23 November 2009

Dua Maut, Tujuh Cedera Dalam Kemalangan Di Lebuhraya

SLIM RIVER, 22 Nov:-Dua maut, tujuh cedera manakala enam lagi selamat apabila van yang mereka naiki untuk ke Grik bagi menghadiri majlis perkahwinan terbabit dalam kemalangan di Km 359 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungkai Ahad.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira pukul 8 pagi itu ialah penumpang van terbabit iaitu Marnisda Abdul Rasad, 52, dan Ramli Mohd Sadeli, 27.

Kedua-dua mereka yang cedera parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat, kata Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Mohd Ali Mat Nayan.

Beliau berkata mereka yang cedera ialah pemandu van Musrizal Dalias, 29, isterinya Asmah Laili, 27, anak mereka Norin, 9 dan Khara Elis Sofia, 4 bulan.

Turut cedera ialah saudara keluarga itu, Ramelus Raibus, 49, Eliza Osman, 27 dan Yusman Abdul Razak, 47.

Khara Elis yang cedera di kepala di rawat di Hosital Ipoh, manakala enam yang lain dirawat sebagai pesakit luar di hospital itu, katanya.

Mohd Ali berkata kesemua mangsa berasal dari Gombak, Selangor.

Beliau berkata dalam kejadian itu, van dari Gombak, Selangor yang dinaiki 15 orang itu dikatakan terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum merempuh penghadang jalan dan terbalik.

Anggota Bomba dan Penyelamat dari Slim River terpaksa dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam van itu, katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada tayar depan van berkenaan bocor menyebabkannya terbabas.

-- BERNAMA

2 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

sebelum perjalanan jauh bawa ke bengkel kereta mengemaskini keadaan fungsi keselamatan keretanya seperti tarikh luput tayar kereta,bunga tayar,tekanan angin tayar,sistem brake,bearing tayar,dryshaft,absorber dan spring supaya hentakkan tak berapa teruk sangat kalau kena bumper, ikat besi bar (ultra racing bar) supaya waktu kemalangan berpunca kegagalan kawalan sekurang-kurangnya (ultra racing bar) boleh sokong tekanan hentakkan penghadang jalanraya. lihat disini:
http://www.ultraracing.com.my/template.asp?menuid=29

atau klik kat nama nickname saya

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Saya adalah salah seorg penumpang dlm van berkenaan. Van tersebut adalah van yg disewa, kalau diikutkan, van tersebut telah dihantar ke PUSPAKOM bagi pemeriksaan van tersebut.