08 Jun 2009

Apa hak Ibrahim Ali desak laksanakan kajian pimpinan PAS di Kelantan ?

Sekali ini sudah melampau dan tindakan lebih sudu dari kuah apabila Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mendesak Satu kajian secara ilmiah dan akademik perlu dijalankan oleh rakyat Kelantan bagi menilai semula tahap kepimpinan parti PAS di negeri ini selama 20 tahun pemerintahan parti itu. Beliau juga ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Apakah hak beliau untuk campur tangan dalam pentandbiran dan rumahtangga PAS. Tidakkah dia sudah tahu nyawanya sudah hampir sama dengan nyawa ikan, dan beliau sudah tidak ada lagi tempat di dalam PAS. Ditambah dasar tidak mengenang budi dia sudah benar-benar dibenci oleh pemimpin dan penyokong PAS.

Paling malang UMNO pun bagi saya sangat berhati-hati untuk menerima "raja katak" ini.

Kata Raja katak lagi "Apa yang kita lihat, pemimpin di negeri ini sekarang hanya menghabiskan masa berpolitik sepanjang masa dengan berceramah tanpa henti dan memburukkan pihak lain tanpa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat,"

Beliau turut menyarankan supaya rakyat negeri ini lebih celik dan melihat sendiri tahap pembangunan negeri pada masa ini.

Nak termuntah meneliti nasihat raja katak diatas, macamlah dia lebih hebat dari Tok Guru Mursyidul Am yang mampu memberi ceramah setiap minggu di hadapan Peja PAS di Kota baharu sehingga mampu mendidik rakyat kelantan kearah takwa kepada Allah SWT.

Tidakkah beliau sedar pilihanraya ke 12 yang lepas sebenarnya adalah lebih dari kajian ilmiah dan akdemik malah merupakan gambaran dari hasrat yang telah dilahirkan dalam bentuk kertas undi bahawa kepimpinan PAS adalah yang terbaik di Kelantan sehingga dari penggal ke 11 pentadbiran di kelantan yang PAS cuma memiliki kelebihan satu kerusi, telah bertambah dan menyisakan cuma 6 kerusi kepada BN.

Kenyataan Ibrahim tidak lebih untuk mencari populariti dalam keadaan dia sudah bersiap meninggalkan dunia politik yang beliau warnai dengan aksi lompat yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapaun setakat ini.

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saudara pun tidak sepatutnya menghina orang. sebagai pemimpin saudara sepatutnya menasihati. bukan mengeruhkan keadaan. ingat saudara , saudara di pilih oleh rakyat, jika saudara berjuang untuk rakyat, sikap saudara perlu berubah. jauhi kata mengata, hindari fitnah, adili rakyat dan hakimi diri. salam.

FathiMZ berkata...

brahim x sedar diri.......

Idham Lim (林川興) berkata...

saya tidak menghina sesiapa, ibrahim ali orang sudah maklum dengan panggilan raja katak. Adakah saudara yanng rasa terhina. Sebenarnya kalau ikut hati saya tak tahu bahasa apa yang boleh saya tulis untuk Ibrahim Ali, dia sumpah tok guru dengan bahasa yang tidak sepatutnya dalam beberapa ceramahnya, namun itulah hakikat manusia boleh berubah-ubah.

shah berkata...

kita dah tahu yg ibrahim ali tu dah teruk perangainya, x kan nak bg muka lagi. manusia n klu sabar dia ada batasnya. klu ayik nak berlembuuuuttttt jer, smpai bila kita nak tegas? x kanlah bila org dah mula pijak kepala kita, kita nak tasamuh lg ker? nak bg muka lagi ker klu org yg x berhati perut cmtu?

Tanpa Nama berkata...

Gelaran 2 layak pada mereka yang tidak ada prinsip dan mengenangkan jasa.. Ibrahim Ali mmg x sedar diri.. negeri Kelantan menjadi roll model negeri yang ditadbir dgn baik dan exco negeri yang bebas rasuah. Ibrahim tengok diri dulu.. nanti bila ajal dah sampai tau x sape yang akan uruskan mayat saudara? fikirlah sendiri Presiden PERKASA..

ubatkuat berkata...

