21 Januari 2010

Kenyataan Shafie Apdal berniat jahat, mengelirukan

5 Safar 1431H

ALOR SETAR, 19 Jan: Pejabat Menteri Besar Kedah menyifatkan kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyebut tiada sebarang pembangunan di negeri ini bersifat provokasi, berniat jahat serta mengelirukan rakyat.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid berkata, ucapan menteri itu yang dibacakan oleh timbalannya, Datuk Hassan Malek yang menyebut bahawa tiada sebarang pembangunan serta dasar Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua hanyalah retorik dan Kerajaan Kedah hanya mampu menyambung apa yang telah diasaskan oleh BN sebelum ini adalah amat melucukan, geli hati dan lawak.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini, Mohd Helmi berkata, selayaknya teks ucapan itu hanya dibaca oleh seorang pemimpin Umno peringkat cawangan dan bukannya dibaca atas sifat mewakili seorang menteri dalam satu majlis yang sebegitu besar ertinya bagi pembangunan ekonomi Melayu.

Berikut ialah kenyataan penuh Mohd Helmi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak media yang sudi menyiarkan kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tersebut.

Kenyataan itu cukup untuk membuktikan bahawa penulis teks ucapan, serta pembacanya yang mewakili Shafie iaitu Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek langsung tidak mengetahui perkembangan yang berlaku di Negeri Kedah Darul Aman.

Teks ucapan itu juga lebih kepada bersifat provokasi, berniat jahat serta mengelirukan pandangan rakyat kepada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman serta tidak merujuk mana-mana asas serta tidak berfakta.

Selayaknya teks ucapan itu hanya dibaca oleh seorang pemimpin Umno peringkat cawangan dan bukannya di baca atas sifat mewakili seorang menteri dalam satu majlis yang sebegitu besar ertinya bagi pembangunan ekonomi Melayu – saya berkata demikian berpandukan isi ucapan yang langsung tidak berkualiti dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Ucapan itu juga sekaligus menafikan titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena Hari Keputeraan baginda pada 17 Januari lalu antara lain menitahkan bahawa: “Corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang baik di bawah kempimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dengan meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum amat dipuji”.

Dalam ucapan yang dibaca oleh Hassan itu menyebut bahawa tiada sebarang pembangunan serta dasar Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua hanyalah retorik dan Kerajaan Kedah hanya mampu menyambung apa yang telah diasaskan oleh BN sebelum ini.

Ia amat melucukan, geli hati dan lawak.

Saya langsung tidak berhajat untuk membariskan satu persatu perancangan yang dalam pelaksanaan oleh Kerajaan Kedah.

Buat pertama kali dalam sejarah Negeri Kedah, pada tahun 2009, sebanyak 11 GLC berjaya memberi sumbangan sejumlah RM30 juta kepada kerajaan negeri.

Laporan Audit Negara tahun lalu bagi Negeri Kedah dengan jelas menyebut bahawa peningkatan hasil sebanyak 205% dalam kutipan hasil balak, kadar kemiskinan pula dicatatkan menurun dan pertumbuhan KDNK hanya kurang 0.02% kenaikannya jika dibandingkan dengan KDNK Negara (KDNK Kedah 4.6%)

Pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil dengan harga sekitar RM380 juta dengan memperkenalkan pengajian di bidang profesional termasuk bidang perubatan atau pembinaan kilang yang bakal menjadi hub kepada hasil tanaman seperti nanas, mempelam serta rambutan yang menjadi lambakan tanpa hasil sejak zaman sebelum merdeka di kalangan rakyat, rasanya cukup memadai bagi menjawab tohmahan dan ucapan dendam kesumat oleh menteri berkenaan.

Itu belum mengambil kira pembinaan rumah kos rendah di Baling dan Kubang Pasu yang bakal dibina, yang kesemuanya dibina berpandukan kemampuan rakyat, bagi menggantikan pembinaan projek perumahan berpandukan kemampuan para pemaju seperti yang diamalkan oleh rakan-rakan Shafie ketika menerajui pentadbiran BN di Kedah.

Menteri Besar senantiasa menyahut saranan Kerajaan Pusat serta memberi kerjasama yang amat baik bagi kepentingan rakyat, tetapi apabila Shafie mula mengungkit-ungkit bahawa hanya BN yang membantu rakyat, saya musykil bahawa Naib Presiden Umno ini seolah-olah mahu meruntuhkan jambatan perpaduan serta kersama erat yang terbina antara Presidennya sendiri, YAB. Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama Dato’ Seri Ustaz Azizan bagi kepentingan dan masa depan rakyat seluruhnya.

Bagi saya, ‘serangan’ ini adalah idea terkini pihak Umno dan BN Kedah untuk memburukkan imej baik pimpinan Ustaz Azizan yang semakin disenangi rakyat, selepas usaha Umno dan BN selama ini memfitnah melalui laman blog dan sebagainya tidak berhasil.

Saya tekankan bahawa ucapan tersebut telah menafikan titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah serta Laporan Audit Negara 2008 selain berniat jahat memburukkan imej baik Kerajaan Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak.

Marilah sama-sama kita renungi antara ucapan awal Ustaz Azizan ketika diberi amanah menerajui Kerajaan Negeri Kedah dua tahun yang lalu: “Kedah kita punya, saya anak Kedah dan tuan-tuan, puan-puan juga anak Kedah, kita sama-sama sayangkan negeri Kedah, adalah menjadi tanggungjawab saya dan semua dari kita untuk sama-sama membangunkan Kedah yang kita cintai ini, kita bina semula Kedah, Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.”

