20 November 2009

Kelantan cadang undang-undang petroleum dikaji semula

KOTA BHARU, 18 Nov: Kerajaan Kelantan menggesa undang-undang yang berkaitan petroleum yang ada sekarang wajar dikaji semula dengan mengambil kira kaedah keadilan asasi (natural justice) dan tidak hanya mementingkan masaalah sebelah pihak semata-mata.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebarang penyelesaian yang mengenepikan kaedah itu (keadilan asasi) tetap akan menimbulkan perasaan dendam, menindas dan zalim yang dikutuk oleh manusia.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat exco, di pejabatnya tengahari tadi.

Menurutnya lagi, antara contoh yang jelas dapat dilihat akibat tiada keadilan asasi itu pembelahan bumi Palestin sejak tahun 1948 yang dilakukan oleh kuasa-kuasa yang menamakan diri mereka sebagai kuasa besar.

“Akhirnya telah menimbulkan terkorbannya nyawa manusia, harta benda, lebih-lebih lagi ianya menghina maruah manusia itu sendiri,” ujarnya lagi.

Selain itu perkara sama cadang Nik Aziz dalam masaalah petrol, balak dan logam ianya kurniaan Allah secara semulajadi di bumi tertentu yang ditentukan sendiri oleh Allah tanpa sedikitpun campur tangan manusia.

“Oleh yang demikian negeri itulah yang berhak menjadi tuan punya kepada kurnia-kurnia itu, samalah sepertimana balak, logam dan lain-lain sama ada di atas permukan bumi atau dalam perutnya selama ini.

“Untuk itu, sebarang perselisihan atau pertikaian yang tmbul berhubung dengannya mesti diambil kira kaedah keadilan asasi,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajan negeri akan mengirim surat penghargaan kepada semua yang berhormat-berhormat Anggota Parlimen dari Pakatan Rakyat yang membela hak Kelantan dalam Dewan Parlimen berhubung masaalah petroleum baru-baru ini.

Sementara itu, ketika menjawab soalan media beliau memberitahu, memandangkan hasil bumi seperti petroleum, balak serta hasil bumi yang lain berada di negeri Kelantan, secara tidak langsung ianya menjadi hak milik kerajaan negeri itu.

Menyentuh tentang perdebatan yang dicadangkan antara Angota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub dan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nazri Aziz, beliau bersetuju ianya diadakan namun ianya tidak boleh lari dari hak serta keadilan asasi itu sendiri.

“Ya lah, nak debat tu debatlah, tetapi tak boleh lari dari menyentuh hak keadilan asasi, ianya mesti diambil kira,”ujarnya lagi

HarakahDaily.Net/-

1 ulasan:

JURUKURtakbertuliah berkata...

MALAYSIA TERDIRI DARIPADA NEGERI NEGERI.
SEMPADAN NEGERI PERLULAH DITANDA
DIATAS BUMI, DIATAS PELAN
DENGAN JELAS SEJELAS NYA.