29 November 2009

ADUN Titi Serong puji usaha mengumpulkan keluarga keturunan Janggol dan Normah

ADUN Titi Serong memberikan ucapan sekaligus merasmikan himpunan hari keluarga Keturunan Janggol dan Normah .


TITI SERONG, 28 Nov :- Usaha mengumpulkan keturunan keluarga yang dilakukan oleh waris keturunan Janggol dan Normah merupakan satu usaha yang baik dan perlu dicontohi oleh semua pihak khususnya warga setempat, kerana itu saya ucapkan tahniah diatas kejayaan usaha murni ini. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Majlis Korban dan Hari Keluarga Keturunan Janggol dan Normah yang diadakan di Dewan Sek.Men.Agama Al Falah disini.

Himpunan keluarga keturunan Janggol dan Normah itu dikendalikan oleh sebuah Jawatan Kuasa yang dipengerusikan oleh Waris ke 3, Ust. Hj. bahruddin bin Sulaiman. Satu kejayaan yang ditunjukkan oleh program yang julung kali diadakan dalam usaha mengumpulkan keluarga itu apabila sekitar 700 orang memenuhi dewan dan dijamu dengan 2 ekor lembu korban.

Sebahagian dari muslimat keluarga Janggol dan Normah yang hadir.


"Manusia dijadikan oleh Allah dengan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku namun yang paling mulia disisiNya ialah yang paling bertakwa, termasuklah dalam keturunan Janggol dan Normah, mereka menjadi mulia disisi Allah adalah kerana takwa". Jelas Drs. Khalil.

"Saya berharap dengan usaha ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan mengeratkan hubungan kekeluargaaan sesama kita, usaha ini penting kerana generasi masakini dilihat telah terhakis dari mengamalkannya" Ucap Drs. Khalil.

Bagi merealisasikan dan meneruskan aktiviti pada masa akan datang, Drs. Khalil menyarankan kepada Jawatankuasa pengelola supaya mewujudkan sebuah Website dan menubuhkan khairat kematian.

Sementara itu semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya, Pengerusi jawatankuasa Program, Ust. Hj. Bahruddin Sulaiman menjelaskan himpunan melibatkan keturunan ke 3 hingga ke 6 sahaja.

Beliau juga menjelaskan usaha jawatankuasa menghubungi mereka dengan berbagai cara termasuk mengiklankan dalan akhbar Sinar Harian. Mereka ada yang tinggal di Johor, Pahang, Sabah dan semuanya dijemput untuk hadir.

"Air dicincang tidak akan putus" Demikianlah harapan akhir kepada keluarga Janggol dan Normah, ucap Ust.bahruddin mengakhiri ucapannya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah!semoga usaha ini akan diteruskan dan diberkati oleh ALLAH

Us. Abdul Samad berkata...

Maaf x dapat hadir kerana balik raya di Sarawak kerana tiket kapalterbang telah dibeli lebih awal. Walau apapun tahniah kepada penganjur kerana program ini telah berjaya dilaksanakan.

Khatboard Visualizer berkata...

Salam ziarah...Tahniah buat semua keluarga keturunan Janggol dan Normah di atas majlis yang dijalanakan...Program ini amat besar ertinya buat semua hadirin...Tahniah juga buat YB kerana sudi hadir merasmikan Majlis...
Jika YB inginkan tulisan Khat sila hubungi saya di http://khatboard.blogspot.com
Sekian wassalam..

Abdul Wahab Khalid

Tanpa Nama berkata...

Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang...tahniah!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

-daripada Ahmad Othman Bin Hj Asmawi sekeluarga