26 Januari 2010

Bekas pengerusi GERAK rasmi sertai PKR

10 Safar 1431H

Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia), MohdMohd Yunus hari ini secara rasmi menyertai PKR.

Kemasukan beliau diumumkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Merchant Square Tropicana, kira-kira jam 2.20 petang ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan beberapa exco AMK.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini Mohd Nazree berkata beliau memilih PKR kerana perjuangan parti itu selari dengan prinsipnya untuk melawan rasuah dan membina integriti sepertimana sebelum ini, ketika beliau menjadi pengerusi Gerak.

Menurutnya, kemasukan beliau itu juga adalah disebabkan ketokohan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Malaysia baru dalam landskap politik Malaysia.

Di samping itu, katanya, penyertaan beliau dalam PKR itu bagi mengisi kekosongan generasi muda untuk terus berjuang bersama Anwar untuk membina masyarakat madani dan urustadbir yang lebih baik.

"Ini adalah fasa baru dalam perjuangan saya. Bukan bermakna NGO itu gagal, tetapi saya menekankan dari sudut pendekatan melalui politik dengan membantu pimpinan yang sedia ada," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Nazree berkata beliau bertemu dengan Anwar Rabu lalu dan ketua pembangkang itu menyatakan keterbukaannya untuk menerima kemasukan beliau.

Semalam dilaporkan Mohd Nazree meletakkan jawatan sebagai pengerusinya GERAK berkuatkuasa serta merta untuk menyertai bidang politik.

Keputusan ini dibuat setelah perbincangan dibuat bersama ahli majlis tertinggi GERAK Malaysia dan merupakan keputusan Mohd Nazree sendiri.

Mohd Nazree sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung agihan lembu korban di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak sewaktu Hari Raya Korban.

Ditanya sama ada kemasukannya untuk membantu menguatkan lagi AMK ekoran pertuduhan liwat tehadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Nazree berkata: "Soal peranan saya dalam parti, terserahlah kepada pucuk pimpinan parti. Saya bersedia untuk membantu dari aspek-aspek yang diperlukan."

Ditanya sama ada beliau ditawarkan jawatan tertentu dalam sayap parti itu, Mohd Nazree berkata, beliau tidak ditawarkan apa-apa jawatan dan menyerahkannya perkara kepada pucuk pimpinan parti.

Malaysiakini/-

11 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

budak lagi..umur 26 tahun...

bila terkenal dalam PKR masuk UMNO pulak..apa nak hairan macam ezam.

pkrpasdap.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

harap tak jadi "mole" utk UMNO

Mohamadazhan.com berkata...

salam YB,

semoga Allah beri hidayah dan petunjuk kepadanya, hidayah Allah lebih besar dan kita tidak jangka siapa insan yang dipilah-NYa,

kpd puak2 UMNO, jgn terlalu angkuh dan sombong.

Tanpa Nama berkata...

tolak BN 100%

Tanpa Nama berkata...

beri peluang pakatan rakyat perintah malaysia 1 penggal dan lihat perubahan

Tanpa Nama berkata...

BN memusuhi rakyat

Tanpa Nama berkata...

rakyat semakin ditindas Bn kerana anti BN

Tanpa Nama berkata...

tahniah ! tapi harap2 jgn jadi trojan horse UMNGOK

Tanpa Nama berkata...

masuk dlm perjuangan Allah dan rasulnya lagi baguih istiqamah hadiri majlis2 ilmu,jauhi amno yg bebal selamanya..jgn jadi spy udah le...

yes berkata...

Di Malaysia ramai yang main "musical chair." Kalau anda tak tahu tentang permainan itu, pergi tanya pada Ibrahim Ali.

Tanpa Nama berkata...

kalau berani masuk pas la..baru la brutal...
takat masuk PKR...kejab jer tu....