(nota; skrip ini dicatat sendiri oleh penulis dari pendengaran di dalam mahkamah. Ianya adalah panjang namun sangat berguna untuk dibaca sehingga habis. Gambar2 yang ditayangkan di mahkamah tidak dapat di paparkan di sini, oleh itu penulis menggunakan koleksi gambar-gambar dari album sendiri yang diambil oleh suami penulis yang turut ditangkap ketika menjadi jurukamera pada hari tersebut..sebahagaiannya di cari di 'google')
Sambungan soalan balas dari pehak peguambela Augustine Anthony pada hari ke empat Jumaat 30hb Oktober. Baca di sini untuk hari sebelumnya.
AA : Lihat F 41, sudah pernah memberitahu mahkamah pernah buat rakaman di beberapa perhimpunan yang lainnya. Setuju?
Saksi : Setuju.
AA : Setuju dengan saya, Koperal juga mengetahui dan ada pengetahuan cara-cara FRU menembak gas pemedih mata.
Saksi : Tak tahu.
AA : Sebagai anggota polis adakah anda tahu prosedur tembakan gas pemedih mata?
Saksi : Tak tahu.
AA : Daripada pengalaman suasana rakaman sebelum ini, setuju dengan saya gas pemedih mata akan ditembak ke langit supaya ianya jatuh ke tengah mereka yang berhimpun?
Saksi : Tidak tahu.
AA : Boleh kan FRU mensasarkan tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai?
Saksi : Tidak tahu.
AA : Maksud saya 'lateral shoT' (terus ke arah orang berhimpun) dengan gas pemedih mata.
Saksi : Tidak tahu.
AA : Saya cadangkan kepada koperal setiap satu tembakan gas pemedih mata tidaklah sepatutnya mensasarkan ke arah orang awam.
Saksi : Tidak tahu Yang Arif.
AA : (sambung dengan F 41, jam 3.05pm) Ada kedengaran bunyi siren polis?
Saksi : Ada Yang Arif.
AA : Adakah anda kenal orang di dalam gambar sebelum ini?
Saksi : Tidak.
AA : (Lihat) F 42, 3.05pm. Ada orang baring atas kereta menghalang kereta?
Saksi : Ada.
AA : Ada sebarang tangkapan yang dibuat terhadap orang itu (orang yang menghalang kenderaan itu)
Saksi : Tak Tahu.
AA : Menurut gambar itu (F 42) ada tak tangkapan dibuat terhadap orang yang menghalang kenderaan tersebut.
Saksi : Tidak.
AA : Ada atau tidak orang itu ada di antara 13 orang OKT hari ini?
Saksi : Tidak tahu.
AA : Tengok muka orang yang menghalang kenderaan itu, awak kenal orang itu,adakah orang itu ditangkap?
Saksi : Saya tidak tahu.
AA : Setuju dengan saya identiti orang tersebut anda tak pasti.
Saksi : Setuju.
AA : (merujuk kepada gambar) Setuju dengan saya orang yang berbaju kuning yang sama tadi muncul sekali lagi? Setuju?
Saksi : Setuju
AA : Cuba terangkan kepada Mahkamah menerusi gerak gerinya yang dia buat?
Saksi : Laungkan Allah hu Akbar.
AA : Adakah dia sekarang ini sedang berjalan menuju ke orang yang berbaring di atas jalan?
Saksi : Tak Setuju.
AA : Setuju dengan saya dia sudah menyemarakkan keadaaan?
Saksi : Setuju.
AA : Sekarang dia sudah tukar laungan, setuju?
Saksi : Setuju
AA : Laungan PAS Allah hu Akbar, Laungan Keadilan Reformasi. Setuju dia laungkan REFORMASI?
Saksi : Setuju
AA : Sekarang dia laungkan MAKKAL SAKTI, Ini laungan HINDRAF, Setuju?
Saksi : Setuju
AA : Setuju dengan saya dia juga ghairah menyemarakkan keadaan, setuju?
Saksi : Setuju.
AA : Anda lihat sekarang ada pemuda memakai t-shirt hitam, topi hitam dan selendang berwarna hijau? Setuju dengan saya ada laungkan slogan dengan bersungguh-sungguh?
Saksi : Setuju
AA : Setuju dengan saya dia merupakan ketua laungan?
Saksi : Setuju.
AA : Adakah anda boleh mengecam dia?
Saksi : Tidak Yang Arif.
AA : Setuju dengan saya bahawa dia bukanlah orang yang ada dalam kandang orang yang bersalah pada hari ini.
Saksi : Setuju.
