30 November 2009

PAS tidak sempurna, jawapan buat Ezam.

Oleh: WFAUZDIN NS
http://wfauzdin.blogspot.com

AKHBAR Sinar Harian hari ini melaporkan kenyataan raja sesumpah Ezam yang sebelum ini begitu lama menyepikan diri. Kali ini raja sesumpah seperti sudah bosan untuk menghentam bekas sifunya DS Anwar setelah kali terakhir beliau menghentam seorang wanita iaitu DS Wan Azizah. Apabila DS Anwar dan DS Wan Azizah tidak berselera untuk menyahut cabaran bodoh dari Ezam, maka Ezam kini beralih pula kepada parti PAS sebuah parti yang dahulunya Ezam sanjung sebagai parti yang layak memerintah Selangor.

Akhbar Sinar hari ini mengeluarkan kenyataan raja sesumpah bahawa parti PAS bukan sempurna. Islam itu sempurna sedangkan Parti Islam adalah satu perkara yang lain dan tentunya tidak sempurna. Saya sendiri tidak tahu semenjak bila kita mengatakan PAS itu sempurna dan bila pula kita menganggap bahawa PAS itu agama? Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS juga bukan maksum dan sudah tentu parti yang diterajuinya tidak sempurna. PAS adalah wadah untuk memperjuangkan Islam, manakala Umno pula wadah untuk memperjuangkan semangat kebangsaan. Jauh bezanya perjuangan kedua-dua parti ini dan raja sesumpah sanggup menyembah parti yang bersifat kebangsaan dan menentang parti yang memperjuangkan agama.

Oleh yang demikian, tidak hairan apabila Ezam sentiasa mencari kelemahan PAS untuk menghalalkan tindakannya menjilat ludah beliau untuk kembali bersekongkol dengan Umno yang suatu ketika beliau menganggap sesiapa yang menyertai Umno hanyalah untuk kebendaan. Ezam kini tiada arah di dalam perjuangannya setelah terperangkap dengan kebijaksanaan Umno memerangkap beliau dengan umpan keduniaan. Beliau kini terpaksa mencari salah dan silap PAS setelah beliau gagal untuk meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap PKR. Memang benar PAS tidak sempurna tetapi sehingga kini tidak seorang pun pemimpin PAS yang didapati terlibat dengan rasuah atau penyelewengan jauh sekali melakukan kezaliman terhadap rakyat. Bagaimana dengan parti yang dijunjung oleh Ezam? Kredibiliti Presiden Umno sendiri pun dipertikaikan dengan berbagai salah laku.

Rakyat sudah dapat menilai apa yang berlaku terhadap PAS cuma isu kepimpinan di peringkat dalaman dan bukan isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Itu pun isu yang terlalu mudah akan dapat diselesaikan kerana kepimpinan PAS bukan seperti Umno. Umno berebut jawatan kerana inginkan kebendaan dan kepentingan sendiri, sedangkan PAS mahukan perubahan hanyalah untuk memperkuatkan perjuangan membela Islam dan rakyat. Sebagai contoh, apa yang berlaku di Kelantan amat menakjubkan kita. YB Husam Musa berkeras tidak mahu dicalonkan sebagai MB Kelantan, begitu juga dengan YB Nik Amar. Pernahkah ini berlaku dalam Umno?

Sekali lagi ingin kita nasihatkan Ezam agar berfikirlah dengan hati dan iman jika beliau masih beriman. Tanyalah pada diri Ezam sendiri, antara Umno dan PAS, manakah yang lebih baik dan telus? Jawablah dengan jujur dan jangan menipu diri sendiri. Jika beliau rasa malu dan segan untuk kembali bersama dengan rakyat untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan, sewajarnya beliau diam sahaja kerana apabila beliau bersuara menunjukkan bukti betapa kata-katanya dahulu memang benar bahawa `hanya mereka yang mahu kebendaan sahaja yang sanggup duduk dalam Umno'.

4 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Imam Ghazali pernah berkata, siapa yang mengaku dia sudah beriman sebenarnya mereka itu belum beriman.

Demikian juga apabila ada manusia yang mengaku baik, mereka sebenarnya tidak baik. Sebab itu setiap orang jahat dia akan berkata saya orang baik dan gaya bercakap pun nampak baik, Malahan mereka sanggup bersumpah dengan nama Allah.