SALAM UTK SEMUA,,YB JANGAN DILAYAN ORANG2 YG MACAM IBRAHIM NI,,INSYAALAH SELEPAS NI PAS TAK AKAN MELAKUKAN KESILAPAN LAGI MEMILIH KAWAN ATAU SEKUTU ATAU PEROSAK BANGSA..TANPA NAMA????KAU SAPE HA??AKU ULANG SEKALI LAGI,,KAU SAPE????KALAU KAU TAK PUAS HATI KAT YB YG MENGUTARAKAN ULASAN NI,,AKU PUN TAK PUAS HATI DENGAN KAU KERANA MEMPERTAHANKAN MANUSIA YG BERNAMA IBRAHIM ALI NI...KAU APE HAL HAA???AKU TERUS TERANG KAT KAU NI,,AKU TAK PUAS HATI KAT KAU???

Unknown berkata...

tanpa nama aka kroni ibrahim ali yang tidak sedar diri

Unknown berkata...

tanpa nama tak sedar diri

Tanpa Nama berkata...

maafkan saya saudara, saya ni hanya rakyat biasa, dah muak dengan kata atau komen2 yang keterlaluan. pergi blog ni mcm tu, pergi blog ni macam ni, tapi saya masih lagi melayari blog saudara, kerana maklumatnya cepat, saya tidak terasa dengan penulisan saudara, tapi sebagai muslimat , saya juga ada hak menegur pemimpin seperti saudara, saya tak mahu saudara, terleka dan menjadikan saudara seperti yang lain, berkenaan dengan Ibrahim Ali, beliau sepatutnya berjumpa dengan tuan guru sendiri, dan biarkan tuan guru sendiri mengadili, urusan tersebut. cukup banyak dugaan dalam perjuangan islam, saya tak bermaksud hendak menegur saudara, tapi memikirkan saudara adalah pemimpin saya dan masyarakat, saya tak mahu saudara terikut dengan rentak permainan politik. contohnya, propaganda media, pada suatu masa asyik memainkan nama saudara disebabkan saudara membongkar isu-isu sensasi contohnya bomoh. memanglah jika benda tu terbukti kebenarnya , saudara akan membuka mata rakyat, tapi jika sebaliknya? saya tidak mahu pemimpin keluar masuk penjara, keluar masuk ISA, lama-lama rakyat akan menjadi bosan dan huru hara akibat pemimpin kawasan terlibat sama. saya harap saudara jangan salah faham, mungkin teguran saya ni, menyebabkan saudara kurang selesa, tapi dengan teguran ini lah yang dapat menunjukkan kasih sayang saya pada saudara. saya juga tak mahu saudara difitnah sebagaimana tuan guru difitnah oleh dugaan. pemimpin membentuk akhlak rakyat, dan rakyat menegur pemimpin. terima kasih atas jawapan saudara. saya hargainya. bukan senang nak dapatkan feed back dari seorang pemimpin secara serta merta. dan harapan saya , feedback secepat inilah yang rakyat minta bila rakyat tidak puas hati dengan sesuatu. terima kasih saudara YB IDHAM.

zackeye berkata...

Kesukaan katak ialah berbunyi dengan kuat. Dia akan masukkan angin yang banyak dalam badan dan lepaskan untuk berbunyi. Silap-silap badan pun boleh pecah kerana nak berbunyi kuat. Dia berlawan siapa boleh bunyi paling kuat dengan kawan-kawannya. Manusia menyangka katak bunyi kerana panggil hujan. Tapi katak sebenarnya cuba mempublisitikan dirinya saja supaya diminati oleh katak betina.
Tak tau lah kita apakah raja katak ni juga berbunyi untuk mempublisitikan dirinya saja supaya diminati semula oleh jandanya UMNO,
Kita tahu yang hujan turun bukan kerana katak panggil tetapi kerana rahmat Allah, maka kita buat tak dengar sajalah apa yang raja katak ni komen.

kaiban berkata...

kdg2 kite terlalu bijak berkata ,tapi bila diuji baru tahu diman tahap kite,bagi ana jgn meneruskan apa2 ikatan atau kerjasama pd puak2 nie krn bakal mnghancurkan kite,krn sesuatu perjuangan itu perlu ada pengorbanankan,buat YB idham teruskan perjuangan ,usah dilayan pd kata2 yg buang masa,kalau ana lah puak2 katak nie patut bagi ulur je makan...buang masa je

Tanpa Nama berkata...

