5 Safar 1431H
Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 19 Jan: Penerangan mengenai royalti minyak oleh mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah pada 28 Januari ini dijangka mampu merungkai banyak perkara berhubung tuntutan bayaran imbal balas Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan berdasarkan Akta Petroleum 1974.
Majlis akan berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini juga dijangka mampu mempertingkatkan kefahaman rakyat berhubung kaedah pembayaran imbal balas royalti minyak kepada Kerajaan Negeri.
Demikian dimaklumkan oleh Pengerusi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Yusoff. (GAMBAR)
Mengulas lanjut kehadiran mantan Pengerusi Petronas pada majlis penerangan itu nanti, beliau berkata berdasarkan perbincangan Gegar dengan Tengku Razaleigh, mantan Menteri Kewangan itu bersetuju untuk hadir pada majlis tersebut.
“Beliau akan menerangkan semua perkara yang berkaitan termasuk mengenai Akta Petroleum 1974, perjanjian yang ditandatangani oleh beliau dan Menteri Besar Kelantan Datuk Haji Mohamad Nasir (Allayarham) pada 19 Mei 1975 di samping penerangan mengenai konsep federalisma,” katanya.
Menurut Dr Halim, Gegar dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu juga bersertuju menjadi pengerusi 'Kaukus’ yang ditubuhkan Parlimen Malaysia berkaitan dengan royalti Petroleum.
“Gegar menyambut baik langkah itu. Ini selaras dengan usaha ke arah memperkasakan Gegar itu sendiri di peringkat nasional,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, tindakan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang seakan habis-habisan menentang pemberian royalti minyak kepada Kelantan itu ‘sebagai anti klimaks’.
“Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu sebagai anti klimaks tentang perjuangan rakyat Kelantan dalam mendapatkan pembayaran royalti minyak. Hakikatnya (ialah) hakikat yang sukar untuk dinafikan..
“Cuma setakat mana kemahuan untuk ‘comply’ kepada undang-undang. Pihak yang menuntut (pembayaran royalti itu terus) menuntut, manakala pihak yang enggan melaksanakan tuntutan itu (terus dengan pendirian) tidak mahu melayan tuntutan itu.
“Dengan (langkah) tuntutan rakyat itu, akan ada keperluan mendesak menghubungkan antara dua iaitu antara yang tidak mahu bagi (membuat pembayaran) dan yang menuntut.
“Dan ini, pada hemat Gegar, antara langkah yang boleh dimain peranan oleh YBM Tengku Razaleigh,” katanya.
Mengulas tindakan pihak yang terus-terusan menentang perjuangan tuntutan royalti minyak Kelantan itu boleh dicop anti (konsep) 1Malaysia, beliau mendakwa itu terserah kepada ‘hukuman’ rakyat negara ini.
“Itu hak rakyat, sebab rakyat yang memilihnya. Gegar dalam isu tuntutan royalti minyak ini, kita bukan bermain politik, namun ‘conclusion’ masing-masing boleh dibuat apabila menentang sesuatu yang menjadi hak rakyat,” katanya.
Harakahdaily.net/-

4 ulasan:
Syabas...macam ni politik baru Malaysia yang kita inginkan. Kepentingan rakyat didahulukan tanpa mengira latar politik yang diwakili. Apa yg penting keadilan diberikan walau kpd yang bukan 'Gu kito' kerana ia lebih dekat dengan ketaqwaan. Tahniah Kuli.
SAYA CADANGKAN GEGAR ATAU MANA-MANA NGO MENGELUARKAN T-SHIRT 'KEMBALIKAN ROYALTI' ATAU 'ROYALTI HAK RAKYAT' DAN DIJUAL SEBELUM 28 HB DAN T-SHIRT INI AKAN DIPAKAI PADA 28HB BAGI MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM. WARNA MERAH LEBIH SESUAI DENGAN TULISAN PUTIH.
dengar kata minyak akan naik harga pada tarikh 1 Mei ini harga untuk ron97 adalah RM3.76 dan cukai kereta akan turun secara mendadak.
Saya cadangkan semua Tol di Malaysia dihapuskan untuk menjimatkan subsidi minyak kerana setiap kali kita berhenti untuk membayar tol,kita bazirkan minyak sekurangnya 50 sen menekan pedal minyak dari perlahan kelaju selepas bayar tol dan menunggu untuk beratur membayar tol. Bayangkan berapa banyak minyak dibazirkan kerana TOL
Catat Ulasan