AA : Setuju dengan saya awak juga nampak seorang gadis Cina pakai baju warna ungu.(rujuk gambar di bawah-gambar koleksi penulis dan OKT)
Saksi : Setuju.
AA : Setuju dengan saya bahawa dia juga salah seorang orang yang berhimpun pada hari itu.
Saksi : Setuju
AA : Anda tahu siapa dia?
Saksi : Tidak tahu.
AA : Saya cadangkan pada anda dia ialah Clara, pemberita dari STAR, tak kenal?
Saksi : Tidak.
AA : Lihat F 43 dan F 42, apabila anda lihat orang yang menghalang kenderaan dan orang-orang di sekeliling ada tangkapan dibuat?
Saksi : Tidak ada.
AA : Lihat F 42 dan F 43, semasa orang berhimpun adakah anda dengar sebarang arahan bersurai?
Saksi : Tidak ada.
AA : F 44, apakah yang anda lihat di Frame 44?
Saksi : Beberapa orang sedang memegang sepanduk DAULAT TUANKU.
AA : Adakah anda dapat mengecam sesiapa?
Saksi : Tidak.
AA : Adakah orang-orang tersebut yang memegang sepanduk ada di kandang pada hari ini?
Saksi : Tidak ada.
AA : Boleh nampak dua buah kenderaan bernombor 7215? Salah seorang dari dua orang yang menghalang kenderaan itu ialah orang yang kita telah mengecam sebagai seorang yang agresif. Apa yang orang yang berbaju kuning buat? Dia bangun dengan tergesa-gesa, setuju?
Saksi : Setuju
AA : Dengan tiba-tiba dia menghilang diri dari frame 44, setuju?
Saksi : Setuju
AA : Setuju dengan saya setelah membuat sesuatu yang mengelirukan dan riuh, dia melarikan diri dari situ?
Saksi : Setuju
AA : F 44 ada cam salah seorang OKT?
Saksi : Ada.
AA : Adakah dia di tengah jalan atau di tepi jalan.
Saksi : Tak pasti.
AA : Setuju dengan saya dia berada di tepi jalan dan bukannya di tengah jalan, menghalang kenderaan. Adakah dia meriuhkan jalan atau berdiri di tepi secara pasif?
Saksi : Setuju
AA : Setuju OKT ini masih di situ?
Saksi :Setuju.
AA : Adakah OKT ini salah seorang dari yang memegang sepanduk, adakah dia salah seorang yang pegang sepanduk di tengah jalan?
Saksi : Setuju.
AA :Adakah anda kenal orang-orang yang pegang sepanduk ? Adakah orang2 yang pegang sepanduk ada di dalam kandang OKT hari ini?
Saksi : Tidak
AA : F 48 3.08pm Adakah anda dengar sebarang amaran bersurai oleh polis?
Saksi : Tidak.
AA : F 45 3.08 Apa yang anda dengar? Apakah anda dengar loceng FRU berbunyi?
Saksi : Dengar.
AA : Adakah anda dengar sebarang amaran bersurai oleh anggota polis?
Saksi : Tidak
AA : Bila nampak tear gas anda nampak arah sasar ke arah orang ramai, tiada amaran dkeluarkan, OKT di tepi jalan. masih di F 45 3.08. Apa yang anda lihat? Setuju dengan saya FRU menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai?
Saksi : Setuju Yang Arif.
AA : Berapa das tembakan yang awak dengar ditembak ke arah orang ramai?
Saksi : 2 sahaja.
AA : Anda tahu apa akan jadi pada orang-orang yang kena gas pemedih mata terus menerus?
Saksi : Tak tahu.
AA : F 45 3.09 Tidak sampai 30 saat, apa jadi di jalan sekarang? Setuju dengan saya sudah berkepulan asap di atas jalanraya.
Saksi : Setuju
AA : Setuju dengan saya keadaan bertambah panik dan kucar kacir?
Saksi : Setuju.
AA : Boleh nampak OKT pertama yang tadi berada di tepi jalan yang pertama dicamkan di awal tadi. Dia sudah seolah bertempiaran lari menyelamatkan diri dan terbaring di tepi jalan?
AA : Tak Setuju. Dia mencangkung.
AA : Okay dia mencangkul (dibetulkan oleh Hj Aminuddin:) ) dia mencangkung untuk menyelamatkan diri.
AA : (Membuat kesimpulan/rumusan dari segala jawapan dan pertanyaan) Orang ramai berhimpun, aman, OKT di tepi jalan, tidak mengganggu kenderaan, tidak memegang sepanduk, OKT mencangkung, FRU tembak gas pemedih mata, keadaan menjadi kucar kacir. Setuju dengan keadaan ini?