PAS MEMANG BAIK TETAPI BAIKNYA HARUS BERPADA PADA.POLITIUK UMNO TAK AKAN BAIK SELAGI ADA BULAN DAN BINTANG/MATAHARI. PAS KENA INGAT BAGAIMANA IA DITENDANG DGN CARA MEMALUKAN KETIKA BERSAMA BN, PAS KENA INGAT BAGAIMANA CARA pROF ZULKIFLI MOHAMAD MATI KEMALANGAN SECARA MISTERI DGN DILANGGAR LORI BALAK, PAS KENA INGAT MACAM MANA DR BAHARUDDIN MATI TERSISKSA TERPENJARA. ADAKAH KAMU SEMUA,, INGAT UMNO AKAN BERTINDAK BAIK KPD PAS. AKAN DATANG/ ?SORRY LAH PAS JANGAN BUTA HATI LAH...ORANG MACAM IBRAHIN ALI ITU SEBIJI CIRI CIRI UMNO!KALAU PERAK PUN DIRAMPAS SEBEGITU/ HARI INI DLM SEJARAH, MAKA UMNO NAIK BUAT BAIK KAT PAS...SUDAHLAH PAS JANGAN BODOH DUA KALI

Tanpa Nama berkata...

kepada tanpa nama d atas,8:18pm,mmg betul anda berhak menegur yb khalil idham,tetapi mengapa saudara tidak terlebih dahulu menegur perbuatan ibrahim ali(raja katak) yg sgt kurang ajar?biadap?yb khalil bkn menghina,tapi menegur sikap biadap raja katak tu...salah ke?kalau saudara kata salah,maka perkara munkar tu terus berleluasa

ismail,batu pahat

Tanpa Nama berkata...

ade jugak yek orang yg masih menyebelahi ibrahim ali? hehehe ... tak terkata saya !!!

ubatkuat berkata...

ASSALAMUALAIKUM BUAT MUSLIMIN/MUSLIMAT

aku sokong dengan hujah tanpa nama 9.45pm,,eloknya episod almarhum prof,zulkifli di langgar lori balak secara misteri patut dibuka balik pada pemerhatian semua pihak agar kebenaran diperolehi,,itulah pejuang idola dalam pas yang tiada tolok bandingnya,,,

Tanpa Nama berkata...

muslimat tanpa nama itu sudah tersalah laluan kapal agaknya..
smoga dia tak tersalah laluan lagi.

syed al-idrus (alaminsys@gmail.com) berkata...

Salam. saya rasa terpanggil untuk turut serta memberi ulasan dalam isu ini. terus terang saya katakan yang saya amat bersetuju dengan pendapat saudari tampa nama. boleh dikatakan hampir 100% blog atau website menggunakan kata-kata yang kasar dalam memberi ulasan atau berforum. adakah ini yang diunjurkan oleh islam. Nabi SAW diutuskan untuk membetulkan akidah dan akhlak manusia dan syaitan pula akan sentiasa memujuk manusia malakukan kejahatan. tipu daya syaitan amat licik yang membuat kadangkala manusia berfikir perkara yang salah itu betul dan yang betul itu salah. apa yang ibrihim ali lakukan pada tgna adalah terlalu sedikit juka dibangdingkan dengan apa yang telah dialami oleh nabi SAW. tapi apa yang nabi lakukan? malah nabi saw melarang para sahabat membalas kejahatan yang dilakukan terhadapnya. sebab itulah pada zaman nabi saw dan zaman sahabat, ramai yang masuk islam bukan kerana dakwah semata-mata tapi kerana akhlak islam yang ditunjukkan oleh nabi saw dan para sahabat. kalau inilah akhlak yang kita tunjukkan pada mereka yang bukan islam, bagaimanakah hendak mereka tertarik pada ajaran islam? sepatutnya kita membalas kata-kata mereka dengan doa semoga ALLAH memberikah petunjuk dan hidayah kepada mereka semoga mereka kembali kepada ajaran islam. bukannya mengutuk mereka yang membuatkan mereka lebih jauh dari ajaran islam.

