8 Safar 1431H
OLEH:JJ ANAK DESA
(http://www.joharapat.blogspot.com)
Apabila saya melihat iklan di TV kanak kanak memukul rebana sambil menyebut potong, potong, potong , teringat saya kepada Kerajaan BN 1 Malaysia yang sekarang ini juga turut mendendangkan lagu potong, potong potong.
Zaman 1 Malaysia ini, rakyat diutamakan kini menjalankan polisi `potong', jangan tak potong. Dalam harakahdaily tulisan doktor rakyat mengisahkan tindakan kerajaan 1 Malaysia sedang berkira-kira untuk memotong elaun kakitangan awam. Semua ini di lakukan atas alasan sebagai langkah berjimat-cermat.
Pada tahun ini, difahamkan yang kerajaan telah pun memotong bajet hospital kepada hampir separuh daripada jumlah bajet pada tahun sebelum ini. Sebagai contohnya, jika sesebuah hospital itu menerima RM40 juta pada tahun lepas, tahun ini hanya RM20 juta sahaja diberikan.
Kalau baget untuk hospital pun kerajaan 1 Malaydsia sanggup potong, inikan baget yang lain. Sekarang ini masa untuk `potong'. Lepas ni tak tahu apa lagi yang kena potong.
Kita bimbang jika kes potong memotong ini berlaku di hospital, bimbang bukannya apa ubat ubatan yang diperlukan untuk pesakit juga turut terhad . Hospital kerajaan ini adalah tempat rakyat untuk dapatkan rawatan, jika ubat ubatan pun dihadkan, tidakkah ini menyusahkan rakyat. Mana slogan 1 Malaysia. Ini yang kita bimbangkan
Yang pergi ke hospital kerajaan adalah mereka yang tidak banyak wang, yang kaya dan banyak duitnya akan pergi ke hospital kerajaan. Jadi meranalah rakyat bawahan bila potong memotong ini terkena kepada mereka. Sudahlah sakit, ubat ubatan pula dihadkan. Nak beli ubat kat luar, mahal. Akhirnya tunggulah nyawa dipotong (sampai ajalnya)
Itu cerita bajet di hospital dipotong. Sekarang ini peruntukan makan bagi asrama asrama sekolah pun dipotong. Sebelum ini kerajaan memberikan peruntukan untuk makan kepada pelajar pelajar yang tinggal di asrama asrama selama 250 hari setahun, tetapi sekarang ini peruntukan itu telah dipotong menjadi 200 hari sahaja.
Dalam 200 hari pelajar pelajar yang tinggal diasrama ini diberikan makan. Lima puluh hari lagi tak ada makan. Para pelajat di asrama pandai pandailah cari makan. Kesannya pelajar berkenaan hanya dapat makan hari isnin hingga sabtu saja. Hari sabtu ahad `hampa' cari sendiri. Minta duit kat mak bapa 'hampa' `untuk makan dua hari itu.
Diberitakan ada sekolah sekolah asrama yang meminta ibubapa mengambil anaknya pada hari sabtu kerana makanan untuk dua hari itu tidak ada disediakan. Kalau sekolah anak tersebut tidak jauh dari rumah bapanya, bolehlah si ayah datang mengambilnya atau balik sendiri.
Ini bermakna kos yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa meningkat terutama mereka yang ramai anaknya berada di asrama sekolah. Kebanyakan pelajar pelajar yang tinggal di asrama ini adalah anak Melayu. Yang berada jauh dari keluarga, ibubapa terpaksa mengerluarkan kos untuk anaknya makan di luar pada hari sabtu dan ahad. Inilah 1 Malaysia, peruntukan makanan pelajar di asrama pun dipotong.
Kes potong memotong ini juga `menggerunkan' ramai kakitangan awam. Desas desus yang mengatakan elaun elaun sara diri (cola) hendak dipotong cukup mencemaskan terutama yang tinggal di bandar besar saperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu dan lain lain bandar bandar bandar. Ada yang mendapat RM100, ada yang dapat RM200 sebulan. Jika elaun ini dipotong, terpotonglah bajet harian mereka. Jika semua dah dipotong, apa lagi yang tinggal.
Sudahlah bajet harian terpotong lantaran kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, peruntukan makanan anak mereka yang tinggal di asrama juga dipotong, peruntukan hospital hospital juga dipotong. Apa lagi selepas ini yang hendak dipotong?
Saya percaya selepas ini ada lagi peruntukan yang kena potong. Kalau untuk orang sakit pun (hospital kerajaan) peruntukannya dipotong, agak agaknya elaun kakitangan awam tak kena potong ke? .
Sekarang ini kakitangan awam tidur tak lena, mandi tetap basah kerana ada lagi air paip. Kalau air paip kena potong disebabkan bajet harian kena potong, barulah mandi tak basah.
Jadinya kes potong memotong yang dilakukan Kerajaan BN 1 Malaysia ini tidak harus dibiarkan, bimbang rakyat pula yang `mati merana' dek kerana bajet harian mereka terpotong lantaran kenaikan harga barang barang. Harga gula dah naik, lepas ini apa pulak yang naik, Bayaran elektrtik, petrol, tol, mungkin naik. Ini semua mengakibatkan bajet keluarga terpaksa dipotong.
Jadi sebelum bajet harian kita terpotong lebih banyak lagi, mari kita `potong' dulu BN dengan cara undi dalam pilihanraya. Pilihanraya umum ke 13 nanti rakyat kena `'potong BN', gantikan dengan Pakatan Rakyat untuk menerajui Malaysia.
Potong mesti potong. Potong mesti potong BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Kalau tidak nanti kita pula terpotong.
Potong, potong, potong.
Potong apa?
potong BN.

18 ulasan:
rakyat patut potong pemerintahan UMNO/BN
rakyat patut potong era pemerintahan UMNO
UMNO dan BN makin melampaui batas dengan menindas rakyat
rakyat makin merana dibawah pemerintahan UMNO
masih adakah lagi orang yang bodoh nak undi BN macam bagan pinang?
peruntukan rakyat dipotong, najib berpoya-poya makan angin
dah lebih 50 tahun rakyat ditipu BN, masakan mau ditipu untuk 5 tahun lagi?
yang bodoh rakyat yang undi BN, letak ketul batu pun masih undi BN/UMNO
kewangan sekolah dipotong tapi kewangan rosmah ditambah
Rosmah makin hebat dan bergaya, rakyat makin compang-camping
pencacai dan pengampu UMNO makin senang tapi rakyat makin susah merempat
bantuan kepada rakyat miskin disekolah juga ditarik, kepada koperat ditambah
pemimpin UMNO sekarang menindas rakyat
UMNO makin kejam kepada rakyat miskin
rakyat patut beri peluang pakatan rakyat perintah malaysia untuk satu penggal dan nilai sendiri gaya pemerintahannya
Elaun pelajar di potong, elaun penghuni pusat serenti di potong ke tidak? Kalau tak potong maknanya UMNO/BN lebih sayang penagih dadah dari pelajar.
wahai hamba allah sekelian, hampa semua takut elaun di potong dan marahkan kerajaan itu dan ini tapi apabila kerajaan menaikkan gaji hampa sekelian ada hangpa puji atau pun sekurang-kurangya mengucapkan terima kasih.......... adakah?
Kalau nak Potong BN. Lepas dah potong nak bagi sapa? DAP? Bukan kena potong makanan kat asrama - Langsung tak da asrama nanti... Melayu semua terpinggir. Mau ka?
Catat Ulasan