Fan Zhongyan ialah ahli politik dan sasterawan yang tersohor di China pada zaman Dinasti Song Utara. Beliau bukan sahaja membuat jasa yang besar dalam bidang politik, malah mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang kesusasteraan dan ketenteraan. Kejayaannya yang cukup cemerlang ini dikatakan sebagai hasil kegigihan, kesungguhan dan ketekunannya ketika beliau masih muda.
Fan Zhongyan yang dibesarkan oleh bapa tirinya ini, sudah mula merasai keperitan hidup ketika masih kecil lagi. Menyedari kesusahan hidupnya, beliau bertungkus lumus menuntut ilmu di sekolah, dengan harapan agar dapat mengubah nasib memberikan sumbangan kepada negara ketika dewasa nanti.
Penderitaan keluarganya akibat dihimpit kemiskinan memaksa Fan Zhongyan makan sekadarnya sahaja setiap hari, iaitu dengan memasak seperiuk bubur yang pekat, kemudiannya memotongnya jadi empat keping selepas bubur itu menjadi sejuk dan beku. Beliau mengambil dua keping bubur beku itu untuk makan tengah hari, dan dua keping lagi untuk makan malam dengan dicampur sedikit sayur jeruk.
Seorang kawannya berasa terlalu kasihan melihat Fan Zhongyan yang hidup begitu menderita itu. Maka, dia cuba memberikan wang kepadanya. Bagaimanapun, pemberian itu ditolak oleh Fan Zhongyan. Kemudian kawannya itu membawa pula banyak makanan yang sedap-sedap kepada Fan Zhongyan, Fan Zhongyan terpaksa menerima makanan itu.
Beberapa hari kemudian, kawannya itu datang menziarahi Fan Zhongyan lagi. Dia terkejut apabila ternampak makanan yang diberikannya itu langsung tidak disentuh oleh Fan Zhongyan dan sudah bercendawan.
Melihat kawannya itu tidak senang hati, Fan Zhongyan menjelaskan. Katanya,
"Saya bukanlah tak mahu makan makanan ini. Sebenarnya, saya tak berani makan, kerana saya khuatir, setelah makan ikan dan daging yang sedap-sedap ini, saya tidak dapat menelan bubur dan sayur jeruk lagi."
Mendengar perkataan ini, rasa hormat terhadap Fan Zhongyan semakin bertambah dalam hati kawannya itu.
Setelah bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri, cita-cita luhur yang tersemat dalam hati Fan Zhongyan ketika muda itu, telah pun tercapai apabila beliau melaksanakan banyak tindakan yang berkesan untuk membantu pentadbir membangunkan negara. Usahanya benar-benar telah mendatangkan banyak manfaat kepada rakyat. CRI/-

5 ulasan:
assalamualaikum,
Melihatkan cerita di atas, begitulah juga yang dihadapi oleh ulamak-ulamak besar yang terdahulu. Disebabkan kesusahan hidup yang dihadapi menjadikan mereka manusia yang tabah dan akhirnya menjadi manusia yang berguna.
Tambahan lagi mereka juga menjaga hubungan mereka dengan Allah, maka mereka bukan sahaja manusia yang berguna kepada manusia lainnya malah mereka menjadi hamba yang benar-benar bertaqwa kepada Allah.
Pemimpin Pas yang takut EGM sebab dah biasa makan ayam agaknya??? Jawatan adalah amanah.
hampa kena tegur tulisan alhusseyn....ape ni bloggers PAS kutuk Presiden sendiri....
Kritikan membina tidak mengapa, jangan jadi penyokong yang membawa rebah.
ulamak tak sama dengan penganalisis politik. ulamak bercakap berdasarkan agama, siroh serta kajian dunia dan penganalisis politik bercakap sekadar kajian dunia.
Catat Ulasan