ARAFAH - Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh semalam mengingatkan hadirin bahawa masalah serius yang dihadapi umat Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca daripada penyimpangan fahaman Islam sebenar.
“Penyimpangan ini mengetepikan prinsip yang benar dalam Islam dan mengangkat kepercayaan yang salah,” katanya.
Menurutnya, kepatuhan kepada kepercayaan Islam sebenar adalah sangat penting bagi seseorang penganut Islam.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah di masjid Namira di Arafah sebelum mengimamkan jemaah menunaikan solat Jumaat.
Abdul Aziz turut mengecam serangan pengganas dan operasi berani mati kerana menyebabkan kematian ramai orang awam yang tidak berdosa.
“Operasi berani mati dicela di tanah orang Islam. Lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh,” katanya.
Beliau turut memberi amaran kepada hadirin supaya tidak menjadi alat kepada musuh Islam yang tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan agama suci itu.
“Musuh Islam pada zaman moden ini tidak jauh berbeza dengan musuh pada zaman lampau. Apa yang berbeza hanya strategi yang diubah mereka supaya bersesuaian dengan peredaran masa,” katanya. Sinar/-

3 ulasan:
Salam Dr.
Nasib baik Mufti Besar Arab Saudi ni Berkhutbah kat Padan Arafah.. kalau dia berkhutbah kat Selangor, sure JAIS tangkap....
Tapi bila orang JAIS pergi naik Haji, mereka berimamkan Mufti ini la jugak kan..? Pelik.. pelik....
Mereka Orang Jabatan Kerajaan
Patuhnya Kepada "PERINTAH AM BAB D"
Asuhan BTN
Pegawai "Landskapnya"
Akan Menyiram Pokok
DiMusim Hujan
Menggunakan Payong ...!!!
Kerana......
"Saya Yang Menurut Perintah"
sepatutnya jika dah jelas dalil dari Quran dan hadis pa nak perlu pertikaikan...sapa tak ikut quran dan sunnah adalah sesat.
www.muslimmall.blogspot.com
Catat Ulasan