05 November 2009

K'tan mungkin tolak Petronas...

Kerajaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan, kata exco ekonomi dan kewangannya.

Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera negeri itu terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi ini di Parlimen.

Dalam satu kenyataannya, Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Nyata asas yang disebut oleh perdana menteri mengenai (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya lagi.

"Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan."

Sehubungan itu, kata Husam, kerajaan negeri mahu wang ehsan dibayar kepada kerajaan negeri dan sebuah badan penyelaras ditubuhkan yang turut dianggotai wakil kerajaan pusat untuk memantau penggunaan wang tersebut.

“Sekali lagi kami berharap perdana menteri berfikir semula dan mengambil kira tuntutan ini atas prinsip kesaksamaan, kedaulatan wilayah dan semangat federalisme yang utuh serta penghormatan perjanjian yang termaktub demi kesejahteraan dan keharmonian negara malaysia,” katanya.

Mengenai penubuhan panel guaman tersebut, Husam berkata, antara isu yang dicadang dipertimbangkan oleh panel guaman ini ialah:

1. Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada PETRONAS untuk mencarigali dan mengeluarkan sumber petroleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.

2. Kemungkinan untuk kerajaan negeri mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA (Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand) dan CAA (Kawasan Pengurusan Komersial Malaysia-Vietnam) yang melibatkan entiti dan syarikat antabangsa.

“Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan ditentukan kemudian selepas pandangan dari panel guaman tersebut,” kata Husam.

Dalam kenyataan itu juga, beliau turut mempersoalkan mengapa 'wang ehsan' harus diurus oleh kerajaan pusat

“Pengumuman perdana menteri bahawa kelantan hanya layak menerima 'wang ehsan' dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diuruskan oleh kerajaan pusat, adalah satu keputusan politik.

“Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaultan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata,” katanya.

Di samping itu, kata Husam, keberkesanan pengurusan oleh kerajaan pusat juga boleh dipertikaikan.

“Sebagai bukti, dengan jumlah royalti yang besar untuk Terengganu bagi tempoh 20 tahun lalu, masih gagal membanteras kadar kemiskinan yang kekal tinggi di Terengganu,” katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, Husam berkata kerajaan negeri mengambil langkah proaktif itu untuk memastikan tuntutan wang royalti itu, berjaya.

"Kerajaan negeri tidak (dapat) menerima bayaran wang ihsan yang diumumkan hari ini bagi menggantikan bayaran wang royalti minyak kepada Kelantan," katanya dalam laporan Bernama.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri menganggap pemberian wang ehsan itu satu langkah pertama hasil inisiatif kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak itu.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat berhubung tuntutan royalti itu.

Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik. Malaysiakini/-

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gomo Kelate Gomo!!!
Gomo Kelate Gomo!!!
Gomo Kelate Gomo!!!
Gomo Kelate Gomo!!!
Gomo Kelate Gomo!!!
Gomo Kelate Gomo!!!
Gomo Kelate Gomo!!!
Gomo Kelate Gomo!!!
Gomo Kelate Gomo!!!

abe MIE 'TERJAH' berkata...

KALAU kucing, dia nak minta makanan dari tuannya, kucing berkenaan akan 'memujuk' dengan pelbagai cara, antaranya memanggil tuannya dengan lemah-lembut dan bergeseran di kaki. Kalau anjing, dia akan menyalak sambil mengayun ekornya ke kiri dan ke kanan apabila melihat tuannya hendak memberi makanan padanya. Itulah sifat binatang atau haiwan yang tidak ada akal pandai tetapi menghargai dan 'berterima kasih' kepada 'manusia' kerana memberi makanan.

http://pkrpasdap.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Pimpinan pas perlu berhati-hati mengenai wang ehsan ini. Ingat kerajaan pas Terengganu tumbang ,salah satu faktornya adalah wang ehsan.

Tanpa Nama berkata...

sekali lagi najb cuba membohongi rakyat kelantan.....

Tanpa Nama berkata...