Saksi : Setuju.
AA : Dalam keadaan kucar kacir semua kenderaan pun sudah berhenti, setuju?
Saksi : setuju.
AA : Setuju dengan saya dalam masa yang sama ada pegawai polis, polis traffic, dan FRU?
Saksi : Setuju.
AA : Adakah mereka membuat sebarang tangkapan"
Saksi : Tidak ada.
AA : Setuju dengan saya di belakang kereta polis sekarang, jalan samar dengan gas pemedih ,mata?
Saksi : Setuju.
AA : Setuju dengan saya pegawai polis pun lari dari kawasan tersebut?
Saksi : Setuju
AA : Setuju dengan saya sebab keadaan sudah jadi terlalu tidak terkawal?
Saksi : Setuju
AA : Boleh cam OKT, dia bersama 2 orang yang lain mencangkung untuk mencari perlindungan.
AA : Setuju dengan saya keadaan sudah kucar kacir, orang sudah naik marah, orang sudah di dalam keadaan tidak terkawal dan marah, salah seorang mengambil kain dan memukul kereta, menghentak kereta dengan kain.
Saksi : Betul
AA : Adakah orang tersebut salah seorang yang berada di sini hari ini.
Saksi : tak pasti.
AA : OKT mencangkung sedang menutup hidung untuk mengelakkan diri dari terkena gas pemedih mata. Setuju.
Saksi : Setuju.
AA : Ada loceng berbunyi sekali lagi?
Saksi : Ada
AA : F 45 ada tak orang mengganas di sini?
Saksi : Tak ada.
AA : Tetapi anda bersetuju dengan saya sudah ada loceng berbunyi. Cuba dengar ada berapa das tembakan.
Saksi : 4 kali das tembakan.
AA : Selepas loceng berbunyi ada anda dengar sebarang arahan bersurai?
Saksi : Tidak ada sebarang arahan bersurai.
AA : Selepas loceng berbunyi ada 4 das tembakan disasar pada orang ramai.
Saksi : Tak setuju.
AA : Setuju dengan saya anda mendengar 4 das tembakan.
Saksi : Setuju.
AA : Selepas mendengar 4 das tembakan, apa yang terjadi? Keadaan menjadi lebih parah?
Saksi : Setuju.
AA : Cuba terangkan bagaimana? Keadaan menjadi lebih parah sehingga ada orang terbaring di tengah jalan.
Saksi : Tak setuju.
AA : Setuju dengan saya dalam keadaan kucar kacir dan parah, satu kereta bergegas keluar hingga nyaris-nyaris melanggar seorang OKT?
Saksi : Setuju, Yang Arif.
AA : Yang menghentam kereta itu adalah OKT no 1.
AA : F 47 jam 3.10pm, apa yang kedengaran?
Saksi : Siren polis.
AA : Ada nampak polis.
Saksi : Ada.
AA : Ada siren polis ada, ada polis, ada sebarang suara untuk orang bersurai? Setuju dengan saya bunyi siren bertalu-talu menunjukkan keadaan dalam kawasan masa tu sudah menjadi kucar kacir.
Saksi : Tak setuju.
AA : Setuju dengan saya kereta-kereta tak boleh gerak dalam kawasan itu. Tengok belakang tu semua kereta tak boleh gerak setuju?
Saksi : Setuju.
AA : Setuju dengan saya keadaan menjadi kucar kacir sehingga orang baring di atas jalan.
Saksi :
AA : Lihat F 47, 3.10 pm Encik tahu kereta siapa ini?
Saksi : tak tahu
AA : saya cadangkan kereta ini adalah kereta Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Saksi : Tak pasti.
AA : Tak mengapa. nanti kita sampai part yang lebih emotonal...
AA : F 48 3.11 pm, Bila kereta orang kenamaan dalam keadaan tak bergerak, apa yang awak nampak?
Saksi : Orang macam menahan kenderaan.
AA : Tengok betul-betul apa mereka sedang buat. Mereka 'profusely begging', SEMBAH MERAYU. (dicadangkan oleh Hj Aminuddin sebagai MERAFAK SEMBAH).....ya MERAFAK SEMBAH (sambil menunjukkan isyarat cara rakyat merafak sembah kepada Puan Hakim)
dari malaysiakini
kereta Raja Nazrin dengan aksi rakyat merafak sembah dan FRU meluru ke arah rakyat!!!
AA : Setuju dengan saya orang yang pakai baju melayu tu sedang MERAFAK SEMBAH. Jadi bagitahu Mahkamah apakan mereka sedang mengepung kenderaan Raja Nazrin?
