19 November 2009

HUKUM ALLAH (HUDUDULLAH)

Email : reja nass

Kita mengaku islam,menunaikan rukun islam,tapi kita menolak hukum Allah.Kita ingkar dalam kesyukuran.Firman Allah maksudnya dalam surah Al Maaidah;

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

"Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Ia menyeksakan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya), dan mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."SURAH AL MAAIDAH:38:39:40
Dalam situasi sekarang di Malaysia,dimana kadar jenayahnya semakin meningkat,pihak kerajaan harus mengorak langkah yang berani untuk menegakkan hudud Allah.Rata-rata rakyat Malaysia dimomokkan oleh media arus perdana tentang kononnya hudud Allah ini tidak adil,tidak berperikemanusiaan(kononnya tidak sesuai dengan hak asasi manusia).Soalan untuk golongan anti hudud Allah khususnya yang mengaku dirinya islam yang begitu lantang mempertikaikan hukum hudud Allah.

Tidak sedarkah mereka bahawa kita ini milik Allah,Allah yang mencipta kita.Jika kita gunakan perumpamaan mudah.Seorang jurutera pakar,telah mencipta sebuah kapal selam perang.Jurutera pakar ini lebih tau tentang ciptaannya,kelemahan ciptaannya dan kekuatan ciptaannya berbanding kita yang tidak memiliki ilmu kejuruteraan kapal selam perang.Bayangkanlah pula ilmu Allah,umpama lautan luas,kita hanya mampu perolehi apa yang tinggal di sebatang pen apabila decelup didalam lautan luas itu.

Sama-samalah kita fikirkan,jika kita telah melengkapkan lima rukun islam kita,adakah kita masih mahu menafikan dan mempertikaikan hukum Allah ini.

dilemaduniaislam.blogspot.com

2 ulasan:

Daud Mili berkata...

Salam singgah tuan, tinggi usaha tuan nih, harap2 ada yang melihat suara ini bersuara...insyaALLAH...~

masuksuku berkata...

salam semua
hukum hudud bagi yang tidak memahaminya akan keluar bermacam cerita dan contoh.

sebenarnya hukum hudud lebih baik dan lebih adil.

contohnya untuk hukum zina..dengan 4 orang saksi yang adil dan tidak berkepentingan serta waras dan nampak secara terang kepala ....memasuki....lepas takuk..barulah di kira ..dan di jatuhkan hukuman.

sekarang lihat hukuman yang di jalankan di malaysia ini contohnya..bukan saya nak galakkan benda tu...ketuk pintu..tengok tanpa baju atau seluar..terus sabitkan zina..tanpa saksi lihat pun..

curi begitu juga..mesti ada saksi..ada aduan..dan kalau sipencuri dapat meyakinkan kenapa dia mencuri dan di maafkan oleh orang yang kena curi...hukuman potong tangan tu tak pun dilaksanakan..

begitu luas ilmu ALLAH..hanya di putarbelitkan oleh orang orang yang tidak belajar atau memahaminya