serupasekala berkata...

salam semua

pada pandangan saya semua nya tidak salah setakat menegur apa perbuatan segelintir insan terhadap kepinpinan sesaorang TETAPI biarlah pada tempat nya.

contoh ;
1. ahli pas boleh menegur kepinpinan dalam pas dalam muktamar atau pun mesyuarat mesyuarat atau usul yang dibangkitkan.
2. ahli umno be end pun sama juga setiap teguran dibuat melalui jalan jalan yang tertentu.

ADALAH DIFAHAMKAN DISINI BAHAWA IBRAHIM HALI TIDAK SEPATUTNYA BERBUAT DEMIAKIAN DIMANA BELIAU SENDIRI DITOLAK OLEH RAAYAT KELANTAN DIMANA SEMASA BELIAU BERTANDING ATAS TIKET BEBAS HANYA MENDAPAT 360 UNDI SAHAJA.

DALAM PRU 12 NASIB BAIK BELIAU BERTANDING AYAS TIKET PAS KALAU TIDAK KOJOI LAGI.

ORANG MACAM INI KAH YANG PATUT DIGEMBAR GEMBURKAN TELATAHNYA.

ABAIKAN SAHAJA TELATAH BELIAU INI . KERANA ORANG INI DIIBARATKAN MELEPAS ANJING TERSEPIT DILUBANG PAGAR . SELEPAS IA DILEPASKAN IA MENGIGIT ORANG YANG MEMBANTU NYA .

INGATLAH WAHAI HAMBA HAMBA ALLAH SEKELIAN APABILA DATANGNYA YANG HAK MAKA LAMBAT LAUNG HILANGLAH YANG BATIL.

WASSALAM.

Islah berkata...

salam YB, saya adalah peminat YB, nak tahu laa biodata and bagaimana boleh peluk Islam..mana boleh peminat xtahu kan??

p/s: Moga YB terus istiqamah dlm perjuangan..Menjadi pemimpin parti islam ni lain sedikit, tutur kata, perlakuan, taqrir kita semua dinilai..Selamat maju jaya..

david ahmad muniandy berkata...

[quote]tanpa nama berkata....
PAS MEMANG BAIK TETAPI BAIKNYA HARUS BERPADA PADA.POLITIUK UMNO TAK AKAN BAIK SELAGI ADA BULAN DAN BINTANG/MATAHARI. PAS KENA INGAT BAGAIMANA IA DITENDANG DGN CARA MEMALUKAN KETIKA BERSAMA BN, PAS KENA INGAT BAGAIMANA CARA pROF ZULKIFLI MOHAMAD MATI KEMALANGAN SECARA MISTERI DGN DILANGGAR LORI BALAK, PAS KENA INGAT MACAM MANA DR BAHARUDDIN MATI TERSISKSA TERPENJARA. ADAKAH KAMU SEMUA,, INGAT UMNO AKAN BERTINDAK BAIK KPD PAS. AKAN DATANG/ ?SORRY LAH PAS JANGAN BUTA HATI LAH...ORANG MACAM IBRAHIN ALI ITU SEBIJI CIRI CIRI UMNO!KALAU PERAK PUN DIRAMPAS SEBEGITU/ HARI INI DLM SEJARAH, MAKA UMNO NAIK BUAT BAIK KAT PAS...SUDAHLAH PAS JANGAN BODOH DUA KALI[/quote]

seseorang tak boleh lari daripada melakukan sesuatu benda yang tak masuk akal dalam hidup peribadi seperti prof zulkifli tu manatau prof zulkifli buat sesuatu yang melarangkan oleh Allah secara rahsia ataupun untuk peribadi, selama ni prof zulkifli dengan rakyat adalah baik...supaya Allah mencabutkan nyawa dia kerana perbuatan peribadi diluar jangkaan dalam hal urusan kerja...