AA : (bercakap dengan nada perlahan, teratur satu ayat demi satu ayat bagi menyampaikan mesej yang paling penting ini) Okay....ini rakat PERAK, dan ini RAJA NAZRIN, ini hal emosi, mereka MERAFAK SEMBAH dan bukannya MENGEPUNG.
Saksi : SETUJU
AA : Mengapa orang 'sembah'? Orang 'sembah' kepada siapa? Kepada Raja, Orang sembah kepada Raja.
AA : Setuju dengan saya mungkin orang kenamaan yang duduk dalam kereta tu adalah kerabat di Raja? Sebab itulah orang-orang tu sembah?
Saksi : Setuju.
AA : Selain dari menyembah adakah mereka mengganas dan merosakkan kereta tersebut?
Saksi : Tak ada.
AA : (merujuk kepada gambar rakaman di mana sekumpulan FRU berlari dan merempuh Rakyat Perak yang sedang memohon merayu kepada Raja Nazrin, seorang FRU yang paling terkehadapan dan menolak rakyat Perak ialah seorang Singh)....ok..saya sudah mendapat kebenaran dari Charan Singh (yang duduk disebalah Augustine) untuk sebut Singh yang mengasari rakyat.
Saksi : Menolak
AA : Menolak-mengasari...Rakyat hendak sembah RAJA dia pulak mengasari rakyat.
AA : Sebab tadi encik sebut MENGEPUNG, noleh nampak OKT no 1?
Saksi : Boleh.
AA : Dia pun merafak sembah, setuju.
Saksi : Tak tahu
AA : (sambil meminta saksi memainkan (rewind) scene tersebut berulang kali.) Jangan hanya tengok tangan dia sahaja, tengok badannya semua sekali, bila sembah semua badan akan bergerak. Nampak dia tunduk sahaja. (Haji Nazrin OKT)
AA : Orang yang hendak gaduh, chest dia akan kehadapan, keluar, tetapi yang sembah dia TUNDUK.
AA : Tengok FRU yang pegang cota, orang nak sembah raja DIA??
Saksi : Menghayun, menggertak.
AA : Mengikut F 48 setuju dengan saya RAKYAT PERAK hendak mendekati RAJA tetapi FRU pula menghalang dengan cara MENGGERTAK. Tengok lepas ni semua keadaan berubah. Lihat F 48. 3.11pm, anda lihat salah seorang OKT, cara dia jalan seolah dia cedera.
Saksi : Setuju Yang Arif.
AA : Setuju dengan saya sudah terdapat pertambahan anggota FRU.
Saksi : Setuju
AA : F 49 3.12pm apa yang dilihat?
Saksi : Ada polis menangkap seseorang.
AA : Seperti ada penangkapan oleh anggota polis ke atas orang awam. Setuju?
Saksi : Setuju.
AA : Jangan tengok gambar. Dari mula rakaman sehinggalah (di Frame 49 3.12pm) semua berhimpun secara AMAN, orang ramai MERAFAK SEMBAH, TIDAK ADA TANGKAPAN DIBUAT. Setuju dengan saya?
Saksi : SETUJU YANG ARIF.
AA : Tangkapan yang pertama yang dapat dilihat diadakan ialah selepas orang awam merafak sembah ke atas RAJA.
Saksi : Setuju Yang Arif
AA : Saya cadangkan kepada Koperal polis telah bertindak liar dan buat tangkapan terhadap orang ramai SEMATA-MATA kerana SALAH FAHAM, kononnya KERANA ORANG RAMAI INGIN MENGASARI KERABAT DIRAJA. Setuju atau Tidak?
Saksi : TIDAK ??????
AA : Berapa saat selepas tangkapan pertama tangkapan ke dua dapat dilihat?
Saksi : Tak pasti.
AA : Ulang tayang. Berapa saat?
Saksi : 6 saat.
AA : Setuju dengan saya sudah kelihatan pertambahan polis, FRU yang ramai sekarang?
Saksi : Setuju.
AA : Saya cadangkan bahawa sesudah peristiwa rakyat merafak sembah dan salah faham yang wujud polis telah bertindak liar. Setuju atau tidak?
Saksi : Tak pasti. ?????
AA : Koperal, hari ini saya tenteram sangat hari ini. (hari ini dapat dirasakan saksi menjawap dengan sedikit tenang). Dari jam 2.12pm sehingga jam 3.15pm (merujuk rakaman video saksi sendiri. Peguam bercakap dengan nada yang paling rendah dan lembut) tidak ada lansung sebarang tangkapan, namun bila RAKYAT MERAFAK SEMBAH polis telah BERTINDAK LIAR.
