23 Disember 2009

Perhentian bas Kuala Berang pula runtuh

5 Muharram 1431H

HULU TERENGGANU, 21 Dis: Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.

Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.

(Gambar: Bahagian depan bangunan stesen bas Kuala Berang yang masih dalam pembinaan runtuh)

Menurut beliau, bahagian yang terputus adalah bahagian penghubung yang dipeteri antara bangunan dengan atap depan bangunan itu.

Menurut papan tanda di depan projek tersebut, bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.

Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah MNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.

(Gambar: Papan tanda di depan bangunan ini)

Di atasnya jelas tertulis perkataan "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional".

Ketika kejadian tidak ada sebarang ribut atau angin kencang melanda kawasan itu sungguhpun Pantai Timur sekarang sedang menghadapi banji semula.

Projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam di Kuala Brang itu bernilai RM4.2 juta itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang menyebabkan empat pekerja termasuk tiga warga Bangladesh cedera.

Akibat runtuhan itu, atap gentian kaca yang berukuran 1 x 2 meter bertaburan di bahagian laluan pejalan kaki bersama penyokong yang tercabut dengan bahagian bumbung itu.

Harakahdaily difahamkan kos untuk pemasangan bahagian bumbung pada projek yang dimulakan pertengahan 2008 lalu itu sekitar RM700,000.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini.

Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.

HarakahDaily.Net/-



7 ulasan:

akulajuki berkata...

Terengganu patut ditukarkan namanya daripada Darul Iman kepada Darul Runtuhhh ... lepas ni apa pulak nak runtuh????

Anak saya kata "rutuh sokmo Ganu nih!!!

Awanama berkata...

akulajuki:

hehehe ''terengganu darul runtuh'' ganu darul roboh pon sodap gak hahaha..ni la pembangunan yg dikatakan nk dibawa oleh idris jusoh,''pembangunan yg xpnh lihat di mata xpnh dgr di telinga'' ni la rupa dia pembangunan yg dimaksudkan idris jusoh..semua runtuh!! kontraktor piramid firaun kt mesir dulu lg bgus dr kontraktor yg dilantik oleh idris jusoh ni hahaha

from: anak perak

Awanama berkata...

mula-mula sekolah lepas sekolah stadium lepas stadium masjid lepas masjid perhentian bas. lepas perhentian bas UMNO terengganu yang akan runtuh. tunggu dan lihat.

Awanama berkata...

Bukti betapa tidak berkatnya wang ehsan hasil royalti minyak yang dicuri oleh Kerajaan Persekutuan dari Kerajaan Terengganu. UMNO Kelantan kalau nak banyak pembangunan roboh sokonglah wang ehsan kerajaan UMNO/BN. Semoga Allah memeberikan kamu hidayat.

Awanama berkata...

Salam,
Wahai semua rakyat Kelantan, tak kiralah ahli2 Umno ke PAS ke, ambik iktibar dari wang ehsan Terengganu(hasil rompak dari Royalti)yg dibuat bangunan kat Terengganu, habis 'runtuh'.
Bala wang ehsan ni kalau runtuh nanti dia tak kira org Umno ke org PAS ke... Bukan dia kata, jangan runtuh menimpa org Umno, tapi runtuh atas org2 PAS aje..
Takder gitu...kalu nak runtuh, dia runtuh atas semua org...Tapi kalu runtuh atas org yg buat tu baguslah...baru padan muka.

ibnumohd berkata...

Bahana merobohkan masjid bujal di kijal,sekarang satu persatu bangunan UMNO terengganu runtuh...fikir-fikirkan....

Awanama berkata...

Ini satu petunjuk dari Allah swt untuk jadi renungan rakyat Terengganu. tambahan lagi papan tanda projek mendabik dada dengan catatan "satu lagi projek kerajaan barisan nasional". Niat untuk mendabik dada BN memakan diri sendiri. Satu demi satu projek kerajaan BN runtuh merudum. Terengganu Darul Iman memang layak ditukar nama Terengganu Darul Runtuh.

sri hartamas