KOTA BARU, 27 Dis: Berikutan tragedi kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kelab Penyokong PAS Kelantan (BBC) mendesak seluruh menteri kabinet pula meletak jawatan.
Timbalan presidennya, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata tragedi tersebut menggambarkan betapa rapuhnya sistem keselamatan negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, kelalaian mengurus tadbir perkara tersebut seolah-olah cuba menghancurkan pertahanan negara sendiri.
“Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia tragedi amat memalukan ini. Bukan sahaja negara, malah ia menjadi bahan tertawa dunia.
“Desakan ini bukan satu cadangan sinis tetapi tindakan serius berasaskan rasionaliti, realiti yang berlaku memang wajar kerajaan pemerintah sekarang melepaskan jawatannya” katanya yang masih berada di Madinah ketika menghubungi wakil Harakah semalam.
Sebelum ini beberapa desakan sudah disuarakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib meletak jawatan ekoran insiden yang memalukan itu berlaku sewaktu beliau menjadi Menteri Pertahanan.
Baru-baru ini tragedi kehilangan dua enjin jet tersebut mendapat liputan meluas media tempatan dan menjadi perhatian masyarakat dunia.
Susulan itu beberapa akhbar turut melaporkan kes penyelewengan peralatan ketenteraan berikutan penemuan maklumat baru kehilangan pelbagai kelengkapan lain selain daripada enjin tesebut.
Justeru, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan lebih banyak kes penyelewengan akan dibongkar selepas ini.
Sehubungan itu Drs Zainuddin berkata kerajaan pimpinan Najib sudah tidak layak menerajui negara dan kerajaan BN wajar diganti.
“Saya dan beberapa rakan yang masih berada di sini kadang-kadang berasa malu bila berjumpa dengan rakan-rakan di Arab menyifatkan negara Malaysia seperti sebuah ‘negara kartun’.
“Mereka hairan macamana enjin jet pejuang yang menjadi alat pertahanan negara boleh hilang” katanya. Harakahdaily/-

2 ulasan:
Injen jet perjuang adalah harta awam,jadi semestinya manusia yg bertanggung jawap faham apa perlu dibuat,jangan hanya bertindak cara yang boleh menjual maruah rakyat dan negara.jangan dapat menghukum perosak telipon awan sahaja.jerong di lepas ikan bilis ditangkap.sial!!!namanya.Untuk juak juak yg menyongkong atau baru nak menyongkong lihat!!!sendiri!!!apakah anda akan bersubahat atau anda merasa boleh tarik rambut dalam tepong?
Letak jawatan?
Adakah kalau issue ini diketahui sebelum Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri (PM)?
Adakah dia juga diangkat menjadi PM??
Catat Ulasan