Harakahdaily.net/-

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sabah lebih maju dari kedah agaknya??

Tanpa Nama berkata...

Orang di Kedah masih guna sungai untuk kebandar?

Tanpa Nama berkata...

memang kedah tak semaju Putrajaya tetapi tak serasuah putrajaya

Tanpa Nama berkata...

Perbelanjaan kedah berhemah, tetapi di putrajaya perbelanjaan petronas bagaimana agaknya?

Tanpa Nama berkata...

Kedah berjimat cermat, tetapi kerajaan BN kenapa tak berani bentang kedudukan kewangan petronas???

Tanpa Nama berkata...

Rakyat kedah lebih senang berurusan dengan agensi kerajaan negeri sekarang kerana dah tak ada wang bawah meja lagi, sama macam masa Pas perintah perak.

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya kerajaan Kedah mendapat bantuan Pusat sama macam Kerajaan Bn dulu, rakyat kedah akan lebih mewah dan senang lenang

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Pas Kedah, hampir semua taliair di Kedah bertar, tapi di Sabah masih guna sungai lagi, balik tengok orang kampung sama shafie

Tanpa Nama berkata...

orang bercawat nak mengajar ulamak tutup aurat???

Tanpa Nama berkata...

Tahniah reaksi segera setiausaha akhbar MB kedah, perlu bergiat dan sentiasa bergerak pantas kehadapan

Tanpa Nama berkata...

Apa guna kemajuan dalam penyelewengan dan rasuah sedangkan rakyat hidup makin melarat dibawah pemerintahan BN.

Tanpa Nama berkata...

pengangguran negara meningkat, ramai siswazah menganggur, dah maju agaknya BN perintah malaysia????????????????

Tanpa Nama berkata...

harga gula naik 20sen, harga roti dah naik 35sen, dah maju agaknya bekas menteri?

Tanpa Nama berkata...

Menteri ni rabunkah?

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni buat cerita lawaklah pula. Baik dia balik tengok negeri dia tu dah maju sangatkah?

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni sebaiknya tak dibenarkan pijak kaki di Kedah. Tapi sebelum tu elok juga dia pi jenguk mahligai Mahzir Khalid, bekas MB Kedah masa BN berkuasa dulu yang khabarnya berharga RM4 juta tu.

akuumnobangang berkata...

ape sabah,,satahu aku negeri yg kaya raya dengan hasil masyul,,,rakyat dia papa kedana dan tak layak nak membandingkan dengan kedah lah....tanya datu mustapaha dan sekutunya .. ape yang dia orang buat kat rakyat sabah..orang sabah tak semua papa kedana,,itu hakikat yg tak saya pertiaki,tapi saya sebut tapi,,tolong tengok pembangunan kawasan KALABAKAN,,SEIDH SAYA TENGOK DENGAN PENGALAMAN YG PERNAH SAYA TEMPUHI DI SANA SIKIT MASA LALU..SYUKUR KEDAH TAK SETERUK KALABAKAN

Tanpa Nama berkata...

sabah negeri shafie afdal adalah tegeri termaju tapi dari rank paling bawahlah...

Tanpa Nama berkata...

shafei ni masih mamun,tu yg tersasul almaklumlah masih terbayang2 keadaan kemiskinan yg tinggi diSabah.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin amno masih belum berubah,
Kenyataan mereka sentiasa bercanggah,
Cakap saja hendak bermuhasabah,
Makin teruk ada le pirahhhh.

Tanpa Nama berkata...

Pak Shafie Afdal masa jadi menteri jaga hal ehwal pengguna apa dia buat baa...naik harga adala...menteri melayu masa raya Aidilfitri dan Aidiladha barang yang di kontrol saudagar bangsa asing naik rega...menteri angguk kepala ikut jaa...pi tengok kawasan pendalaman sabah baa....kesian tengok...rega gula,beras,naik...hasil rakyat nak bawak ke pasar tamu pun taqk berbaloi...kalau hang tak boleh tolong rakyat sabah nanti aku pi tolong...hang malu baa...

Tanpa Nama berkata...

Seperkara lagi yang patut disebut ialah berkenaan kekurangan minyak masak. Menjelang PRU12 dulu ada seorang penceramah beri penjelasan bahawa kerajaan tak boleh buat apa berkaitan dengan perkara itu kerana tak ada kuasa. Sekarang ni orang lain di kementerian itu rasanya tak ada kuasa juga. Elok letak jawatanlah menteri tu.

Tanpa Nama berkata...

mentality pemimpin UMNO KoKo mana tahu nyee.....ikut pemimpin atasan jaa....yang atas kata baik....depa pun kata oooo baikkkk.....tak ada pendirian langsung...hujah dangkal....anak ambo darjah duo boleh patahkan hujah menteri nama shafiee tu...yang apdalnya bagi pentas hujah pak menteri tu ngan anak amboo...isu integriti,rasuah,inflasi....comfirm lari awal laa....itu tak hantar lagi PR punya hero..

SiamangBukit berkata...

tanpa nama tanpa fakta. Orang Kedah maju sebab diperintah oleh UMNO. Bodoh betul orang kedah macam hang.