22 Januari 2010

Apa manfaat tingkat pendapatan kalau inflasi

6 Safar 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoal kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir supaya rakyat bersedia menghadapi inflasi, jika mahu menikmati gaji yang lebih tinggi dalam Model Ekonomi Baru.

Baginya, Mahathir hanya menunjukkan sikap bersetuju dengan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi dan memperkenal polisi pencukaian yang baru, iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


"Persoalannya, apakah manfaat hasil peningkatan pendapatan ini kalau rakyat (pada) masa yang sama dibebankan kos inflasi disebabkan GST (dan) penarikan subsidi yang lain," soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Menurutnya, sikap terlalu bergantung pada hasil (pendapatan) komoditi mentah dan cukai merupakan punca utama yang menjadikan Mahathir serta kerajaan tidak berupaya menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih progresif dan inovatif melalui Model Ekonomi Baru tersebut.

Beliau yang juga Ahli Jaatankuasa PAS Pusat berkata, kerajaan seharusnya memperkasakan sektor perkhidmatan dan inovasi dalam Model Ekonomi Baru.

"Sektor inovasi seperti membangunkan teknologi petroleum, membangunkan kepakaran pekerja, memasarkan produk-produk dari sumber yang diperbaharui, bukannya bercakap soal model (ekonomi) yang baru, tetapi penjanaan cara yang lama,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, inisiatif tersebut membolehkan kerajaan menawarkan gaji yang lebih berpatutan kepada pekerja tanpa perlu pada penarikan subsidi atau menaikkan cukai GST, disebabkan pendapatan yang berganda.

Beliau yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat turut mendedahkan realiti kenaikan gaji para pekerja di Malaysia disebabkan pengurusan ekonomi secara konservatif, sebagaimana yang dikeluarkan oleh Bank Dunia.

"Di antara 1994 hingga 2007, 'gaji sebenar' hanya meningkat hanya 2.6 peratus pada sektor domestik dan 2.0 peratus pada sektor pembuatan. (Selama) 13 tahun, peratusan peningkatan gaji adalah begitu mendatar, hanya empat peratus, kalau gaji RM1,000 (bermakna) kenaikan hanya RM40 sahaja.

"Manakala inflasi tahun ini naik (sebanyak) 4 peratus juga. Jadi kenaikkan gaji sebenar adalah kosong atau mendatar,” jelasnya.

Pun begitu, beliau berkata kerajaan boleh melaksanakan GST sekiranya 'gaji sebenar' para pekerja benar-benar munasabah jika dibandingkan kos hidup yang sebenar disebabkan peningkatan inflasi.

Harakahdaily.net/-

2 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

masalah barang naik harga setiap tahun berpunca macamni....

aku bagi satu contohnya:
seperti kilang pembuatan kereta tempatan kita ambil kilang EON berjenama Proton, kilang membahagi
beberapa bahagian kerja untuk
memasang interior kereta, exterior
kereta dan sebagainya...

ok kilang EON ada satu bahagian
dinamakan spare part store,
storekeeper ataupun penjaga stor
kerja dia lihat mana-mana spare part sudah jadi kekurangan maka
penjaga stor bahagian spare part itu mesti tempah barang contohnya
tempah skru pengunci bolt dan nat,
setiap minggu storekeeper mesti tempah bolt dan nat untuk teknisyen dan pormen untuk memasang kereta kalau tiada bolt dan nat macamana nak pasangkan?!! betul tak!! ok macamni kilang pembekal bolt dan nat untuk kilang EON Proton sudah naik harga untuk sepasang bolt dan nat kira sepasang harganya tak sampai 50sen kira-kira sebiji hanya 15sen sahaja itupun ambil kuantiti yang banyak, kira kilang pembekal bolt dan nat menjual sebanyak harga RM 50sen sahaja kepada kilang EON Proton sebab naik harga. Jadi syarikat EON Proton pun nak untung harga asal RM 50sen untuk sebiji bolt dan nat naik harga menjadi harga RM15 untuk sebiji bolt dan nat untuk membekal kepada EON Proton pusat servis centre seluruh malaysia jadi keuntungan berlipat gandanya kata bolt dan nat adalah tulin sebab itu harga RM15 sedangkan harga tak sampai RM15 ringgit pun.

balik kepada kilang pembuat bolt dan nat mengapa bolt dan nat naik harga? sebab harga besi naik siapakah yang bagi harga besi naik??? bukankah menteri-menteri puak-puak umno??!!! jadi perwaja steel siapa yang ada syer dan saham bebas dalam syarikat itu? bukankah menteri puak umno yang terlibat?

david ahmad muniandy berkata...

benda ini adalah beri satu tekanan hidup kepada rakyat sahaja....kalau kita kaji selidik satu persatu secara berhemah barang naik harga tak akan terjadi, harga barang akan jadi harga 1980an murahkan.

cuma orang yang suka bodek kuat kepada orang atasan sahaja boleh naik harga janji poket masuk.