AA : Setuju dengan saya?
Saksi : SETUJU.
AA : 3.17pm keadaan tenang sahaja kembali. Cuba lihat rakaman, bila dalam keadaan tenang hero berbaju kuning muncul lagi, merokok pulak tu, dengar apa dia kata, NAJIB, NAJIB,NAJIB....sepatutnya dia kata Dato' Seri Najiblah kan.
AA : (merujuk kepada rakaman 10 min terakhir. Di dalam rakaman 10 min terakhir ini, saksi-jurukamera telah terlalai dan terlupa menutup video cameranya, maka satu rakaman tunggang terbalik ketika saksi berjalan duduk dan berdiri di merata tempat telah dirakamkan. Ketika pada kali pertama rakaman ditayangkan saksi telah memohon kepada Mahkamah untuk menghentikan tayang di 10 min terakhir atas alasan "atas sebab2 keselamatan"- sebenarnya kelalaiannya akibat gas pemedih mata dan telah tidak diterima oleh Mahkamah).
AA : Sebelum 10 min rakaman terakhir ada bunyi loceng, awak tahu bila loceng berbunyi apa tandanya? Setuju dengan saya bila loceng berbunyi akan ada das tembakan dan asap berkepul. Semasa 10 minit terakhir tadi ada orang terbatuk-batuk. Setuju?
Saksi : Setuju
AA : Kamera itu telah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Saksi : Setuju
AA : Setuju perakam camera tersebut berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Saksi : Setuju.
AA : Setuju dengan saya Encik Koperal sendiri terkena gas pemedih mata.
Saksi : Setuju
AA : Sebab itulah 10 min yang terakhir encik pun tak dapat merakam dengan sempurna.
Saksi : Setuju
AA : Setuju dengan saya gas pemedih mata membuatkan KITA HILANG KONSENTRASI UNTUK BUAT KERJA.
Saksi : TAK SETUJU.
Perbicaraan ditangguh jam 12 tengahari untuk solat Jumaat.Oleh kerana ramai peguam yang tidak bersama di sebelah petang maka kes telah dipersetujui untuk ditangguhkan ke tarikh 7-9 hb Disember.
Rakyat yang terdiri dari Mahasiswa yang berani...mereka hanya memegang sepanduk DAULAT TUANKU...melaungkan slogan dan tidak ganas...
Yang berkopiah dan terjatuh adalah salah seorang OKT, beliau Khairul tercedera ketika menghalang FRU yang merempuh rakyat, seorang pemuda yang sedang tunduk juga salah seorang OKT Zulhaizam yang turun membantu, yang berbaret dan selendang putih juga seoarang OKT Haji Isha. gambar albanjari online
Rakyat bertempiaran lari menyelamatkan diri dan berlindung dari tembakan gas pemedih mata yang bertubi-tubi dari FRU yang ditembak sacara lateral shot...yang bersalahan dari segi tatacara polis!!!!
Anda akan lihat individu yang berbaju kuning di hadapan beserta individu yang berbaju melayu biru dan bersongkok.. beliau juga bertindak ganas dan mebaling objek ke arah FRU dan kemudiannya cuba dihalang dengan dikejar oleh seorang OKT juga seperti di perbicaraan kes sebelum ini, OKT tersebut adalah suami penulis Bad Latif Mansor.
Lihat aksi si baju kunig...over dari yang lain....pemudi yang berbaju unggu seperti yang disebut oleh peguam sebagai Clara dari the STAR...juga boleh diklasifikasikan sebagai yang berhimpun...ramai lagi yang berhimpun kenapa ada tangkapan terpilih????
Lagi aksi over mungkin dari agen provokator.
Rakyat Perak sembah merayu kepada Raja Di Hilir pula...sporting je Raja menurunkan cermin dan melambai lagi....kalau rakyat ganas..takkan dia nak semyum dan lambai dan turunkan cermin keretanya...lu jawap la sendiri polis????
Rakyat sendiri yang mententeramakan rakyat ketika FRU mengganas gambar albanjari online
Kepulan asap apa ni...bakar sampah...bakar ayam...bakar tayar.....takkan tak tau kot... Ini lagi aksi agen provokator yang disebut oleh Augustine sebagai ahli BN!!!!
3 ulasan:
ssungguhnya ALLAH sntiasa mlihat hambanya..
jikalau hambanya itu brslah prcyalh yg azab mnantinya..kerana doa sorg yg teraniaya dmkbulkn ALLAH...
Amin....
semoga segala ape yang berlaku akan dibalas..Allah Maha Adil Takbir Allahu Akbar
Catat Ulasan