SHAH ALAM, 7 Jun : - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara.
Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun, Perak itu diterima untuk dibahaskan setelah menyedari tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan perbuatan yang biadap dan tidak menghormati suara rakyat.
Perwakilan Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik yang juga bendahari PAS Perak ketika membawakan usul tersebut menegaskan perlunya penubuhan suruhajaya tersebut bagi menyiasat perbuatan Umno/BN yang merasuah wakil rakyat bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
"Kami mencadangkan usul tergempar ini kerana tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku di Perak berulang dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.
"Kerana itu kami mendesak supaya Suruhanjaya Bebas DiRaja perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan rampasan kuasa itu," tegas Dr Khairuddin.
Kerajaan tegas beliau perlu segera menubuhkan suruhanjya ini bagi membolehkan segala perbuatan tidak bermoral yang dilakukan untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat didedahkan kepada umum.
Usul yang dibawakan itu disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan Shah Alam dan juga Dewan Pemuda PAS Pusat melalui perwakilan mereka yang membahaskan usul tersebut.
Perwakilan Shah Alam, Khalid Samad yang membahaskan usul tersebut menegaskan, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu disokong tanda penolakan terhadap Umno/BN.
Beliau juga menyeru semua perwakilan supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda yang dimainkan Umno/BN yang cuba memerangkap dengan tawaran-tawaran yang amat menarik.
Selain Khalid, perwakilan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Dzulkifli Ahmad juga menyokong penuh usul tergempar yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno. Harakahdaily.

10 ulasan:
YB, sebelum tubuh Suruhan jaya tersebut, harap harap TP PAS yang menang tu cakap berterus terang jangan berbelit belit cakap pasal berbincang dengan UMNO tu. Kalau tak nak UMNO cakap terus sahaja janagan cakap "kami akan terus terbuka". Kalau nak tahu bukan semua ahli PAS yang beri kemenangan tetapi ramai yang bukan ahli PAS yang memangkah PAS kat luar tu sebab menyampah dngan UMNO.
Jangan lupa YB, percaya lah bahawa trend pengundi yang bukan ahli mana mana parti akan berubah dan Presiden dan Timbalan Presiden mesti ingat jangan overconfident..... orang dah mula menyampah nasib baik hati ni sejuk bila tengok TGNA.
tajuk diatas PAS tidak akan berbincang dengan umno lagi...sebab umno adalah musuh ketat PAS...
Tak habis-habis isu perak lagi? Lebih baik bekerja untuk rakyat daripada bekerja untuk bubar dun. Rakyat undi bukan untuk adun berkerja untuk bubar dun, tapi bekerja untuk rakyat.
Orang lain dah teruskan kehidupan setelah berbulan di kepoh oleh hal Perak. People just want a break.
betul tu saya setuju dengan pendapat awak.. Kami kat bawah nie dah bosan dengan UMNO nie...Jangan lah terlalu riak dengan apa yang terjadi sekarang mungkin hanya ujian, kami menyokong ulama dalam pemerintahan di negara ini..
Minta saudara mengkaji balik ucapan TP Pas tersebut...memang dalam islam kita terbuka utk berbincang sesama umat supaya puak UMNO ini sedar atas kelakuan mereka terdahulu...maka bila insaf puak UMNO akan meninggalkan UMNO dan masuk dalam perjuangan ISLAM....puak UMNO ni bila time mereka dah nak kalah baru terhegeh-hegeh dekat PAS bila mereka menang besar 2004 dahulu PAS ditindas apakah ini islam yg dibawa oleh UMNO
Askm
Saya amat tidak bersetuju dgn presiden pas. demi nak berkerjasama dgn umno bercakap pasal islam, pasal agama, pasal ketentuan allah,perintah allah. tapi jangan lupa memang belah pas mengikuti semua itu.tapi di belah melayu umno pada mereka semua itu tak pakai. ingat kebanyakan pemimnpin umno adalah biawak lidah bercabang.kalau nak rasa kalah di pilihanraya akan datang berkawanlah dengan umno.buat lah semoga pakatan rakyat hancur berkecai dek kerana pas berkawan dengan umno.
Macamana pulak kalau SuruhanJaya Diraja tu pulak berpolitik ala UBN ???? Sama macam hakim hakim, mahkamah mahkamah kat malaysia ni ????
Dok menyampah buat apa?Kita mesti bersikap terbuka walaupun dengan musuh.
DULU TGNA PERNAH BERKATA PAS BERSEDIA MENERIMA BANTUAN SYAITAN. TAKKAN KERJASAMA DENGAN UMNO YANG SIKIT BAWAH DARIPADA SYAITAN PUN TAK BOLEH.WBGMPUN AKU SETUJU JIKA HANYA RUNDINGAN TAPI JANGAN KERAJAAN PERPADUAN
bantuan dari segi kewangan dari syaitan umno pun duit tu pun duit rakyat...saya sebagai rakyat biasa menghalalkannya...kalau nak terima duit peribadi syaitan tu harap maaflah sebab kira terima duit rasuah sesama berdosa....
Catat Ulasan