memang umno tak akan berbaik semula dengan PAS seperti israel dengan Palestin sebab PAS menegur umno kerana umno tidak mengenali diri sendiri seperti PAS, kalau umno mengenali diri dan tahu apakah itu kehidupan umno tak akan buat benda yang terkutuk sebab tahu diri sendiri tu siapa dan tahu siapakah Allah sebenarnya....

Cina Islam Jugak berkata...

Kenapa takut orang buat kajian? Bukankah kita ni diseru bermuhasabah diri. Begitu juga dalam kepimpinan. Kalau tak buat kajian, macam-mana nak bermuhasabah. Ibrahim Ali tu salah seorang MP Kelantan, jadi beliau sebenarnya lebih berhak untuk bersuara dari YB Idaham yang tidak ada kena-mengena dengan Kelantan.

p.s. Jangan tak siar pulak posting ini

ummufawwaz berkata...

saudara2 ku sekelian ...aku sudah pelbagai komen dan pendangan mengenai ibrahim ali .....kita jgn ckp byk dah ...sbb dh lama sabar kan ....korang wat dek jeee ...ok ...PRU 13 ajar en ibrahim bin ali ni ...aku dah bosan nak guna bahasa kasar ngan dia...jadi korang yang mengundi kat kawasan dia ...bgtau kengkawan ..saing2 n member2 yang dah boleh mengundi ....habiskan dia.. kalu dia masuk bertanding laaaa.aku rasa mesti bertanding...aku x leh lupe mase dia ceramah bersama PAS di suatu tmpt (nama Dirahsiakan)...ceramah dia akan menjadi memori aku sampai bilerr2 dan orang seperti en ibrahim ni ....ntah laa...korang semua yang mengundi kt kawasan dia bertanding nanti ...pastikan dia dikuburkan ...

Tanpa Nama berkata...

saya yang menulis pada 8.58 pagi tadi, terima kasih atas pandangan sama ada yang mencerca atau menyokong. belum sempat pun saya hendak berbicara, ada pula kata mengherdik, yang mengatakan saya menyebelahi ibrahim ali. saya tidak peduli pada beliau, tapi saya ambil berat tentang pemimpin saya. jika pandangan saya belum apa-apa sudah di jerkah sebegitu, adakah ini menunjukkan sikap yang tidak perihatin? kepada tuan syed al-idrus, terima kasih atas pandangan ana. kebanyakkan yang melayari blog teramat lah sikit pendidikan untuk memlempiaskan komen dengan bahasa-bahasa yang baik ( adakah kesalahan tersebut datangnya dari pendidikan ibu bapa )? beringat lah, yang membaca blog kebanyakkan orang dah berumur, sila lah hormat menghormati. sayang anak bangsa yang terutamanya dtgnya dari keluarga islam berakhlak kurang pendidikan.semakin lama , semakin jauh. kepada saudara YB Idham Lim saya tidak mahu menjatuh kan saudara, jauh sekali berniat bergitu. apabila teguran saya saya buat dengan ikhlas, dan saudara lihat lah kesannya. adakah mereka ini terdiri dari penyokong saudara? jika ya amat beratlah tanggungjawab saudara untuk mendidik mereka untuk lebih bersopan. saudara juga berkuasa untuk menDelete atau menyiarkan komen sebegitu, di harap selepas ini, tiada lagi komen2 yang boleh mencemarkan imej saudara secara tidak langsung , budi bahasa mencerminkan islam itu sendir.. terima kasih saudara yb Idham dan terima kasih kepada yang mengherdik.

hishamdesa berkata...

salam
ada kala kita wajar berkasar dgn org, dlm al-quran pun ada disebut "Celakalah.....", cth apakah dgn Isreal, hikmahnya adalah mengangkat senjata, tak main dah dgn dialog/berunding, tapi hikamh berdakwah dgn Isreal adalah mengangkat senjata, perang.

