23 November 2009

Kes MB Perak : Hakim gantung keputusan "gantung tidak bertali".

Perbicaraan Kes MB Perak telah berlangsung untuk kali terakhir pada 5 November yang lepas. Saya kebetulan telah mengosongkan jadual lain demi peristiwa bersejarah itu dan sempat hadir sepenuhnya dalam proses penghujahan yang dilakukan pada hari tersebut.

Pada hari tersebut saya sangat berbangga dengan kesungguhan dan seriusnya DS. Nizar dan beliau hadir sama, malah mengikuti proses perbicaraan sehingga ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Namun paling mendukacitakan keputusan yang kononnya ditangguhkan pada hari tersebut, tertangguh sehingga hari ini.

Sehingga hari ini berarti sudah 17 hari keputusan penghakiman dan penghujahan pada 5 November tersebut digantung tidak bertali oleh 5 orang panel hakim yang ditugaskan mendengar kes ini.

Apkah sebenarnya keputusan yang akan diumumkan. namun sebetulnya saya rasakan semakin tidak percaya kepada sistem kehakiman di negara yang kita cintai ini, walaupun disinilah rasanya letaknya harapan seluruh pencinta keadilan dalan sistem kehakiman di Perak dan diluar Perak.

Siapapun tidak berhajat untuk mendahului keputusan para hakim yang arif dan bijaksana, namun bolehkan kearifan dan kebijaksanaan mereka boleh dibiarkan untuk dipertanyakan setelah lama sangat keputusan penghakimaan masih belum diumumkan.

12 ulasan:

anakjatiperak berkata...

Hakim belum mendapat ilham..mungkin semua buat sembahyang isytikarah...petunjuk dah dapat kot tapi....hakim tak nak ikut petunjuk itu.depa nak ubah petunjuk.nak bagi mamak tu jugak jadi MB.

PORTMAN berkata...

Ustaz,
Kita sepatutnya menerima qada & qadar dan jangan prejudis dengan tugas orang lain terutamanya badan kehakiman yang diamanahkan. Kita berusaha, berdoa, bersolat hajat dan kalau tak berjaya maksudnya Allah lebih memahami serta ada HIKMAHNYA. Siapa kita hendak menyuarakan ketidak kepercayaan kepada badan kehakiman sedangkan kita sebagai pemimpin kawasan belum tentu dipercayai oleh masyarakat setempat. Janganlah disebabkan keputusan hakim yang tidak memihak kepada kita lantas menghukum mereka tidak adil. Berburuk sangka perangai syaitan...sebagai ingatan. Insyallah.

keyman berkata...

tak payahlah kita harapkan lagi pada hakim di Malaysia.... Mungkin kena bawa kat mahkamah korea baru bloh menang.

mat_terab berkata...

hakim nak kena rujuk POK JIB dulu kot.....?

david ahmad muniandy berkata...

otak pemikiran orang politik termasuk hakim telah diracunkan pada zaman pemerintahan mahathir lagi, jadi fobia adalah untuk mereka melaksanakan tugas untuk menegakkan keadilan dan sukar untuk berubah...
sejak pemerintahan mahathir mereka terjebak dalam politik umno memang tak boleh dielakkan dari rasuah dan tak boleh ungkit dan marah memburukkan kerajaan kalau tak kena humban dalam penjara tak kira dia ahli politikkah atau rakyat biasa. jadi benda seperti ini telah menurunkan kepada anak buahnya.

Abdullah Ngah berkata...

mungkin kerana keputusan dahulu tiada bertulis atau laporan bertulisan daripada hakim, sebab keputusan ini memakan masa sedikit.

Maklum sahaja hakim yang buat kesilapan besar malu juga kerana tidak profesional dalam bidang tersebut.

Dah lah tok hakim sebelah kaki sudah ada dalam neraka, kerana keputusan yang silap dibuat buat.

Buat buat silap kerana hendak tolong kerajaan yang dahulukan rakyat konon.

Kalau sekali mungkin boleh diterima sebagai silap, tetapi kalau dah banyak kali apa akan jadi dengan imej kehakiman negara.

Tanpa Nama berkata...

hakim tu lebih takutkan manusia dari Allah, Tuhan pencipta sekalian alam in.
mereka x nampak hukuman Allah nanti, yg mereka nampak hukuman dunia dan duit seguni oleh pemimpin yg zalim yg tamakkan kuasa.
aku mmg x cayakan tok hakim ni kalau yg melibatkan org berpegaruh. tp kalau org biasa yang bersalah, aku percayakan tok hakim. bezanya, yang berpengaruh tu ada kuasa n harta kekayaan, tp kalau rakyat biasa apa yg blh di hadiahkan kat tok hakim tu.
wahai tok hakim, rezeki bkn dr BN tp datangnya dariNya Yang Maha Esa. pikir2lah.

Tanpa Nama berkata...

Hakim kiat ni ikut telunjuk kut belajar belum habis katakan...

Tanpa Nama berkata...

Undang-undang sedang dipermainkan 1 malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Syabas PORTMAN sah dah anda ... kalau anda jadi hakim dah tentu Malaysia ni hancur lebur..hehee

Tanpa Nama berkata...

yang benar akan pasti benar..

Tanpa Nama berkata...

Apa lah salahnya letakkan satu tarikh untuk keputusan. Tak kira la walaupun makan selama dua bulan pun. At least ada juga tarikh, sekurang-kurangnya tak la menghakiskan lagi kepercayaan rakyat pada Court..Lagipun ada lima Hakim, alasan penghakiman kalo malas sangat nak buat, sorang pakat-pakat buat satu page satu ari, sebulan dah ada 150 pages, letak sikit term undang-undang yang pelik-pelik, bagi org biasa itu dah cukup banyak, cukup mengelirukan dan cukup memeningkan utk difahami..kira ok la tu..