BEKAS Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur, pagi ini atas dakwaan mengajar tanpa tauliah yang ditahan di sebuah banglo Hulu Klang, malam tadi. Sehingga kini pertuduhan masih belum dibaca keatas beliau dan dia akan menunggu sehingga jam 1 petang ini - Foto Rosdan Wahid
22 ulasan:
salam yb
kesian dr tu..apa pun mesti sebab dr tu dah join atau dah dekat dengan parti pembangkang..biasa lah..umno kan nak mansuhkan islam..
kita doakan agar dr menerima hal ini dengan fikiran terbuka dan berupaya menangkis segala tohmohan yang di berikan untuknya..semuga ALLAH memberkati diri anda dr
loh mengapa seorang mufti dikatakan tak berkelayakan? YaAllah Ulamak dah dijadikan sasaran manusia kejam sekarang..
Dah mengaji sampai peringkat Phd pun masih tak ada tauliah. Tingginya makam JAIS.
JAIS, pergilah cegah maksiat bukan tangkap orang bagi ceramah..ada PhD lagi penceramah ni....bekas mufti negeri BN lagi....adakah ini satu tindakan untuk membenci HAssan ali yang telah dibenci!
Dr. Asri di tahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor..JAIS ni bawah kerajaan negeri Selangor.. Beliau ditahan kerana tidak ada tauliah mengajar..dah peraturannya perlu ada tauliah jadi beliau kena la hormatinya....dan mungkin juga kerana ada kaitan dengan Wahabi... saya terus terang la.. walaupun saya sokong PAS..dan saya ahli PAS.. saya x bersetuju dengan fahaman WAHABI yang banyak memecahbelahkan dan mengelirukan umat ISLAM di negara ini...jadi sesiapa yg nak datang berceramah di Selangor ke hormat la pada orang selangor yang x bersetuju dengan fahaman WAHABI...kerana kami di selangor x bersetuju dan x minat dengan fahaman WAHABI..
JAIS tu di bawah sapa? Kerajaan negeri ke Persekutuan? bawah kerajaan UMNO / BN ke bawah PR?
pakai kopiah dah pas tu.. buat dr jadikan lah pas sebagai wadah perjuangan..
Ini macam kes Allahyarham Datuk Ishak Baharom dulu. Mufti pun kena ada tauliah nak ajar diSelangor. Lebih baik terus saja bagi syarat nak mengajar mesti tidak masuk parti pembangkang. Lepas ni nanti tazkirah pun tidak akan ada dimasjid lagi kerana ramai yang pandai memberi tazkirah secara berkesan mesti pakai songkok PAS. Ramai ustaz PAS tahu bila nak cakap ugama dan bila nak cakap politik. TGNA yang menjadi mursyidul am pun tak akan cakap suruh sokong PAS bila ada dalam masjid kerana dia tidak mahu menghalau orang dari masjid.
Sepatutnya ketua JAIS yang tak layak kerana dari mana dia dapat tauliah dan patut dipertikaikan.Berada dalam kelompok orang agama tetapi jahil tentang agama.Kenapa tauliah tidak digunakan untuk memantau makanan.Mereka menjadi talibarut kepada yang menentang agama.Adakah bila kita nak menyelamatkan orang yang lemas kita kena balik ambil sijil dahulu dan tunjukkan kemudian baru kita tolong orang yang lemas.Satu Malaysia dah tahu Dr Asri adalah bekas mufti.Tauliah apakah lagi yang sebenarnya.Maksiat bemaharajalela tak ada masa nak pantau.Lebihkan tauliah pulak.
Saya mengharapkan YB boleh beritahu YB Datuk Hassan, jangan jadikan pengawai penguatkuasa jais seperti robot. Nanti rakyat Selangor akan menyalahkan PAS dalam hal ini, akan hilang undi pula. Kita mesti selamatkan orang kita, soal tauliah kecil saja.
ana rasa ini bukan kerja UMNO tapi kerja orang2 yang emosional dalam perbezaan pendapat... fahaman salafi ibn tayimiah vs ahli sunnah ala melayu..
itu saja...tak dapat lawan hujah (atau tak mahu berhujjah), tangkaplah! aku ada kuasa!!
salam YB
bila AL-QURAN & SUNNAH d buat fatwa otak sendiri, begini laa jd nya!!!!
ALLAH bayar cash sekarang YB
hancur2hancurr WAHABI!!!
Tindakan JAIS merosakkan imej PR dan PAS kerana Selangor di bawah kerajaan negeri buat perangai macam era BN dulu jugak, exco agama yang kena, atau ada 'magician' di sebalik drama ini, wallahu a'lam.
Mustahil UMNO ambil tindakan keatas Dr Asri Zainal Abidin.
Kan Dr Asri bebas macam ulamak UMNO juga. Banyak pendapatnya terlalu bebas.
Perempuan tak tutup belum tentu masuk nereka, sedang ada hadis yang jelas dan nyata dari muslim bahawa perempuan yang tidak tutup aurat tak mahu cium bau syurga.
Boleh beri salam kepada orang kafir juga keluar dari mulut Dr Asri. Kan ini sesuai dengan ajaran Islam yang dipegang oleh UMNO.
Bulan puasa tidak apa buka kedai berniaga, kerana orang yang tidak puasa hendak makan juga orang kafir.
pendapat ini sama dengan apa yang pernah dipraktiskan oleh kerajaan Turki zaman Mustaffa Kamal, atas sebab ekonomi umat islam tidak dibenar berpuasa.