Tanpa Nama berkata...

Drs,Kebetulan beberapq mlm yg lalu ketika melihat berita PM di China.Terjojol Ibrahim Ali tersengih dibelakang PM sewaktu di Beijing.Sahih tentu ada statement beliau mengecam PAS .Nak balas budi PM taja dia pergi China.Budi PAS bagi kerusi dia bertanding MP dia tak kenang.Sudah byk kali PAS terkena.Minta dijauhkan digigit dua kali dlm satu lubang. Nona Ratana Chulaborn.

DoL berkata...

Fahami Firman ALLAH SWT ini - Au'zubillahi minas syaitonirrojim....

...Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

AzZumar Ayat 9 .... ShodaqALLAHul'Azim ....

Kat bawah ni kata kata orang bodoh. Jangan disamakan Ibrahim Ali dengan TGNA. Mana boleh sama orang jahil (bodoh tentang Islam) dengan orang yang 'alim (pandai dan berpengetahuan tentang Al Quran dan Sunnah) ....

Tanpa Nama berkata...

Ibrahim Ali? Siapa dia? Tanpa nama 8.18 dan Syed Idrus...kat UMNO pernah komen sebegini ke? UMNO pun islam jugak. Jangan double standard. PAS tahu apa yang dia buat. Haram tetap haram. Tetapi UMNO yang halal di haramkan yang haram di halalkan. Beritahu sikit pemimpin agung kamu tu.

Tanpa Nama berkata...

Salam YB Idham, harap YB tak buang masa layan isu Ibrahim Ali ni... baik YB buat kerja lain lagi elok... sy memang tak ada kerja, tak apa... YB banyak kerja tu... baik buat kerja lain.. Isu Ibrahim Ali ni bagi AJK cawangan PAS je yg jawab.. itu tahap yg layak layan isu ni...

Ada nama tapi tak nak sebut
Johor, Msia

mat sabung berkata...

biasa org2 mcm berahim aliey tu. drp zaman Rasulullah S.A.W dlu2 dh ade org2 alam dua muka n lidah bercabang mcm tu...dia hadir pd majlis2 ilmu Rasulullah S.A.W, sembahyang dibelakang Baginda...tetapi dibelakang Rasulullah, dialah org yg mengutuk n mengeji Rasulullah S.A.W

Selawat n Salam keatas junjungan Baginda Muhammad S.A.W...Amin

Tanpa Nama berkata...

Contohi lah perjuangan nabi muhammad s.a.w., PAS makin hari makin tersasar gerakannya. Dahulu PAS kuat berdakwah tp sekarang ......!!! jgn terlalu ghairah berpolitik serta mengejar kedudukan. Jgn fikir segala tindak tanduk kita sahaja yang betul. bersihkan diri kita dahulu sebelum kita membersihkan diri orang lain. Orang akan mengikuti kita sekiranya kita menunjukan contoh dan tauladan yang baik. Agak malang ceramah politik dan perarakan parti PAS yang kebiasaan nya kehadiran begitu ramai tidak terjadi di surau2 dan masjid2 yang hadir mengerjakan solat berjemaah.

jemaah di masjid semakin berkurangan, marilah kita meramaikan jemaah dimasjid, kita gerakan ahli kita dahulu supaya berjemaah, ahli kita pun dah mencecah jutaan orang tetapi agak malang apabila melihat bilangan jemaah yang hadir di surau2 dan masjid masih berkurangan.

Tanpa Nama berkata...

Ibrahim Ali, siapa dia? Dia adalah ahli parlimen, saya ulangi, ahli parlimen pasir mas yang terletak di Kelantan.

Salahkah seorang MP kelantan menyuruh orang buat kajian untuk mengukur prestasi kerajaan dibawah pimpinan beliau?

Idham Khalid Lim? Adun titi serong. Tak de kena mengena dengan Kelantan.

Persoalan yang patut di utarakan ialah siapakah Idham Khalid Lim untuk memeprsoalkan urusan negeri orang?