Janganlah tolak PETRONAS.
PETRONAS tak bersalah.

GEOxxxxx berkata...

malaysia terdiri drp negeri negeri termasuk kelantan. melainkan kawasan carigali dibawah wilayah persekutuan, maka tempat itu adalah dibawah negeri... walaupun kawasan pertindihan dng thailang/vietnam...HJ ALWI APA MACAM?

Tanpa Nama berkata...

mie terjah oi, disini bukan isu berterimakasih pada tuan.Ini isu hak rakyat kelantan.Jangan jadi katak bawah tempurung.Tak tahu yang mana ular dan yang mana akar.

Tanpa Nama berkata...

Dan siapa pula tuan,rakyat ke menteri yang diundi rakyat.

Tanpa Nama berkata...

PETRONAS ADALAH SYARIKAT GLC MILIK KERJAAN YANG MEMERINTAH DAN IANYA JUGA ADALAH SUMBER DANA TABUNGAN YANG AKAN DIGUNAKAN OLEH PARTI K'JAAN UNTUK KEPENTINGAN MEREKA.JADI DARI BERURSAN DENGAN PETRONAS, LEBIH BAIK PANGGIL SYARIKAT LUAR MACAM DARI CHINA, JEPUN, KOREA UNTUK MELABUR KAT NEGARA KITA DAN KALAU ADA INDIVIDU PESEORANGAN YANG KAYA RAYA MACAM PAK SHEIKH ARAB BOLEH DIAJAK SEBAGAI RAKAN KONGSI.

Tanpa Nama berkata...

Kemungkinan untuk kerajaan negeri mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA (Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand) dan CAA (Kawasan Pengurusan Komersial Malaysia-Vietnam) yang melibatkan entiti dan syarikat antabangsa. - sokong 100%, perompak dan penyangak seperti UMNO mesti diajar dan 'dikafankan' dalam PRU akan datang, teruskan perjuangan menentang UMNO dan BN yang zalim.

adik mie terjah berkata...

salam yb dan pembaca
yang abe mie terjah tu cakap menda tu..takkan samakan rakyat kelantan dengan anjing dan kucing..memang le anjing dan kucing takda akal macam mie terjah..kan..kan..
royalty tu memang milik kelantan..hak rakyat kelantan..apa cita..kena jadi maacam binatang pulak..kalau mie terjah nak jadi macam binatang ke..khinzir ke..suka hati dia..dia nak samakan diri dia macam tu..macam babi tonyok contohnya..tapi jangan ajak orang lain jadi macam dia jugak..
malu oo..muka dah le macam alien..

Tanpa Nama berkata...

Di awal thn 60 an Petronas belum ada tapi biasiswa utk pelajar2 terbuka luas tapi skrg Petronas dah ada tapi biasiswa di ganti dgn PTPTN nasib baik ada petronas kalau tak jd negara paling miskin lah. Salah tadbir urus kewangan negara rakyat juga yg merana, di harap kerajaan persekutuan kena bagi wang ehsan kepada sabah dan sarawak bukan rotalty seperti mana sekarang ni baru adil

Budak Pencen berkata...

Dengar komen Dato Awang Adek dan Hj Alwi dalam tv sekejap tadi,terfikir dia ni cerdek ko bodoh.Kalau nak membodek pun cari lah isu lain.Ini membabit pendapatan hasil negeri.Kalau
BN memerintah pun pendapatan itu kekal disitu.
Royalti dan wang sedekah lain dato2.Dan
kalau bukan dalam perairan Kelantan,mengapa begitu bodohnya Petronas tandatangan dengan kerajaan negeri kelantan!Termaktub dalam perjanjian kelantan akan dapat 5% royalti dari
hasil yang dikeuarkan dari persisiran negeri
Kelantan.Jadi mengapa hendak dibayar wang sedekah pula.Sabah dgn Sarawak tidak dipanggil
wang sedekah tapi royalti.Orang kelantan
ramai orang cerdik cuma dato awang dgn Dato Alwi buat2 tak cerdik.