger kontroversi, Kickdefella@Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendakwa bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan menantunya, supaya melepaskan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Kickdefella membuat dakwaan itu di laman blognya hari ini.
Menurut Syed Azidi, arahan tersebut dikeluarkan Nik Aziz semalam (Selasa).
Bagaimanapun, Syed Azidi mendakwa, menantu Nik Aziz itu, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman enggan melepaskan jawatannya dan kini berada di Kuala Lumpur. Syed Azidi mendakwa Nik Aziz membuat keputusan tersebut setelah menilai satu laporan yang disedikan oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri dan juga pemimpin PAS Negeri dan juga Pusat.
“Saya percaya akhirnya Abdul Ariffahmi, akan bersikap rasional dan menerima nasihat menteri besar," kata Syed Azidi dalam laman blognya itu.
Syed Azidi telah mencetuskan kontroversi selepas Abdul Ariffahmi menamatkan perkhidmatannya di PMBK sebagai pegawai perhubungan korporat pada 10 November lalu.
Sehari selepas beliau dipecat, bloger yang dikenali sebagai penyokong kuat Nik Aziz dan juga PAS itu telah mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan pemecatannya dan juga mengancam akan mendedahkan segala penyelewengan dan juga salahguna kuasa di PMBK.

3 ulasan:
Bila2 pun, jangan sekali2 buat tahi @ najis kepada bapa mertua kita.
Mesti hormat kpd perjuangan bapa mertua. Bersama2 dlm perjuangan atau sila duduk jauh2.
Jangan mengambil peluang mentang2 bapa mertua berjawatan tinggi untuk buat harta dengan jalan tidak sah...
Sesiapa pun boleh kaya...tapi jangan sekali2 terlibat dgn RASUAH.
Salahkah kita mengambil memantu kita bekerja dalam mana jabatan hatta jabatan yang ada kaitan lansung dengan jawatan yang kita sandang?
Salah apabila menantu kita itu tidak ada kelayakan, Bukan sahaja menantu kita malah orang lain juga adalah salah diambil bekerja jika mereka itu tidak layak atau tiada kelayakan.
Malah islam telah telah menentukan mengambil orang yang tidak layak bekeraja atau memberi amanah akan dihumbangkan kedalam neraka.
Kalau menantu kita layak bukan suatu kesalahan malah dituntut agar mengambil orang orang yang terdekat dengan kita.
Soal Nik Aziz suruh menantunya letak jawatan suatu kerja jahat untuk menjejaskan imej menteri besar.
Inilah adalah kerja syaitan manusia yang cuba adu domba agar orang baik nampak gambarnya jahat.
Mengenai penamgguhan tunai haji yang dikatakan ditaja itu suatu tindakan bijak yang barangkali kerja kerja taja menaja ini dilakukan oleh satu golongan yang cuba menjatuhkan nama baik Nit Aziz.
YB,
Saya terpanggil memberikan pendapat. Pernah suatu ketika PAS dengan lantang menyanggah dengan keras kronisme yang diamalkan oleh kerajaan BN. Tetapi kini amalan kronisme ini dilakukan sendiri oleh sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan yang melakukan kronisme ini adalah TGNA sendiri? Penyokong PAS yang dahagakan kebenaran kini keliru dengan falsafah perjuangan yang berbeza dari yang dikata. Minta YB tolong jelaskan kepada kami. Terima kasih.
Catat Ulasan