Tanpa Nama berkata...

Jangan cakap macam tu Pda YB Dato' Hj. Ibrahim Ali (Calon bebas - PAS) Kesediaan PAS mempertahankan YB Dato' Ibrahim Ali sebagai calon Bebas-PAS dalam PRU12 berbanding dengan Ustaz Ismail Noh kerana mendapat restu Tok Guru Nik Aziz (Pesuruhjaya PAS) setelah diperkenalkan oleh YB. Dato' Hj. Husam Musa.

Memang Tok Guru Nik Aziz sifatnya mudah cair apabila menerima pujian Ibrahim bertalu-talu sebelum dipilih menjadi calon. Kan Tok Guru pernah berkata dengan Syaitan pun kita nak berkawan, bukan setakat dengan Jin. (kata-kata Tok Guru semasa PRU1999)Kalau setakat Ibrahim, suma seekor katak apa salahnya.

Ingatlah semua pesan Tok Guru.

tarzizi berkata...

Elok rasanya lain kali masukan nama sebelum memberi ulasan...
kan senang

Tanpa Nama berkata...

saya cukup bersetuju dengan pendapat tanpa nama dan syed idrus...mereka lebih baik daripada pedapat ubatkuat dan lain2 yg lebih suka kepada perkataan kasar untuk mendidik berbanding kelembutan dan hikmah kata untuk mengajar...

D'ayo berkata...

Terkadang kita perlu berkasar untuk mengajar mereka tak reti-reti bahasa... macam kes si katak nie... kita dah cukup berhikmah untuk bagi dia peluang untuk jadi AP... dan YB, 'menyampaikan' melalui blog YB walaupun isu si katak nie, saya rasa ianya salah satu kerja YB dan yakin dan percaya YB tak tertinggal kerja-kerja lain... dan satu lagi YB, walaupun YB nie bukan YB dari Kelantan, tapi sebagai YB dari PAS berhak untuk mempersoalkan kenapa pulak orang lain yang pandai-pandai suruh buat kajian... Kalau nak sangat buat kajian, buatlah kajian mengenai kenapa JPP tidak menyalurkan bantuan ke Rantau Panjang untuk membaiki saluran bagui mengelakkan banjir... tak payahlah YB Kak Zai ke hulu-hilir mencari dana... tanpa nama 2.14am - betul ke Husam yang kenalkan si katak ni kat Tuan Guru? Macam tak betul je...

ubatkuat berkata...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
AKU BERKASAR PADA AYAT2 YANG BIADAP DARIPADA ORANG YG KURANG AJAR,,AKU BERLEMBUT PADA YG BERHEMAT DAN TAHU BATAS HUJAH,,AKU REDHA AKAN APE YG TERJADI ,,AKU TIDAK MENAGIH SIMPATI SESIAPA,,AKU TAK RUGI APE DAN KORANG PUN TAK UNTUNG APE22,,APE ITU PERJUANGAN KALAU TIADA PENDIRIAN,,AKU TETAP AKU DAN AKU TERUS BERJUANG CARA AKU DAN NAWAITU AKU HANYA ALLAH SWT,YANG MENGHAKIMINYA,,KORANG BUATLAH PENILAIAN DAN ANDAIAN SENDIRI AKAN NAMA PENA UBATKUAT NI,,AKU TERIMA DAN AKU UCAPKAN SYABAS PADA SESIAPA YG BERKESEMPATAN MELIHAT AKU MENGULAS DAN MENGOMEN APE YG TERLEBIH DAN TERKURANG,,APE PUN AKU TETAP BERPRINSIP IAITU,,BERBUDI BAHASA HANYA PADA ORANG YG TAHU BUDI BAHASA DAN BERSOPAN SANTUN HANYA PADA YG RETI BAHASA,,SATU LAGI HANYA MANUSIA BERNAMA PENA UBAT KUAT SAHAJE KE YANG PERLU KORANG BERI PERHATIAN DAN KOMEN DALAM ALAM MAYA NI????OK BRO....WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

buat prk lain di psr mas