29 Januari 2010

Satira: Undi anak muda

13 Safar 1431H
Al-Bakistani

“Bum…..” bunyi tepukan meja menggamatkan keadaan meeting parti perkauman Negara Zimbabwe.

“oi… hampa tidoq lagi?” Dato’ Nazak, Presiden parti mula mengamuk.

Semua ahli meeting diam tidak terkata. Yang paling santai, ketua wanita sahaja. Mulutnya seperti bersiul, dan kelihatan sedang mengikis kuku.

”hampa tau tak... aku dah blur tahap gaban dah ni.. keadaan parti kita makin teruk dah ni..” bising Dato’ nazak.

”hampa tau tak? Isu nama tuhan kita dah lingkup. Isu bakar kuil, parti lawan dah tahu budak-budak kita buat” sambung Dato’ nazak lagi.

Tiba-tiba, timbalan Dato’ Nazak berdiri. Semua ahli meeting melihat ke arah Dato’ Sembab.

“kita kena fikir secara serius. PRU tak lama lagi nak berkunjung tiba. Saya dok nampak, macam kita nak terlungkup dah ni.. kalau kita terlungkup, habis kita.. silap haribulan, ramai di kalangan kita masuk penjara.. sapa nak tutup kita punya kes-kes rasuah dan penyelewengan?” ujar Dato’ Sembab dengan nada agak sedih.

Kelihatan Dato’ Nazak terangguk-angguk dengan apa yang diungkapkan oleh Dato’ Sembab itu.

“macam ni la Dato’” Ketua Pemuda parti Perkauman bersuara. Semua ahli meeting, berpaling ke arahnya pula.

”Saya berpendapat, dalam PRU akan datang, undi anak-anak muda akan mendominasi keadaan. Undi mereka penentu imej politik kita dalam PRU akan datang” sambung ketua pemuda itu lagi.

”dah tu.. takkan kita biar jer?” soal Dato’ Sembab.

”macam ni la Dato’. Apa kata kalau kita perguna budak-budak Univerisiti” Ketua Pemuda itu memberi cadangan.

Semua ahli meeting kelihatan berfikir sejenak, apabila mendengar kalimah Universiti.

“teruskan.. ia agak menarik” kata Dato’ Nazak.

“Universiti tempat anak-anak muda. Mereka penentu kepada keadaan politik negara. Jadinya, kita kena tengok undi mereka dalam Pilihanraya Kampus kali ini” Ketua Pemuda memberi penjelasan panjang.

“kalau pembangkang menang ke, kalah ke dalam Universiti. Apa yang untung dan rugi yang kita dapat?” Soal Ketua Wanita yang masih lagi mengikis kukunya.

”apa la Dato’ ni.. kita kena tengok mood dalam Pilihanraya kampus ini.. kalau Pembangkang menang pun, kita tetap untung juga..” balas Ketua pemuda.

”nak dapat untung macam mana?” Dato’ Nazak berkerut dahi bertanya.


”macam ni dato’, saya dah arahkan agar di semua kampus melaksanakan undi dengan cara elektronik.. E-Undi... bila kita laksanakan ini, mesti setiap undi, kita akan tahu budak-budak universiti dari daerah mana, negeri mana, umur berapa dan macam-macam kita boleh tahu.. bila kita dapat tahu, mesti kita akan dapat chek, mereka akan mengundi di daerah mana, dan apakah mereka mengundi pembangkang atau kita dalam PRU akan datang” Ketua Pemuda memberi penjelasan yang begitu panjang lebar.

Kelihatan mulut Dato’ Sembab agak muncung. Mungkin sedang berfikir.

“ok juga idea tu.. tapi, perlaksanaan E-undi ni, tak datang impak yang buruk ker?” Ketua Wanita bertanya.

“memang ada bantahan dari budak-budak tu.. kita buat pekak jer” sampuk Menteri Pendidikan tinggi negara Zimbabwe.

Kelihatan Dato’ Nazak berpuas hati dengan penerangan Ketua Pemuda Parti Perkauman Negara itu. kepalanya terangguk-angguk, seperti setuju dengan penjelasan tersebut.

”Ok.. kalau macam tu, on je la” arah Dato’ Nazak.

« baik dato’ » balas Ketua Pemuda sambil tersenyum.

Sekian. Wallahu ‘Alam.

Harakahdaily.net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

celika,punya partidacing,macam2 cari jalan nak menipu rakyat,buat kerja tak pernah ikhlas,ada je muslihat,jgn pangkah B end,kita pilih Pakatan Rakyat