05 November 2009

Siapa Shahidan yang boleh sahkan Dr. Asri sesat atau tidak ?

Kelmarin saya memaklumkan mengenai kehairan saya apa bila tok jahil pergi tangkap tok alim dalam tindakan pihak polis bersama pegawai JAIS menyerbu dan menangkap Dr. Asri yang sedang mengajar agama disebuah rumah di Selangor.

Hari ini satu lagi kenyataan yang mengejutkan semua kalau difikirkan dengan waras. Saya membaca kenyataan bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kasim yang mengesahkan Dr. Asri tidak sesat.

Apakah sebenarnya kelayakan Shahidan yang boleh mengesahkan Dr.Asri sesat atau tidak. Tinggi sangatlah ilmu Shahidan sekarang yang boleh mengesahkan seseorang itu menyeleweng akidahnya atau tidak. Tidakkah dia berasa malu dengan kedudukanya yang tidak selayaknya boleh mengesahkan sesat atau tidaknya ilmu seseorang.

Saya rasa semua sudah maklum dengan kemampuan Ilmu dan kelayakan pendidikan Dr.Asri yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah ia tidak menambah dan mengurangkkan kelayakan kalaupun beribu kali seorang tok jahil pergi sahkan benar atau tidak ilmu seorang tok alim.

6 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Akhir zaman telah di katakan sejak dulu lagi.,

Orang Alim di ketepikan di hina malah ada yang di bunoh,,

Orang Jahil di ketengahkan di sanjung di dengari pula kata kata nya.

ibnumohd berkata...

Wang ihsan ganti royalti minyak kepada Kelantan
04/11/2009 10:58am


KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan akan membayar wang ihsan kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan, sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan pimpinan Pas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat menegaskan, kerajaan negeri itu tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.

Kata beliau, wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri. - Utusan

Faridah Ahmad berkata...

salam,semoga Allah merahmati perjuangan kita.

dilemaduniaislam.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Maaf ustaz. Saya rasa isu Dr Asri ni tak de kena mengena gengan isu politik. Saya kadang-kadang naik jemu dan jelak dengan orang2 politik yang sibuk mempolitik kan semua isu. Saya juga penyokong PR dan mengundi PR dalam election baru2 ni. Tapi kadang-kadang orang politik ni too much. Jangan sampai rakyat naik jemu

Unknown berkata...

akhir zaman, beginilah halnya

Tanpa Nama berkata...

Bila orang berkuasa terase kedudukan tergugat macam tu lah jadinya.X kira orang politik atau golongan agama yang tamakkan pangkat.