Apa akan jadi jika orang islam dibenar buka kedai dalam bulan puasa.
Orang berdua duaan tidak boleh tangkap, kerana dilarang mengintai. Memang betul islam larang intai. Tapi apa yang berlaku bukan begitu.
Inilah punca jenyaha zina menurun di Perlis, kerana tiada tangkapan dibuat. Malangnya anakl luar nikah lahir setiap hari hospital.
Untuk makluman, Terengganu zaman Idris Jusoh juga setuju dengan kaedah itu punca jenayah di Besut paling rendah berbanding dengan lain lain daerah.
Sejak Idris tidak jadi menteri besar jenayah diBesut meningkat, kerana sudah ada usaha mengangkap pejenayah.
cheh yg sembang WAHABI2!!! tu mcm tau sgt wahabi tu...dah yg dtg tu memberi penerangan..mana yg tak elok jgn diikut..MAZA hanya memberi ceramah berdasar al-quran dan hadis..x ckp pun suh...jgn ikut...tu pun wahabi...
TAPI..yg org bijak pandai sgt..AYAH PIN..RASUL MELAYU ..ikut pulok..ape ke bodolah ORG MELAYU NIE..
org ajar yg baik..pun kena tangkap...yg kasi komen pun..jgn ah main komen kalo ilmu stakt air setitik....kalo benar si MAZA nie kutuk nabi n al-quran...dah lamee..aku sendri yg kedepan...,nie tidak,ajak org melayu islam sendri perbetuikan,perelokkan agama pun dituduh mcm2..mcm x bertamdun org melayu skrang...
YB,
apapun orang bukan islam akan tgk kita bertelalagah sesama islam..
macamana org bukan islam nak ikut...banyak sgt "fahaman Islam"...tolong balik kpd Islam yg satu..
takut nanti org bukan islam akan samakan fahaman islam yg berjenis2 ni dgn ugama kritian e.g. Kristian, Anglican, methodist, etc
Muslim jenis apakah kita ini?
salam...klu ada yg berautoriti, cuba siasat isu yg yg dikatakan pernah dibangkitkan oleh Dr Asri ni, sama ada betul atau salah,
mebi ada kait juga dgn sebab2 atau faktor2 bantahan PGSM dan 12 NGO,bahkan Yang Dipertuan Agung tolak Dr Asri jd YDP YADIM, yakni antaranya:
1) Dr Asri menghukumkan 'khurafat' kpd pndapat yg mengatakan 'kanak2 blum baligh perlu ada di blakang saf'...sedangkan ini pendapat Imam Nawawi.
2) Dr Asri beri komentar kpd hadis sohih bukhari iaitu 'man baddala dinahu faqtuluh'
3) Dr Asri tuduh ulama terkenal nusantara yg bernama Sheikh Nuruddin al-Banjari sebagai ulama ongkos
4) Mengkafirkan Sheikh Abdullah Harari dan mengaitkan Hassan alsaqqaf dgn syiah
Mungkin sesiapa bleh cek...adakah ini benar, jika benar, memang Dr Asri perlu ditegur (dgn cara yg baik dan betul seperti org lain), jika salah, memang Dr asri ada hak utk pertahankan diri
Wassalam
kepada tanpa nama tarikh 11/01/2009 10:54 PM, mungkin ilmu kami yang x setuju dengan pemikiran WAHABI nie kecil atau 'setitik', tapi tetap punyai ILMU .... kalau nak tahu kenapa kami x setuju dengan WAHABI anda boleh baca di sini http://al-ghari.blogspot.com...
Salam...
saya kurang setuju tangkapan dibuat (meskipun JAIS ada hak)hanya sekadar mengajar tanpa tauliah, macam kes Dr harun din, Ust ismail kamus, dato' ishak baharom dll..
dlm masa yg sama,jika ia melibatkan tuduhan 'khurafat' kpd perkara-perkara khilafiyyah (ykni ruang yg dibenarkan khilaf), maka tuduhan ni sgt berat, kerana seolah-olah mensesatkan pendapat ulama muktabar Imam Nawawi.
jika benar ini pendapat Dr Asri, maka beliau berhak ditegur. Pihak2 berkuasa prlu adakan dialog atau minta pnjelasan drp Dr Asri ttg 'tuduhan khurafat kpd pndapat Imam Nawawi' dan 'isu hadis sohih bukhari' dan perkara khilafiah yg lain berbanding buat tangkapan.
WAllahua'lam
Bukankah JAIS itu dibawah Dr. Hassan Ali ? Adakah kes ini bertujuan untuk memburukkan Hassan Ali ?
salam,\.....
kes dr Asri ni menarik banyak komen...tanda ada sensitif....so cadangkan adakan muzakarah live dalam tv....tak kira tv apa pun...panggil dr Asri yang di label sebagai Wahabi,panggil juga sesiapa alim ulamak contoh syeikh nurudin al makki atau sesiapa je...biar tengok hujahnya...biar dapat selesaikan masalah....tangkap2 ni tak bagus lah...
Buat pengetahuan semua...ini bkn kerana kepartian sgt tp lebih krn kewahabian dia...
mbiklah tauliah nak mengajar...jgn laggar undg2...kita sbg DR lg la kna tunjuk ikut undang2...
tp metod kewahabian dia harus dilwan kerana boleh memecah belahkan masyarakat dengan cepat membidaahkn org yg tak sehaluan...
SAY NO TO WAHABI>>>>
Catat Ulasan