Setengah itu sanggup berkata saya sanggup dilaknat oleh Allah kalau saya berbohong.

Perihal dua orang YB Kelantan yang juga EXCO yang buat kenyataan saya tidak akan menerima jawatan menteri besar miskipun diberi jelas ada persamaan perihal yang dinyatakan Imam Ghazali.

Walaupun ada yang mengatakan itulah menunjukkan warak dan tawadak tetapi ianya setelah ditawarkan sepertimana Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang yang pernah menolak jawatan menteri besar terengganu ketika dicalonkan.

Yang peliknya ini belum ada apa YB Husam Musa sudah jawap dan buat kenyataan Akhbar bahawa dia akan tolak jawatan menteri besar jika ditawarkan.

Semacam ada konsperasi hendak menjatuhkan Nik Aziz. Nampaknya sangat betapa ramai pemimpin apa tidak begitu senang dengan menteri Besar kelantan itu.

Tanpa Nama berkata...

Abg Ezam sebenarnya silap dalam percaturan politiknya..masih teringat lagi kehebatan pidatonya di Simpang Renggam Johor pada tahun 2000.Sayang seribu kali sayang anda tewas dipertengahan jalan.Kalau Abg Ezam masih bersama Keadilan sudah pasti sekarang ini bergelar YB Ahli Parlimen.....akhirnya padan muka la lu....

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum YB,

ikut je langkah DSAI, DSWA, dan Tian Chua.....iaitu tak payah beri reaksi pd sesumpah tu....anggap je sesumpah tu tak wujud...memang itu yg dia mintak bila jadi sesumpah...kejap ada kejap takde...jawapnya takde/tak wujud...

yg susahnya ialah tabiat orang kita yg tak faham bahasa....dah dikatakan isu kecil dan insyaAllah boleh diselesaikan...terima jelah keputusan / kenyataan tu...ni tidak...lebih suka mengapi-apikan....

tapi insyaAllah "gunung tak akan runtuh hanya kerana salakan anjing"

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
SAMPAI BILALAH EZAM NI NAK JADI BUDAK SURUHAN/PROKSI UMNO 'BE END' YANG DAH EXPIRED NI?

KDG2 ANA TENGOK, PERHATI DAN BERFIKIR, MERENUNG JAUH2, ANA RASA EZAM NI MCM BUDAK2 KECIK YANG MASA ORG2 TUA DUK SIBUK BERBORAK,BERBINCANG DAN BERTANYA KHABAR, DIA NAK MASUK BERSEMBANG, DIA KECIK LAGI, TAK TAHU APA2 TAPI DIA NAK KAN PERHATIAN DIA BUAT2LAH PERANGAI... NAK PERHATIAN LAH KATAKAN...

BUDAK2 KECIK MCM TU, PETUA ANA YG BIASA ANA BUAT, KITA BERI DIA MAINAN..NANTI DIA RALIT/LEKA DENGAN MAINAN TU, DIA TAKKAN KACAU LAGI ORG2 TUA NAK BERSEMBANG...

ATAU KALU DIA NI JENIS TAK SUKA MAINAN, KITA TIDORKAN DIA...

TAPI KALU DIA NI JENIS DEGIL JUGAK...

PEDULIKAN AJER..

KITA LABEL JER "BUDAK2 BARU LEPAS HABIS MENYUSU, BEGITULAH PERANGAINYA" DULU MENYUSU KAT PARTI KEADILAN, LEPAS TU MENYUSU KAT MAK GEMOK, UMNO BE END, MAK GEMOK YG TUANG APA SAJA, SEKARANG DUK MENGUTUK SUSU MAK YANG DULU..WALHAL, DULU DIA MEMBESAR DENGAN SUSU MAK PARTI KEADILAN..

SEKARANG BARU BERCERAI SUSU..

KESIAN EZAM "POOR EZAM" DI PERGUNAKAN MAK GEMOK UMNO BE END..KENA TUNGGU ARAHAN.. SEKALI DI ARAH, SEKALI BERKOKOK..BEGITULAH RIWAYAT HIDUP DIA SAMPAI AKHIR HAYAT NANTI.. WASSALAM.